CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 17 December 2012

AKU DI PERANTAUAN


Alhamdullilah.Sedar tidak sedar,aku sudah rasmi menjadi seorang pelajar Usuluddin Universiti Mu’tah. Sekarang ni pun aku dah selamat menjejak ke bulan Disember 2012. Sungguh tidak sangka. Cepat masa itu berlalu.

 Pelbagai perkara yang aku dah alami di sini. Pahit,suka dan duka semuanya aku rasa. Sungguh,setiap masalah yang aku alami disini sebenarnya sedang mematangkan aku. Ya,di sini aku jauh dari keluarga, disini aku jauh dari sahabat baikku di Malaysia. Tapi sebenarnya,di sini juga aku punya keluarga baru,aku punya sahabat baru yang bisa membuatkan aku lupa seketika saat-saat aku di Malaysia.

Bukan bermakna aku ingin melupai semua kenangan-kenangan indah aku bersama mereka disana, bukan bermakna aku ini tidak sayang dengan keluarga dan persahabatan yang aku bina disana. Tapi keluarga disini dan sahabat-sahabat disinilah membuatkan aku lupa sedikit ‘sakit’ merindui insan-insan yang aku sayang disana. Meski aku tahu tidak mudah untuk menghilangkan kesakitan ini. Mungkin dengan terbina dan terjalinnya ikatan kekeluargaan disini sekurangnya aku dapat merubat kerinduan aku di Malaysia.

Aku juga sangat berterima kasih pada pimpinan-pimpinan disini atas usaha-usaha mereka yang tidak mengenal erti jemu dalam melaksanakan program setiap minggu kepada setiap pelajar. Rupanya ilmuku masih cetek lagi. Mujur aku ditemukan dengan program-program yang hebat disini dan semua inilah yang menjadikan aku untuk terus keluar dari takuk yang lama.

Disini juga aku punya usrah yang terdiri dari kakak-kakak,adik-adik dan sahabat-sahabat yang hebat belaka. Merekalah juga di antara insan-insan yang banyak merubah aku untuk jadi terbaik. Dulu aku akui,aku sangat kurang dalam membaca buku-buku berkaitan tentang ilmiah. Apa yang aku minati ialah novel-novel cinta semata. Satu hari bila usrahku ada mengadakan satu topik mengenai “Bedah Buku” aku sedar rupanya banyak buku-buku ilmiah yang menarik!! Alhamdullilah kini aku sudah jatuh cinta pada buku ilmiah!! Aku tidak peduli apa yang mereka kata meski aku baca buku ilmiah ini dalam ‘mood’ yang ‘merangkak-rangkak’ tapi sekurangnya aku puas dengan hobi baru ini. Terima kasih buat ‘Usrah Halawiyat’ J .

~ Usrah Halawiyat~
~ Bedah Buku~


Walaupun baru berapa bulan disini aku harap aku dapat timba seberapa banyak pengalaman yang mungkin sebagai bekalan aku suatu hari nanti sebelum aku pulang ke Malaysia.  I.Allah. Moga segalanya dipermudahkan.

~ MOGA AKU BISA BERUBAH :) ~

Saturday 3 November 2012

KEHILANGAN SAHABAT YANG KU KENALI


~ Dialah sahabatku ~


Bila kita kehilangan seseorang yang sangat kita kenali,pasti kita akan sedih akan pemergian dia kan??? Itulah yang aku alami sekarang ini apabila seorang sahabatku yang aku kenal semenjak di bangku sekolah menengah dulu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 September 2012.

Kira-kira jam 2 pagi waktu Jordan, sedang mata ingin lena disebabkan rasa mengantuk yang tidak dapat ku tahan. Tiba-tiba, aku terdengar telefon sahabatku Najwa berdering menandakan ada panggilan masuk sedangkan waktu itu aku sudah melelapkan mata. Baru ingin lena dibuai mimpi, aku terkejut apabila terdengar suara sahabatku tiba-tiba menyebut nama seorang insan yang sangat ku kenali telah meninggal dunia.

