CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 30 June 2011

ISRAK DAN MIKRAJ



Semalam hari Israk Mikraj. So, aku dengan emak buat puasa sunat. Seronok sangat sebab dah lama tak berpuasa bulan Rejab sama-sama dengan emak. Alhamdullilah, dapatlah kami berpuasa seminggu di bulan Rejab ni. Sebenarnya beberapa hari itu tidak penting tetapi yang penting ialah cara pelaksanaannya dan pengisiannya. Sebenarnya apa yang ingin saya kongsikan  pada hari ini ialah mengenai ringkasan ‘ Israk Dan Mikraj’.  


Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa' ayat 1 yang tafsirnya :

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam) pada malam hari dari Masjidilharam di Mekah ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan antara mukjizat terbesar Rasulullah S.A.W selepas Al-Quran dan merupakan peristiwa agung dan mulia di mana Rasulullah S.A.W telah diisrakkan dari Masjidilharam ke Masjidil Aqsa dan dari sana Baginda dimikrajkan ke langit. Seterusnya Baginda telah menyaksikan tanda-tanda kebesaran pemerintahan dan kekuasaan Allah S.W.T. Dalam peristiwa Israk tersebut, Baginda Rasulullah S.A.W telah diperlihatkan dengan berbagai-bagai kejadian dan peristiwa aneh yang menunjukkan keadaan perbuatan manusia berserta balasan yang bakal mereka terima. Ini adalah sebagai satu ujian kepada manusia terhadap keimanan dan ketakwaan mereka. Dengan demikian mudah-mudahan akan menambah lagi keimanan dan rasa takut untuk membuat kemungkaran.

Dan sebagaimana lazimnya, pada setiap 27 Rejab, kita akan merayakan sambutan Israk dan Mikraj dengan berbagai-bagai majlis ilmu dan keagamaan. Akan tetapi sejauh manakah penghayatan kita terhadap kisah-kisah yang telah diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu? Adalah tidak bermakna dan tidak bererti jika kita hanya memperingatinya sahaja, sedangkan tidak mengambil iktibar dan tidak membawa kepada perubahan yang positif kepada diri kita. Maka rugilah orang-orang yang mensia-siakan usia dan terus leka dan lalai dalam kehidupan. Sesungguhnya dengan ketaatan dan keimanan kepada Allah S.W.T sahajalah yang akan dapat menyelamatkan kita dari kemusnahan baik di dunia mahupun di akhirat.

Di antara hikmah berlakunya Israk dan Mikraj itu, di mana Allah S.W.T telah memperlihatkan berbagai-bagai kejadian aneh, tidak lain melainkan untuk menjadi peringatan dan pengajaran kepada manusia supaya membuat perubahan positif dan membina terhadap diri mereka. Sebagai contoh, jika dahulunya mengabaikan dan malas untuk bersembahyang maka setelah menghayati peristiwa ini dan mengambil pelajaran dan iktibar daripadanya, ia akan berubah menjadi rajin menunaikannya. Jika dahulunya makan riba, maka sekarang telah berubah dan tidak akan melakukannya lagi, begitulah seterusnya akan mentaati perintah Allah S.W.T dan meninggalkan larangan-Nya, bukan terus-menerus bergelumang dengan dosa dan maksiat dan langsung tidak mahu mendengar teguran dan nasihat, ibarat kata perumpamaan 'masuk telinga kanan, keluar telinga kiri'.

Sesungguhnya banyak kejadian-kejadian yang telah diperlihatkan kepada Baginda Rasullulah S.A.W sewaktu Baginda diisrakkan. Antaranya :

Pertama : Baginda Rasulullah S.A.W telah melihat segolongan manusia yang memukul-mukul kepalanya sendiri sehingga hancur luluh, akan tetapi sekejap kemudian kepala itu kembali seperti asalnya. Perbuatan itu dilakukan berulang-ulang kali, begitulah keadaannya berterusan. Rasulullah S.A.W bertanya kepada Jibril Alaihissalam,'Siapakah mereka itu?' Jibril menjawab : 'Mereka adalah sebagai gambaran golongan umat tuan yang suka melalaikan waktu sembahyang sehingga habis waktunya'.

