CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 5 October 2012

BERANGKATNYA KE DATARAN SYAM


Assalamualaikum,

6.9.2012 bersamaan Hari Khamis

Aku dan sahabatku berkumpul di KLIA. Aku akan berangkat ke bumi Urdun. Tempat belajar yang paling aku idamkan semenjak di bangku sekolah lagi. Ini peluang kedua aku menjejakkan kaki ke bumi Jordan bumi barakah ini setelah saat pertama kali dulu aku dibayangi dengan rintangan yang pelbagai.

Bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Hatiku gembira bukan kepalang tatkala surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara itu sudah berada di tanganku. Jauh di sudut hati aku bersyukur kepada Allah bila hasratku untuk menimba ilmu di bumi Jordan benar-benar tercapai.

Sewaktu aku di airport,aku berusaha menyembunyikan kesedihanku. Sedangkan jauh di sudut hati kecilku, ada tangisan yang tidak mampu untuk aku bendung. Barangkali bakal berjauhan dengan keluarga menyebabkan aku bereaksi sebegitu.

Tidak lepas-lepas aku memandang wajah kedua ibu bapaku. Seakan masih tidak percaya yang aku akan berpisah buat sementara waktu dengan mereka.

Wajah ayahku seperti biasa, namun aku percaya dihatinya pasti ayah berat untuk melepaskan anak perempuannya yang sulung ini berjauhan darinya. Berbeza dengan emakku, tiada sembunyi kesedihan di wajahnya. Pelukannya sungguh erat ketika itu. Sungguh aku merindui pelukan yang hangat itu.

Tatkala kaki ingin melangkah ke balai perlepasan itu, sempat ayah dan emakku memberi kata nasihat mereka padaku. I.Allah, meskipun kini aku jauh diperantauan, aku akan sentiasa ingat semua pesanan emak dan ayah. Pesanan itulah yang akan jadi azimat buat diriku.


~BAJU PUTIH- AYAHKU, BERTUDUNG HIJAU-EMAKKU~

~BERSAMA IBU MASING-MASING~


~ PELUK CIUM DAN SAYANG BUAT KELUARGAKU DI MALAYSIA. DAKU MERINDUIMU SEMUA~

Thursday 4 October 2012

SEGALANYA BERMULA DISINI..




Assalamualaikum sahabatku semua..


Tanpa sedar, sudah lama aku meninggalkan blog kesayangan ini. Kalau blog ini diibaratkan seperti rumah sudah pasti ianya sudah bersawang dek kerana ditinggalkan selama berbulan-bulan. Mungkin kerana kesibukan yang melanda menyebabkan aku tidak berpeluang untuk kembali bercerita di blog ini seperti dahulu.

Kesibukan aku bermula ketika aku bekerja di sebuah kedai tudung dan kemudian bekerja pula di sebuah tadika islam yang aku sendiri tidak jangkakan. Setiap pekerjaan yang berlainan ini, tentulah memberikan pengalaman yang saling jauh perbezaannya.

Di kedai tudung, aku hanya melayan kerenah pelangganku yang terdiri dari remaja dan orang dewasa. Sedangkan pengalaman ku mengajar di tadika pula, mendewasakan aku menghadapi setiap kerenah anak muridku yang masing-masing punya perwatakan yang berbeza.

Itulah yang aku hadapi selama 6 bulan ini. Kini aku sudah menjejakkan kaki di bumi Urdun. Bumi Anbia’. Inilah impian aku. Cuba untuk menjadi seseorang yang Tafaquh Fid Din. I.allah. Masih banyak yang aku perlu perbaiki.

Perjalanan hidupku telah bermula. Mengembara di Negara orang untuk menuntut ilmu adalah satu ujian yang besar. Berjauhan dengan orang tersayang dan meniti kehidupan di Negara orang bukan semudah yang disangka. Kehidupan berdikari mengajar segalanya. Segalanya bermula disini…