Allah,saat itu aku terus bangun melihat Najwa dengan wajah yang penuh kecemasan. Aku masih tidak percaya. Aku inginkan kepastian. Selesai Najwa menjawab panggilan yang diterima tadi, dia berkata kepadaku dengan nada sedih yang tidak dapat dibendung “ Ain, "Oyak" dah tak ada. Dia dah meninggal disebabkan accident.” Aku masih tidak percaya,dan aku anggap itu mungkin salah faham. Kemungkinan orang lain yang ditimpa kemalangan, sedangkan hatiku sudah tidak tenteram untuk terima kenyataan itu.

Lantas ku capai laptop untuk membuka laman facebook ku untuk kepastian. Aku perhati status rakan-rakan Mu’tah yang lain dengan harapan berita yang aku dengari tadi adalah tidak benar. Tiba-tiba aku tersentak dengan status salah seorang sahabat “Oyak” iaitu “ Arwah seorang yang baik”.  Aku lihat waktu yang dipost itu baru berapa jam lepas.

Hatiku berdebar. Sangat berdebar. Tiba-tiba Ayu iaitu rakan sekelasku sewaktu di Unisza dulu dan juga rakan sekelas dengan “Oyak” muncul di ruangan chat di Facebook. Ayu menyatakan sesuatu. Rupa-rupanya berita tentang kematian “Oyak” benar-benar berlaku. Lantas air mataku mengalir laju. Tatkala itu semua memori yang pernah wujud antara aku dan sahabatku “Oyak” mula bermain di benakku.
Sungguh aku tidak menyangka yang dia telah pergi dulu. Sempat aku melihat ketenangan wajahnya sebelum dia dihantar pulang ke Malaysia. Alhamdullilah, segala urusannya ketika dihantar pulang dipermudahkan. Malah ramai yang telah hadir ke upacara pengebumian “Oyak” di Malaysia.

Walaupun sudah dua bulan berlalu,tetapi nama arwah masih disebut-sebut hingga kini kerana kebaikannya. Memang arwah adalah seorang yang sangat baik pada teman-temannya, arwah juga seorang peramah dan sentiasa tersenyum. Bila seseorang itu dalam kesusahan arwah akan sentiasa ada menghulurkan bantuan. Itulah arwah yang aku kenali. Tidak pernah lokek untuk membantu orang yang rapat disekelilingnya.Moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Amin.


~ Post di wall arwah yang sangat memberi kesan padaku dan sahabatku yang lain~

~OYAK KAYO DALAM KENANGAN~

( AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU ALLAHYARHAM SAIFUL ASYRAF B. SAIFUDDIN)

Friday 5 October 2012

BERANGKATNYA KE DATARAN SYAM


Assalamualaikum,

6.9.2012 bersamaan Hari Khamis

Aku dan sahabatku berkumpul di KLIA. Aku akan berangkat ke bumi Urdun. Tempat belajar yang paling aku idamkan semenjak di bangku sekolah lagi. Ini peluang kedua aku menjejakkan kaki ke bumi Jordan bumi barakah ini setelah saat pertama kali dulu aku dibayangi dengan rintangan yang pelbagai.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Hatiku gembira bukan kepalang tatkala surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara itu sudah berada di tanganku. Jauh di sudut hati aku bersyukur kepada Allah bila hasratku untuk menimba ilmu di bumi Jordan benar-benar tercapai.

Sewaktu aku di airport,aku berusaha menyembunyikan kesedihanku. Sedangkan jauh di sudut hati kecilku, ada tangisan yang tidak mampu untuk aku bendung. Barangkali bakal berjauhan dengan keluarga menyebabkan aku bereaksi sebegitu.

Tidak lepas-lepas aku memandang wajah kedua ibu bapaku. Seakan masih tidak percaya yang aku akan berpisah buat sementara waktu dengan mereka.