Kita umat Islam wajib mengerjakan sembahyang fardu lima waktu sehari semalam serta menjaga waktunya. Tetapi apa yang berlaku, terdapat sebilangan orang yang masih lalai untuk melaksanakan ataupun melambatkan sembahyangnya sehingga luput waktunya dengan alasan sibuk dengan urusan kerja, keluarga dan sebagainya. Sesungguhnya jika ia seorang yang beriman, ia akan menjaga sembahyangnya dengan sempurna baik dari perlaksanaannya mahupun waktunya. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Maun ayat 4-5 yang tafsirnya :

"Maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang iaitu mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya".

Kedua : Baginda Rasulullah S.A.W telah melihat segolongan manusia yang masing-masing menghadapi dua bekas, bekas yang satu berisi daging yang sudah masak dan yang satu lagi berisi daging yang mentah. Tetapi yang anehnya, mereka memilih untuk makan daging yang mentah. Lalu Baginda pun bertanya kepada Jibril Alaihissalam : 'Siapakah mereka itu?' Jibril menjawab: 'Mereka adalah gambaran di antara umat tuan yang suka berzina. Mereka sebenarnya masih suka melepaskan nafsu syahwatnya dengan perempuan lain walaupun mereka telah beristeri. Begitulah pula halnya dengan perempuan yang telah bersuami secara sah, akan tetapi mereka juga melakukan zina dengan lelaki lain yang bukan suaminya'.

Sesungguhnya Allah S.W.T telah mengingatkan hamba-hamba-Nya untuk tidak mendekati perbuatan zina sebagaimana firman-Nya dalam Surah Al-Israa' ayat 32 yang tafsirnya :

"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan".

Zina adalah perbuatan keji dan hina yang merosakkan diri akhlak keturunan dan masyarakat. 

Di antara keburukan zina ialah keruntuhan moral dan akhlak, melahirkan anak haram yang akibatnya seseorang itu boleh bertindak di luar batasan dan di luar naluri seorang manusia seperti berusaha untuk menggugurkan anak dalam kandungan dan lebih dahsyat lagi sanggup membuang anak yang baru dilahirkan itu hidup-hidup. Perbuatan itu dilakukan kerana malu dan juga kerana hendak menyembunyikan perbuatan kotor yang telah dilakukan itu.

Sebagai orang Islam, kita hendaklah mematuhi ajaran dan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh agama Islam, bukan mengingkarinya dan hanya menurut kehendak hawa nafsu tanpa memikirkan buruk perbuatan yang dilakukan. Itulah gunanya akal yang dikurniakan kepada manusia supaya manusia berfikir dan bertindak dengan waras dan betul.

Akhirnya marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari gambaran-gambaran yang diperlihatkan dalam peristiwa Israk dan Mikraj itu sebagai panduan dan pembimbing menuju kebaikan dan kesempurnaan, mudah-mudahan kita selamat dari segala bencana dan malapetaka dunia dan selamat dari azab api Neraka.

Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Israa' ayat 60 yang tafsirnya :

"Dan ingatlah tatkala Kami wahyukan kepadamu wahai Muhammad, bahawa sesungguhnya Tuhan meliputi akan manusia dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya dan tiadalah Kami menjadikan pandangan pada malam Mikraj yang telah Kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai satu ujian bagi manusia dan demikian juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran dan Kami beri mereka takut dengan berbagai-bagai amaran, maka semuanya itu tidak menambahkan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau".

