CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 17 December 2011

I'M SORRY




Mood Ain nampak macam happy.. Dengan entry jalan sana, jalan sini... Kalau kalian dapat buka dan tengok hati ini...Kalian akan tahu apa yang tersirat... Ain x salahkan kalian sebab memang kalian x tahu apa yang berlaku... Ain nak kalian tahu, Ain mendiamkan diri bukan bermaksud Ain lupakan kalian... Bukan bermaksud Ain nak buang atau campak kalian jauh2. Tapi semua itu adalah ruang untuk Ain jauh dari masalah yang Ain hadapi... Ain x nafikan... Walau ain lari jauh pun, masalah tu sentiasa mengikuti... Namun,sekurangnya, Ain dapat lupakan sejenak itu sudah memadai... 




Apa pun Ain mohon maaf atas khilaf yang berlaku.. Jika ada yang berkecil hati, besarkanlah hati kalian untuk terima kemaafan ini... Ain xnak di antara kita wujud sengketa... Ain manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.. 


~ THE WEAK CAN'T NEVER FORGIVE.
FORGIVENESS IS THE ATTRIBUTE OF THE STRONG ~

Friday 16 December 2011

DI JORDAN ( PART 2 )


Salam. Ok semalam dah cerita tentang Mu’rakah Mu’tah dan ‘Al-Mazar’.  Hari ini Ain akan ceritakan serba sedikit pula tentang pengalaman melawat ‘Karak Castle’ iaitu kubu yang berjaya di tawan oleh Salahuddin Al-Ayubi suatu ketika masa dahulu. Kalau nak tahu cerita lebih lanjut mengenai ‘Karak Castle’ ni, korang semua boleh rujuk cerita seorang blogger ni disini.


Seronok kan dapat baca pengalaman blogger tadi?? Ok. Hope korang faham serba sedikit cerita tentang Karak Castle ni. Sekarang ni, jom dengar pula pengalaman dari Ain. Tapi pengalaman Ain ni x seberapa pun. Apapun Ain tetap nak cerita biar korang yang x pergi pun dapat rasa apa yang Ain rasa. Tapi harap rakan-rakan Ain semua janganlah jelous ke, kecil hati ke tau. Hehehe. I.Allah kalau ada rezeki mesti korang pun dapat datang kesini. (~_^)

First datang tempat ni, Ain dah jatuh hati sebab suasana dia menarik !!! Sangat-sangat menarik.Tapi untuk pengetahuan korang, tempat ni tinggi sangat. Siapa yang gayat macam Ain memang kecut perut la datang tempat macam ni. Itu masa perasaan mula-mula la. Lepas dah banyak kali duduk bergambar dengan sahabat-sahabat yang lain semua, secara x sengaja, perasaan gayat tadi tiba-tiba hilang. Hehe. Agaknya sebab semangat bergambar la tu. (^_^)

Tempat ni memang famous juga la dikalangan pelancong. Sebelum nak masuk kena bayar. Kalau x salah la.Tapi Ain x tau berapa dinar sebab ada yang belanja kitorang berlima. Alhamdullilah. Kalau korang semua datang dan lihat sendiri tempat ni,serius Ain cakap, korang akan sangat-sangat terpegun dengan keunikkan binaan yang ada disini. Setiap sudut yang ada tu memang Ain sangat yakin yang korang tidak akan lepaskan peluang untuk mengabdikan kenangan korang dekat sini. Bila tengok binaan yang ada tu, kita sampai x terfikir macam mana diorang boleh bina kubu sebesar kawasan seperti ‘Karak Castle’ ni. Sungguh-sungguh besar dan sangat menakjubkan ketika menyaksikan binaan yang ada ini tersergam indah di bumi anbia ini.

~ Gambar- gambar di Karak Castle ~


















~ MUZIUM YANG TERDAPAT DI KARAK CASTLE ~



~ SEMPAT BERGAMBAR DENGAN ORANG ARAB SINI ^_^ ~


Orait,hari ini sampai disini sahaja. ^_^ Harap korang semua enjoy dengan pengalaman Ain yang ringkas dan x seberapa ni.  I.Allah ada kesempatan kita jumpa lagi dengan cerita yang baru. Daaaa!!! 