Wajah ayahku seperti biasa, namun aku percaya dihatinya pasti ayah berat untuk melepaskan anak perempuannya yang sulung ini berjauhan darinya. Berbeza dengan emakku, tiada sembunyi kesedihan di wajahnya. Pelukannya sungguh erat ketika itu. Sungguh aku merindui pelukan yang hangat itu.

Tatkala kaki ingin melangkah ke balai perlepasan itu, sempat ayah dan emakku memberi kata nasihat mereka padaku. I.Allah, meskipun kini aku jauh diperantauan, aku akan sentiasa ingat semua pesanan emak dan ayah. Pesanan itulah yang akan jadi azimat buat diriku.


~BAJU PUTIH- AYAHKU, BERTUDUNG HIJAU-EMAKKU~

~BERSAMA IBU MASING-MASING~


~ PELUK CIUM DAN SAYANG BUAT KELUARGAKU DI MALAYSIA. DAKU MERINDUIMU SEMUA~

Thursday 4 October 2012

SEGALANYA BERMULA DISINI..




Assalamualaikum sahabatku semua..


Tanpa sedar, sudah lama aku meninggalkan blog kesayangan ini. Kalau blog ini diibaratkan seperti rumah sudah pasti ianya sudah bersawang dek kerana ditinggalkan selama berbulan-bulan. Mungkin kerana kesibukan yang melanda menyebabkan aku tidak berpeluang untuk kembali bercerita di blog ini seperti dahulu.

Kesibukan aku bermula ketika aku bekerja di sebuah kedai tudung dan kemudian bekerja pula di sebuah tadika islam yang aku sendiri tidak jangkakan. Setiap pekerjaan yang berlainan ini, tentulah memberikan pengalaman yang saling jauh perbezaannya.

Di kedai tudung, aku hanya melayan kerenah pelangganku yang terdiri dari remaja dan orang dewasa. Sedangkan pengalaman ku mengajar di tadika pula, mendewasakan aku menghadapi setiap kerenah anak muridku yang masing-masing punya perwatakan yang berbeza.

Itulah yang aku hadapi selama 6 bulan ini. Kini aku sudah menjejakkan kaki di bumi Urdun. Bumi Anbia’. Inilah impian aku. Cuba untuk menjadi seseorang yang Tafaquh Fid Din. I.allah. Masih banyak yang aku perlu perbaiki.

Perjalanan hidupku telah bermula. Mengembara di Negara orang untuk menuntut ilmu adalah satu ujian yang besar. Berjauhan dengan orang tersayang dan meniti kehidupan di Negara orang bukan semudah yang disangka. Kehidupan berdikari mengajar segalanya. Segalanya bermula disini…




Saturday 31 March 2012

MENDAMBAKAN LELAKI SOLEH

Salam buat semua teman-teman..

Sedar tidak sedar diriku telah meningkat dewasa. Umurku sekarang dah bertambah. Sangat - sangat tak sangka yang sekarang Ain dah berusia 22 tahun. 

Bila dah meniti usia ini, bila lihat ramai sahabat yang telah menamatkan zaman bujang diorang, hatiku dijentik perasaan cemburu. Cemburu melihatkan kebahagiaan diorang. Tapi Ain sebenarnya tak layak untuk cemburu kan?? (^_^) Seharusnya Ain gembira dan sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga diorang.

Mungkin sebab hati ni pun dah lama dibiarkan kosong tak berisi. Lama rasanya ia terbiar sunyi. Tak tahulah siapa yang bakal menjadi penyeri pada diri ini. Ain pun tak seberapa, banyak kekurangan. Sangat tak layak untuk mendambakan lelaki soleh. Entahlah. 

Diri ini masih tercari-cari. Dia yang sentiasa mendoakan pada jodoh pertemuan ini. Moga dia yang soleh yang dapat membimbing keturunanku dengan sebaiknya. Menjadi imam yang sentiasa setia pada tanggungjawabnya. 