Sumber penuh : Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam

Tuesday 28 June 2011

JALAN-JALAN

Hari Sabtu bersamaan 25 Jun aku dan member-member sekolah pergi jalan-jalan. Al-maklumlah dah lama tak jumpa kawan kami yang seorang ini..ANIS ABDUL MANAP. Rindu benar dengan dia. Tapi bukan dia je. Semua member NURAQIEWANIDA FAFABAZALYN aku rindu. Expecially rindu sama BALQIS,FIERA, BIED, FARA, MAYA, AZLIN sebab lama tak nampak muka diorang ni semua. Bila lagi la dapat jumpa dengan korang kan??
So, hari Sabtu hari tu memang kitorang berjalan sakan kan wahai HANI, QIELA, ANIS?? (~_~) Asalnya nak pergi Time Square je tapi malangnya nasib kami hari tu sebab K.L monorail rosak. Then, kami pun ambil keputusan bersama tukar plan untuk pergi ke KLCC. Last minute punya rancangan. (~_^) So,bila dah sampai KLCC masing-masing mengisi perut yang lapar dengan lunch di MC’D je.
SEDAP!!

Sebelum pergi lunch tu masing-masing punya rancangan nak tengok wayang cerita KL Gangster dan masa tu juga kitorang dah siap beli tiket masing-masing. Jalan ceritanya menarik dan lebih menarik lagi dapat tengok dengan korang semua. Best sangat bila dapat gelak sama-sama sebab dah lama kita tak happy-happy macam time sekolah dulu kan?? Rindu pula dengan kenangan kita di zaman sekolah.
TERBAIK LA JALAN CERITA NI =)

Lepas habis tonton wayang tu kita buat planning nak main bowling pula tapi  masalahnya kat KLCC tu tak ada tempat nak main bowling. Hehe. Macam tak percaya pula. So, masa yang ada berbaki beberapa jam tu kita semua naik lah KTM sampai ke KL SENTRAL untuk pergi semula ke Times Square. Malangnya KL monorail rosak juga dan tanpa membuang masa kami pun terpaksa berpatah balik menuju ke Masjid Jamek untuk tukar KTM dan teruskan perjalanan ke TS.
NAK MAIN BOWLING..SANGGUP KE TS..HEHE

Bila dah sampai kami pun tanpa fikir panjang terus ke tempat main bowling la. Masa tu ramai sangat-sangat orang dan rasa sakit kepala tengok apatah lagi ditambah dengan muzik yang dipasang kuat. Serabut kepala masa tu. Sebelum start main bowling kami-kami ni undi dulu siapa yang akan main dulu. Alih-alih aku yang jadi orang first. Dahlah dengan tak reti mainnya. Kelakar pula rasanya sebab nak pegang bola pun tak pandai langsung masa tu dan Hanilah orang yang pertama ajar aku cara pegang bola bowling tu. Hehe. Lebih tak sangka lagi bila first start je dah strike. Hehe padahal tak adalah pro sangat coz aku men campak je bola tu. Hehe. Walaupun itu baru pertama kali main tapi untuk pengetahuan semua JUARA bowling hari tu aku yang pegang dengan markah…sikit je pun..(~_^)

PIC YANG MEMBERKU EDIT..AKU JUARA,SO KENA PAKAI CROWN..HEHE

Selesai main tu lah baru start shopping dengan diorang semua. Orang yang belanja shopping hari tu Anis dan Hani je. Aku dengan Qila tolong tengok je. Hehe. Window shopping je yang mampu sebab masa tu energy tak ada untuk berbelanja sakan. Sakit kaki mula melanda diriku dan menyebabkan aku malas nak jalan.  Hehe. Sedar tak sedar masa pun dah suntuk dan kami pun cepat-cepat berkejar untuk balik. Tiba-tiba kasut aku putus tali. Hehe. Nasib baik boleh berjalan lagi dengan kasut tu, kalau tak boleh memang orang tengok aku macam orang gila je lah sebab sebelah berkasut dan sebelah lagi tidak. Kenangan betul la hari tu bagi aku.