Ain akan sabar menunggu. Jodoh pertemuan itu di tangan Allah. Jodoh yang Allah tentukan adalah anugerah yang sangat berharga bagi setiap hambanya. Jika inginkan yang lelaki yang soleh, maka berubahlah menjadi wanita yang solehah.

RENUNGAN




~ SEMOGA SAHABAT - SAHABAT SEMUA DAH BERTEMU DENGAN JODOH YANG TERBAIK :) ~

Thursday 15 March 2012

POPIA PISANG COKLAT

Salam semua !!!

Lama benar dah tak update blog kesayangan Ain ni. Semenjak kerja tak ada kesempatan nak buka blog apatah lagi laman sosial ( Facebook ). Memang jarang.

Ok lah setelah lama tak berbicara dalam blog ini, macam-macam cerita yang Ain nak kongsi. Tapi, buat masa sekarang semua cerita-cerita tu Ain nak postpone dulu sebab hari ni Ain nak berkongsi sedikit resepi untuk membuat ' Popia Pisang Coklat '.

Kuih ni senang je untuk dibuat. Bahan-bahan pun senang nak dicari dekat Malaysia ni. (^_^) Antaranya :


Coklat Masakan
Susu Pekat
Pisang
Popia

Cara-caranya ialah

1. Ambil pisang yang kalian ada dan belah setiap 1 pisang tu kepada dua bahagian.
2. Lepas tu, ambil kulit popia gulungkan bersama dengan pisang yang telah dibelah tadi. Lekatkan popia itu dengan menggunakan putih telur, air atau minyak. Terpulang.
3. Goreng popia tadi sehingga kekuningan.
4. Kemudian, masak coklat tadi dengan menggunakan kaedah 'double boiling' dan campurkan susu pekat sehingga permukaan coklat itu nampak licin dan cantik.
5. Akhir sekali, masukkan popia tadi ke dalam coklat yang telah dimasak secara satu persatu supaya popia tadi tidak pecah.



Siap untuk dimakan :)


Tuesday 21 February 2012

MALAYSIA VS JEPUN KELAYAKAN OLIMPIK

Selamat sejahtera buat semua..

Sekejap je masa berlalu, tahu-tahu hari ni dah 22 Februari 2012. Malam nanti ada game penting. Game bola sepak antara Malaysia dan Jepun. Walaupun peluang Malaysia dah tertutup rapat untuk temasya Olimpik di London nanti, tapi aku percaya anak buah yang berada di bawah bimbingan Ong Kim Swee ni takkan mengecewakan rakyat Malaysia. I.allah team Malaysia akan buat yang terbaik. Ain percaya dan rakyat Malaysia pun percaya juga kan??? Apa pun teruskan sokongan kita pada team Malaysia malam ni.



Cakap pasal perlawanan bola ni, teringat ayah Ain yang sekarang berada di Johor. Dia kerja. Selalu tengok dengan ayah. Tapi malam nanti tak dapat la tengok sama dengan dia. Rindunya dengan ayah. Tak apalah, lagipun boleh tengok dengan adik-adik laki ku. Macam biasalah, mesti kecoh punya rumah ni. Hehe. Kadang-kadang emak yang tak minat bola pun jadi boleh minat. Mana tak nya bila tengok reaksi kitorang mesti mak pun nak ambil tahu. Kelakar je bila tengok emak tonton bola. Hehe.

Oklah, kepada team Malaysia kesayanganku. Ain ucapkan kalian dapat buat yang terbaik. Semua rakyat Malaysia yang menyokong Harimau Muda pasti inginkan saingan yang sengit malam ni. Tak kira la kalian dah tewas sekalipun, pertahankan maruah negara. Jangan berputus asa tau !!! Semoga dipermudahkan urusan kalian.



Jom dengar lagu ni. Kita ambil semangat!! (~_^)




~ MALAYSIA BOLEH !!! TERUSKAN SOKONGAN PADA SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA~

Monday 13 February 2012

HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE BRO !!



Selamat mendengar ye adikku.. :)

Alhamdullilah adikku. Kini genap usiamu 16 tahun. Sekarang Iki dah tingkatan 4. Tahun depan iki akan menduduki peperiksaan SPM kan?? Maka berusahalah segigihnya.

Ingat, bila Iki dah makin besar tanggungjawab Iki pun semakin berat. Sekarang bukan waktunya Iki nak berkasih dan bercinta. Sekaranglah sebenarnya waktu untuk Iki mengejar cita-cita. Jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Bertindaklah dengan bijak dan jangan mudah melatah.

Setiap hari jadikanlah pesanan ibu dan ayah sebagai azimat buat Iki dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat. Apa yang penting sentiasa percaya pada diri. Jangan mudah mengalah. Biarlah Iki lelah, tapi percayalah pada Allah. Allah akan membantu kita jika kita sentiasa ingat pada NYA.

“Janganlah kita membuat ibu dan ayah sedih dengan kegagalan kita, tapi biarlah mereka sedih dengan kejayaan kita”

Harap sentiasa ingat pesanan akak pada Iki ini. Walaupun ini adalah catatan ringkas buat Iki tapi akak tahu Iki boleh menentukan  mana yang baik dan buruk dalam hidup Iki.Apapun sentiasa jaga adab dan tingkah laku.

Akhir kata, ibu,ayah,along,angah dan kak chik mengucapkan




SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 16 >> MUHAMMAD FIKRI B. MAZLAN .

~ JADILAH ANAK & ADIK YANG SOLEH ~

Tuesday 7 February 2012

MAULID NABI


Salam dan selamat sejahtera buat semua. Harap korang semua sihat. Fuh!! Lama rasa tinggalkan blog kesayangan ni. Hehe.

Oklah. Sebenarnya Ain nak tanya macamana sambutan ‘Maulidur Rasul’ dekat tempat korang hari tu?? Mesti meriah kan?? Dekat tempat Ain pun tak ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini dengan pengisian yang menarik.

“12 Rabiul Awal”




Hari yang sangat penting buat seluruh umat Islam untuk memperingati kelahiran Rasullulah S.A.W. Tapi jangan kita jadikan tarikh ini sahaja sebagai peringatan kita pada Baginda. Malah, mengingati Baginda ini seharusnya dilakukan di sepanjang waktu tanpa mengira bilakah masanya mahupun dimanakah tempatnya.

Tarikh penting ini juga telah menyaksikan kepada kita tentang kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Masihkah kita ingat kisah di saat Rasullulah S.A.W wafat dahulu?? Adakah pesanan di bawah ini juga sentiasa segar di ingatan kita??

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan Sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Ya, inilah pesanan Rasullulah kepada umatnya sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir. Al-Quran dan Sunnah yang diwariskan bagindalah menjadi panduan dalam kehidupan kita supaya kita sentiasa terbimbing menuju ke landasan yang benar.

Malah, sebelum baginda wafat juga, baginda telah bertanya kepada Jibril :
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Bukan itu sahaja, bahkan Rasullulah S.A.W juga tidak mahu umatnya merasai kesakitan siksa maut yang telah baginda lalui sehinggakan sebelum baginda menutup matanya, baginda sempat menyebut :
“Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku”

Begitulah cintanya Rasullulah S.A.W kepada umatnya. Tapi mampukah kita mencintai Rasullulah seperti baginda mencintai kita??




Sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. sebagai tanda kasih dan memuliakan baginda.

"Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi"




~ MARI KITA TERUS HIDUPKAN SUNNAH BAGINDA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.. ~

Tuesday 10 January 2012

MALAYSIA???