Akhirnya kami sampai di rumah agak kelewatan disebabkan masalah KTM yang dihadapi. Apa pun aku rasa seronok dapat meluangkan masa dengan korang semua. Best sangat. Kepada kawan-kawan yang lain bila ada masa terluang dan anda semua sedang bercuti, maka inform-inform la mana tau boleh keluar ramai-ramai macam masa wedding Linda dulu. Aku nak korang tahu aku miss sangat-sangat dengan korang. Jumpa lagi nanti ya!!! :-D

NURAQIEWANIEDA FAFABAZALYN

Sunday 26 June 2011

HARD COVER TESIS


Alhamdullilah, selesai sudah aku melaksanakan hard cover tesisku yang dah lama sangat terbengkalai. Susah juga nak buat hard cover tu. Ingatkan senanglah. Rupanya sedar-sedar dah sebulan baru siap. Apa pun tahniah aku ucapkan buat kawanku,NURUL FAIEZAH kerana kita sama-sama berjaya harunginya sampai ke hari ini. Meskipun dugaan yang tak sudah-sudah kita terima tetapi syukur kepada Allah kerana itu semua tidak mematahkan semangat kita untuk terus berusaha sehingga ke penghujungnya.

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau berikan dugaan yang tak putus-putus buat kami. Sekurangnya kami tahu bahawa Engkau masih menyanyangi hambamu ini. Engkau juga menyedarkan kami bahawa setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Biarpun kami kadangkala bersekang mata dan kadangkala kami merasa hiba tatkala masa yang semakin suntuk menghambat diri sedangkan kami masih berdiri pada satu titik yang sama. Kami masih tidak berganjak dari kedudukan kerana kekurangan bahan yang menghalang walaupun waktu itu hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini bila melihat rakan-rakan yang lain hampir mengakhiri perjuangan mereka. Ketika itulah fikiran kami dilanda pelbagai persoalan. Adakah kami dapat meneruskan perjuangan kami sehingga ke akhirnya?? Bagaimanakah keputusan kami?? Boleh ke lulus?? Macam- macam persoalan yang timbul sampai rasa serabut fikiran pada masa tu. Namun, dengan bantuan musyrif kami USTAZ ROHAIZAN,ibu bapa dan rakan-rakan yang lain, akhirnya kami berjaya menyiapkan tesis ini pada waktu yang ditetapkan dan……

Syukur . Alhamdullilah sekali lagi kami panjatkan pada Allah. Tiada apa yang lebih menggembirakan lagi apabila mengetahui tesis kami berjaya mendapat result yang baik. Sungguh tidak sangka. Keletihan yang membelengu diri kami satu ketika masa dahulu rupanya menjanjikan kejayaan yang manis buat kami. Benarlah kata pepatah ‘bersusah-susahlah dahulu dan bersenang-senang kemudian’. Inilah hasilnya setelah setahun kami hampir ketandusan idea, kami hampir mengalah dan berputus asa. Akhirnya tesis kami berjaya dibukukan sebagai rujukan pada masyarakat kini mahupun akan datang. I.allah. Apa yang baik jadikan sebagai panduan dan yang mana yang buruk buanglah ia jauh-jauh.

Wednesday 22 June 2011

SELAMAT HARI BAPA


Alhamdullilah,masih ada kesempatan untuk meneruskan menaip entry baru. Beberapa hari lepas aku tak dapat online disebabkan masalah broadband yang aku hadapi. So, dapatlah aku meneruskan rutin harianku seperti biasa.(~_^)Hari ini entryku khas aku tujukan buat bapaku yang tersayang..MAZLAN BIN JUSOH.  Walaupun HARI BAPA dah lama berlalu, aku harapkan dengan warkah yang aku titipkan ini sedikit sebanyak akan menjadi kenangan yang abadi buat bapaku satu hari nanti. LOVE U VERY MUCH MY DAD.