Semua sihat ke?? Cuaca dekat tempat korang ok?? cuaca dekat Jordan ni sangat-sangatlah sejuk. Hendak menaip pun terasa kebas tangan. Tapi bila timbul keinginan nak bercerita, apalagi sejuk-sejuk pun sanggup redah. Hehe.

Oklah.  Bila tengok tajuk ni mesti korang pelik kan?? Sebenarnya Ain buat tajuk ini sebab kemungkinan Ain akan pulang Malaysia. I.Allah. Yayyy! Pulang ke Malaysia. ^_^

I’m ready untuk balik Malaysia. Tak sabar rasa hati ni nak pulang Malaysia untuk bersama dengan keluarga yang setia menunggu di Malaysia. Sangat-sangatlah rindukan kampung halaman yang indah. Masakan ibu yang sedap. Fuh!!! terliur bila teringat tomyam ibu. Ayah yang suka mengusik. Adik-adik yang suka bergaduh manja. Wah, sangat-sangatlah susah nak lupakan memori bersama keluarga.

Bukan itu sahaja, to all my friends, nanti Ain balik. Kita jumpa dan luangkan masa bersama ya?? Banyak sangat cerita yang nak Ain kongsi bersama korang. Apa pun thanks dekat korang yang support Ain dari awal sampai sekarang. Korang sentiasa dihatiku. <3 <3

Hati berbunga-bunga nak balik. Kawan-kawan yang duduk jauh dekat perantauan sekarang, jangan sedih-sedih tau. Setiap apa yang korang alami dekat Negara orang merupakan pengalaman yang sangat berharga. Jangan sia-siakan. Peluang tu datang kadang-kadang sekali je. Hargai peluang tu ok???

Kepada ex-housemate Ain.Ain ucapkan “TERIMA KASIH” banyak-banyak sebab korang terlalu baik dengan Ain. Tak pernah berkira dengan Ain. Baju Ain pun korang yang basuh, masak-masak pun korang yang masak. Ain ni setakat tolong basuh pinggan, tolong tengok dan tolong mengacau je pandai kan??? Hehe. Jahat betul Ain ni. Maafkan Ain ya, sebab x dapat jadi housemate yang baik. Huhu. Seriously,seronok sangat dapat kenal korang dan Ain takkan lupakan nama ni semua.
V
V
V
( K.IKA MIRA SABIHAH FATIN YANA DALILA )

~ RINDU SANGAT2 TANAH AIRKU ~


~ PULANG DENGAN HARAPAN DAPAT KEMBALI SEPTEMBER INI…DOAKAN AIN YA KAWAN-KAWAN J ~

Monday 9 January 2012

MEREKA DI MESIR


Alhamdullilah, Hanim dan Zarifah dah selamat sampai di Mesir.  Waktu hantar korang ke Mesir sebenarnya hati ini dah sebak sangat tapi ditahankan je. Ye la, takkan nak tunjuk muka sedih depan korang nanti korang pun sedih kan?? Apa pun yang penting korang happy dekat Mesir tu. Nanti jangan lupa, pergi jalan mana-mana dekat Mesir tu, post la gambar korang berdua dekat group kita. Tadi Ain buka facebook, baru sampai semalam dah berjalan-jalan dia hari ini. Seronoknya. Nanti balik Malaysia jangan lupa bawa buah tangan untuk Ain ye. (~_^)Hehehehe.

Rasa tak sangka pula, kita berlima ni baru je kenal beberapa bulan. Tapi kita dah rapat macam adik-beradik kan?? Nak pergi mana-mana kebanyakannya kita akan cuba untuk meraikan bersama. Banyak sangat kenangan yang kita dah kumpul dalam tempoh masa sebulan ni. Semua susah senang, kita kongsi bersama. Suka bersama, time sedih pun bersama.

~ DI LAPANGAN TERBANG SEBELUM "MEREKA" BERANGKAT KE MESIR ~

Banyak fasa yang kita cuba lalui sepanjang masa kita disini. Segala masalah yang melanda kita, kita cuba hadapi biarpun kadangkala kita rasa sangat terseksa untuk melalui tekanan itu. Bila ada sahabat yang bersedih, pasti ada yang lain cuba menghiburkan. Ada juga yang menasihati dengan penuh kasih sayang. Indahnya persahabatan ini.

~ KENANGAN BERSAMA TIRAMISU, INGAT LAGI X?? ~

Entahlah, cepat je masa berlalu. Sekarang ni pun masing-masing dah punya jalan dan arah sendiri. Ain doakan semua pilihan yang kita pilih ini terbaik untuk kita semua. Ain pasti, setiap pilihan itu pasti ada hikmah disebaliknya. Harap korang semua bahagia. Sayang korang semua.


~ KEK DARI KAKAK2 YANG BAIK HATI  ~

~ PERSAHABATAN ITU INDAH...SANGAT INDAH!!! ~

Wednesday 4 January 2012

PILIHAN


Sesungguhnya Ain sangat benci apabila perlu membuat pilihan. Bukan apa, kadangkala bila diberi pelbagai pilihan Ain jadi runsing sebab Ain takut pilihan itu menjerat Ain.


Tapi sebenarnya Ain terlupa hikmah dicipta pilihan itu agar kita melakukan istikharah. Lihat sahabat-sahabat. Allah itu Maha Bijaksana. Kadangkala kita yang terleka mahupun terlupa. Sebenarnya Allah dah buka jalan untuk kita mengadu pada Dia. Mudahnya jalan yang Allah bentang untuk kita. Tapi kita sendiri yang tak nampak sebab terlalu bergantung dengan fikiran yang sentiasa dihasut oleh hawa nafsu.

Sama macam situasi Ain ni. Bila diberi pilihan dan perlu membuat keputusan. Ain dah mengeluh. Teruknya Ain. Kenapa Ain tak panjatkan kesyukuran terlebih dahulu apabila diberi ujian seperti ini?? Allah sebenarnya akan beri yang lebih baik selepas kesusahan itu. Kenapa Ain terlalu risau apa yang akan terjadi seterusnya??  Sedangkan Allah akan atur mengikut kehendak Nya.



“KITA HANYA MERANCANG DAN ALLAH YANG MENENTUKAN”
Kata-kata diatas yang perlu Ain pegang sekarang. Terima kasih pada Ayah dan Ibu yang telah banyak membantu Along,  juga tak lupa pada nasihat sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan diri ini.

~ PERGANTUNGAN KITA HANYA PADA ALLAH, MAKA PADA SETIAP PERKARA ITU, BIARLAH KITA BERUSAHA, BERDOA, BERTAWAKAL  UNTUK MENDAPAT HASIL YANG LEBIH BAIK. I.ALLAH ~ 

Monday 2 January 2012

SANAH HELWAH WANI !!!

Sahabatku...

Zaty Hulwani... Tak sangka masa itu berlalu terlalu cepat. Baru semalam rasanya berkenalan dengan Wani.Tapi sebenarnya sudah hampir bertahun-tahun kita berkawan. Dan hari ini tiba masanya Wani menyambut hari yang menginjakkan Wani ke umur 22 an.Alhamdullilah.

Sayangnya, hari yang penting dalam hidup Wani tak dapat Ain nak raikan bersama Wani dan rakan-rakan yang lain. Tapi Ain pasti tanpa kehadiran Ain, pastinya sambutan Hari Lahir Wani itu semeriah seperti biasa. Dalam sibuk-sibuk menerima ucapan dan hadiah dari teman mahupun orang yang tersayang, pasti ada sahabat yang lain sibuk merancang cara untuk mengenakan Wani di hari yang istemewa ini kan??? Hehe. Orang yang expert dalam hal ni tak lain tak bukan siapa lagi. Ain sangat pasti Wani lebih mengetahui. (^_^). Aduh, sangat rindukan usikan nakal itu.