Ayahanda
Bertali arus dugaan tiba
Sehingga menakung sebak air mata
Namun,tak pernah pun setitis air suci itu gugur berderai di pipi
Hebatnya ayahanda menempuh hidup sengsara
Menongkah badai bersendirian
Kadangkala bila ayahanda terluka
Ayahanda balut luka itu tanpa keluh dan kesah
Malah, ayahanda masih mampu melakar senyuman dibibir yang lesu itu
Walaupun ayahanda menyembunyikannya
Walaupun tak siapa tahu hati ayahanda
Tapi, anakanda percaya
Derita yang ayahanda hadapi punya hikmah disebaliknya
Kehebatan  ayahanda tidak perlu kami pertikaikan lagi
Segala kesulitan ayahanda tak pernah dilontarkan pada kami
Kesedihan kami menjadi resah dihati ayahanda
Kegembiraan kami memaparkan segaris senyuman mesra di raut wajah ayahanda
Betapa bangganya kami memiliki bapa sepertimu
Ketahuilah..Engkaulah SATU dalam sejuta
Tidak ada yang akan bisa menggantikannya 

Tuesday 14 June 2011

LELAKI IDAMAN


Seorang lelaki yang aku idamkan
Ialah seorang buta,bisu, bakhil dan papa…
Biarlah dia seorang yang buta
Buta kerana matanya sunyi daripada melihat perkara-perkara maksiat dan lagha
Kerana matanya terpelihara daripada memandang aurat wanita ajnabi
Asalkan kedua matanya terang dalam memerhatikan keagungan ciptaan Allah
Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin dan seumpanya

Biarlah dia seorang bisu
Bisu daripada pujuk rayu yang bisa menggoncang keimanan
Bisu daripada mengungkapkan ucapan yang bisa meracun fikiran
Bisu daripada perkataan yang bisa mendatangkan kekufuran
Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingat Tuhan
Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran
Asalkan dia petah membangkang kemungkaran
Dan lantang menyuarakan kebenaran

Lelaki yang aku idamkan ialah seorang yg bakhil
Bakhil dalam memberi senyuman
Pada wanita yang bukan mahramnya
Bakhil dalam meluangkan masa bertemu janji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya
Bakhil untuk menghabiskan wang hanya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya
Tetapi dia begitu pemurah meluangkan masanya untuk beribadah kepada Khaliqnya
Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya
Pemurah dalam memberi nasihat dan teguran
Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya
Bahkan nyawanya sendiri untuk melihat kalimah LAILAHAILALLAH
Kembali megah di muka bumi

Lelaki yang aku idamkan adalah seorang yang papa
Papa dalam melakukan perkara maksiat
Papa dalam ilmu-ilmu yang tak berfaedah dan bermanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tapi dia cukup kaya dalam pelbagai ilmu pengetahuan
Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlak dan budi pekerti yang mulia
Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya
Dan dia seorang yang kaya dalam membina jati diri
Dia mahu menjadi seorang syuhada
Yang syahid di jalan Maha Esa

Persoalannya...

Masih adakah lelaki idaman itu??