Apa pun dari  bumi Jordan yang dingin ini, Ain ingin ucapkan

v
v
v


Terimalah hadiah special ni dari Ain

v
v


Meskipun ianya hanya sekadar sekeping gambar, tapi Ain harap ianya dapat memberi makna yang mendalam pada hari istemewa Wani ni. (~_^)

Wani.Ain doakan semoga perjalanan yang Wani coret dalam diari kehidupan Wani samada hari ini, esok atau akan datang agar Wani sentiasa di bawah keberkatan Allah sentiasa.Semoga Wani terus bersabar dengan ujian yang sentiasa dititipkan pada Wani. Jangan mengalah tau !!!


~ SEMAKIN MENINGKAT DEWASA, SEMAKIN BESAR TANGGUNGJAWAB KITA ~




Sunday 1 January 2012

2012

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!


Harap tahun 2011 yang dah berlalu menjadi sejarah yang bermakna dalam hidup korang. Apa yang menarik tentang hidup korang pada tahun 2011??? Tak kisahlah, apa yang Ain pasti sepanjang 12 bulan yang kalian lalui pasti merupakan hari yang kadangkala mungkin indah or mungkin juga tiba-tiba segalanya bertukar kelam. Ya, semua tu tak mustahil kan??? 

...Bagi Ain...

Tahun 2011 adalah tahun yang sangat bermakna buat Ain. Tahun inilah yang telah menyaksikan betapa hidup yang Ain lalui x seindah yang disangka. Pelbagai rintangan dan halangan yang hebat telah Ain tempuh. Malah kadangkala, my parents and family turut terkena tempias . Ain rasa sangat bersalah. Tapi ain sangat pasti, setiap apa yang ada di hadapan mata Ain serta keluarga Ain itu adalah dugaan yang perlu kami hadapi.
Ya Ain perlu kuat !!! Perlu sabar. Ain tak boleh mudah mengalah.


‎"Al-Imran [200] Hai orang yang beriman!BERSABARLAH kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya." 



SABAR + REDHA =HIKMAH =)
Sesungguhnya sabar itu adalah pelajaran yang sangat bermakna...
Sesiapa yang memilikinya pasti akan merasai nikmat sabar itu sendiri...


Sesungguhnya, ujian kehidupan seperti itulah yang telah mematangkan Ain untuk terus yakin mengorak langkah biarpun kadangkala Ain telah tersungkur di pertengahan jalan. Sebab itulah Ain merasakan tahun 2011 merupakan satu sejarah yang SANGAT BERMAKNA buat Ain kerana terlalu banyak pengajaran yang telah Ain timba sepanjang tempoh melengkapi perjalanan tahun 2011 ini.

TERIMA KASIH TAHUN 

v
v
v



UCAPAN
... Buat keluarga tersayang ...
Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan yang tak berbelah bahagi pada diri ini. Sungguh Along merindukan kehangatan kasih sayang yang sentiasa terbit antara kita. My family is the best than everythings. Peluk cium Ayah dan Emak, usikan manja adik-adik tersayang. Sangat2 merindui saat bersama.


... Buat sahabat-sahabat sekolah, UNISZA dan USIM ...
Korang juga adalah sahabat dunia akhirat Ain. Kalian juga adalah lagu bagi Ain. Sebab apa??? Sebab kalian yang sentiasa mendendangkan di telinga ini kegembiraan tatkala diri ini bersedih. Nasihat kalian juga  sentiasa bernyanyi-nyanyi di ingatan. Serius, Ain rindu dengan kalian.

SELAMAT MENJEJAKKAN KAKI KE TAHUN 

v
v
v


~ BUKTI KEAZAMAN ITU TIDAK AKAN TERPANCAR
TANPA SINAR DARI NIAT HATI YANG SENTIASA IKHLAS ~
( JOM TAJDID NIAT UNTUK TERUS BERUSAHA KEPADA KEBAIKAN )