Tuesday 7 June 2011

REJAB BULAN ALLAH


Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Lihatlah kekuasaan Allah dalam menciptakan alam ini dari sudut peredaran serta pusingan planet bumi, bulan dan bintang-bintang. Maka daripada kekuasaan Allah itu, wujudlah perkiraan masa 12 bulan dalam setahun dan untuk pengetahuan kita empat daripadanya dinamakan bulan haram yang dihormati dan mengandungi kemuliaan serta kelebihan yang tersendiri iaitu Muharram, Zulkaedah, Zulhijjah dan Rejab.
Bulan Rejab adalah bulan ketujuh daripada bulan-bulan dalam hitungan tahun qamariah. Rejab bererti kebesaran dan dinamakan Rejab kerana bulan ini sangat dimuliakan pada zaman Jahiliah.  Rejab juga telah mencatatkan sejarah yang penting di dalamnya bagi kehidupan umat Islam kerana bulan ini mengandungi peristiwa Isra’ dan Mikraj Junjungan Nabi Besar kita Muhammad S.A.W yang mana ianya merupakan satu peristiwa yang kita telah maklum keagungannya
Sedar atau tidak, hari ini kita telah sampai pada 5 Rejab. Begitu cepat masa berlalu. Kawan-kawan dah manfaatkan bulan Rejab ini??? Kalau belum marilah kita sama-sama gunakan waktu di bulan rejab ini dengan sebaiknya.
Terdapat sabda Nabi Muhammad S.A.W:
“Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.”
Islam itu agama yang syumul dan mudah. Bila kita buat satu kebaikan. Allah akan balas lebih pada setiap satu kebaikan itu. Maka bertaqwalah kepada Allah. Laksanakan segala suruhanNYA dan tinggalkanlah laranganNYA supaya kita benar-benar tergolong di kalangan hamba yang benar-benar beriman. Maka, beribadatlah sebanyak mungkin pada bulan Rejab ini kerana pada bulan ini Allah S.W.T banyak memberikan pahala kepada mereka yang mengerjakan ibadat di dalamnya.Amalan-amalan yang digalakkan ke atas orang-orang Islam untuk mengerjakannya pada bulan Rejab ini ialah
MEMBACA SALAWAT KEPADA RASULULLAH S.A.W
Umat Islam memang digalakkan untuk membanyakkan membaca salawat pada bila-bila masa terutama pada ketika pahalanya dilipat gandakan di dalamnya seperti pada bulan Rejab kerana membaca salawat sangat besar pahalanya.
            Sabda Rasulullah S.A.W:
“Barangsiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan barang siapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-Tabrani]

BERTAUBAT
Kita digalakkan untuk memperbanyakkan bertaubat pada bulan Rejab kerana bulan ini adalah bulan pengampunan dan Allah S.W.T membukakan pintu rahmat seluas-luasnya bagi mengampunkan dosa-dosa hamba-hambanya yang bertaubat. Setiap permohonan kita kepada Allah S.W.T pasti akan mendapat balasan jua dan jika kita mempraktikkannya insya-Allah pasti kita akan memperolehi kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.
 Firman Allah S.W.T:
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan bertaubat nasuha mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai.” [Surah At-Tahrim ayat 8]
BERPUASA
Kita Umat Islam digalakkan untuk banyak berpuasa  pada bulan Rejab.
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi:
 “Sesungguhnya didalam syurga itu terdapat sebuah sungai yang disebutkan sungai Rejab, airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu, barangsiapa yang berpuasa satu hari pada bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu”.
 BERDOA
Apabila berada di bulan Rejab, kita berharap agar sampai pula pada bulan Syaaban dan bulan Ramadhan.  Bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nanti oleh setiap orang Islam yang sentiasa merindui besarnya pahala pada bulan tersebut.
Rasulullah S.A.W apabila masuk ke bulan Rejab baginda berdoa dengan doa berikut:
“Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

 BERSEDEKAH DAN MELAKUKAN AMALAN JARIAH
Ini juga adalah amalan yang mulia dibulan Rejab ini. Jika kita tidak mampu untuk melaksanakan ibadah yang lain lakukanlah amalan yang mandatangkan pahala seperti ini.Beramallah mengikut kemampuan masing-masing, jika tidak dapat melaksanakannya kesemuanya,laksanakanlah sebahagiannya dan janganlah ditinggalkan semuanya.
Akhir kata tiada yang lebih penting dalam melaksanakan ibadah Allah itu melainkan kita melakukannya dengan hati yang tulus ikhlas dan setiap amalan itu hanya Allah yang layak membalasnya kerana dia lebih mengetahui setiap perbuatan hamba NYA samada yang tersembunyi ataupun tidak.
SELAMAT BERAMAL DAN SALAM REJAB UNTUK SEMUA UMAT ISLAM(~_~)

Saturday 4 June 2011

BAWA ALZA

macam tak percaya je dah bawa ALZA=)


Hari ini belajar memandu ALZA dengan ayah. Mujurlah kereta tu auto. Best betul bawa kereta besar ini. Mula-mula takut juga. Rasa macam nak tak nak je. Tapi bila fikir dah lama tak memandu ni buatkan hatiku sanggup untuk teruskan rancangan bawa kereta tu. Alhamdullilah, berjaya juga bawa familyku dari Putrajaya sampai ke rumah. Semua selamat (~_~)
Sebelum ni pernah juga memandu ALZA ni, tapi setakat dekat dengan kawasan rumah je. Itupun sekejap sebab ayah aku tak berani lagi nak bagi aku lepas masa tu. So, tadi dengan slumber je ayah suruh aku drive dan katanya dia penat nak drive. Kelakar pula rasanya. Ya lah kalau ikutkan ayahku hari ini tak ada lah kerja berat sangat sampai tak larat nak pandu kereta.hehe. Tapi aku tahu ayahku sengaja buat macam tu sebab dia nak mengajarku supaya berani menghadapi ketakutan yang dah bersarang lama dalam jiwaku ni. Terima kasih sangat-sangat ya ayah. Along sayang ayah (~_^).
Esok aku dengan familyku akan bertolak ke Johor untuk bercuti memandangkan adik-beradikku cuti sekolah dan kebetulan ayah kami kerja di Johor. So, tadi aku minta kebenaran dengan ayah untuk bawa kereta alza tu waktu nak ke Johor. Ayahku kata I.Allah. maknanya ada harapan la aku nak bawa kereta ke Johor esok. X sabar nak tunggu keputusan ayah.=)
Kepada sahabatku..Lepas ini kalau Ain dah expert bawa kereta bolehlah Ain bawa kamu-kamu semua pergi jalan-jalan ya.hehe. Lepas ini Ain pula jadi driver sebab sebelum ini Zimah dan Lin je yang selalu bawa kereta dan Ain jadi penumpang je.  Tak lama lagi keadaan akan berubah kepada sebaliknya.hehe tapi tak pastilah bila masanya akan tiba. Moga-moga Ain dapat jadi seorang pemandu yang cekap lepas ni. I.Allah. Terima kasih atas sokongan korang semua yang tak putus-putus memujuk Ain untuk memandu sebelum ini. Love you my friend.
Anyway, thanks to my family especially to my father because he always support me to drive well. Tak pernah pun ayah jemu-jemu nak along terus belajar jadi seorang yang yakin bukan penakut macam sekarang.=)  Tidak ketinggalan juga Ain ucapkan rasa terima kasih kepada kawan-kawan yang sentiasa mendorong Ain. Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan. Amin

Thursday 2 June 2011

SEKADAR NASIHAT UNTUK KAUM HAWA

Disini aku ada menyediakan sedikit nasihat untuk kaum hawa. Biarlah kita merenung bersama. Moga-moga kita dapat memanfaatkan dalam kehidupan kita. Aku juga bukanlah perempuan yang sempurna untuk menasihati kalian tetapi tidak salahkan kita bersama-sama untuk menjadi hawa yang terbaik. I.allah
·         Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.
·         Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.
·         Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.
·         Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.
·         Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.
·         Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah sentiasa jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan sentiasa ada tangan terhulur.
·         Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri, dan satu lagi untuk menolong orang lain.
·         Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
·         Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
·         Kecantikan wanita, bukan pada kehalusan wajahnya, tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu
Semoga kaum hawa dapat mengambil apa yang positif dari entryku ini. Jika terdapat yang negative usahlah diikuti dan tegurlah diriku. Selamat menjalani kehidupan dengan sebaiknya.