Wednesday 14 December 2011

DI JORDAN ( PART 1 )


Salam buat semua …

Setelah berapa minggu disini, Ain sangat merasai kerinduan yang menebal pada keluarga di Jenderam Hilir,Selangor dan tidak lupa juga rasa rindu pada teman-teman sekolah juga pada teman-temanku yang kini berada di USIM.Harap semua sihat. Eventhough korang x baca blog Ain ni,tapi Ain sentiasa doakan korang dalam keadaan sihat walafiat.
(<3  ALL OF YOU <3 )

Alhamdullilah, semenjak Ain berada di bumi Anbia ini, Ain x nafikan Ain dengan kawan seperjuangan disini banyak menggunakan peluang yang ada untuk manfaatkan masa yang terluang dengan pelbagai aktiviti disini. Kitorang dah pergi ‘Jamiah Mu’tah’ untuk ‘Mustamik’, kitorang dah pergi melawat tempat-tempat menarik yang ada disini, lepas tu kitorang juga dah belajar bercakap dengan orang Arab ( tapi sikit-sikit la,itupun time nak beli barang ^_^ ). Syukur sebab dapat merasai pengalaman berada di Jordan ini.

~ Gambar-gambar di Jamiah Mu'tah ~






So,Ain rasa nak share dengan korang pengalaman melawat tempat yang menarik dekat sini. First tempat yang Ain dengan rakan seperjuangan yang lain lawati ialah ‘Mu’rakah Mu’tah’ yang mana suatu masa dulu tempat ini telah mengorbankan ramai para sahabat terdekat yang telah syahid dalam pertempuran menentang tentera gabungan antara Byzantine dan Ghassanid.

~ Gambar- gambar di Mu’rakah Mu’tah ~










~  CERITA MU'RAKAH MU'TAH ~



Lepas tu,minggu seterusnya kitorang sempat juga melawat maqam sahabat-sahabat Baginda yang terkorban dalam peperangan Mu’tah ni dekat ‘Al Mazar Al Janubi’ yang berhampiran Karak.Maqam sahabat-sahabat Baginda yang terdapat di ‘Al Mazar Al Janubi’ ini ialah maqam Zaid bin Harithah ra, Jaafar bin Abu Thalib ra dan Abdullah bin Rawahah.


Ok. Ini cerita serba sedikit mengenai latar belakang mereka:

Zaid bin Harithah ra ni merupakan anak angkat Nabi Muhammad SAW. Beliau inilah yang telah mengetuai tentera Muslimin dalam peperangan Mu’tah. Beliau ialah telah berjuang dengan penuh keberanian sehinggalah beliau gugur sebagai seorang syahid.

Manakala, Wakil Panglima Tentera iaitu Jaafar bin Abu Thalib ra yang juga merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang pernah menggantikan Zaid memegang panji Islam. Beliau telah digelar sebagai ‘Jaafar At Toyar’ kerana telah kehilangan kedua belah tangannya ketika memepertahankan panji-panji Islam semasa didalam peperangan. Beliau ini dikatakan memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan Rasullulah SAW. Malah,beliau ini juga adalah seorang yang murah hati terhadap golongan miskin dan juga merupakan antara perawi hadis terus daripada Rasullulah SAW.

Selain itu, Abdullah bin Rawahah pula adalah pengganti ketiga dalam mengetuai tentera Islam,  selepas Zaid dan Jaafar syahid didalam peperangan Mu’tah. Beliau terkenal dikalangan sahabat kerana ketaatan, kepatuhan dan kesabarannya. Bukan itu sahaja, beliau ini adalah seorang yang bertaqwa dan tidak mementingkan diri disamping seorang tentera yang berdedikasi serta penyair yang terkenal dizamannya.

Hebat kan mereka ini?? Serius Ain cakap, macam tak percaya dapat jejak kan kaki di bumi Jordan ni. Bila dapat melawat dan pijak sendiri tempat macam ‘Al Mazar’ ni, hanya perasaan yang sebak dan terharu timbul dalam hati ini. Sungguh terasa dekat sangat dengan para sahabat ini. Walaupun tidak pernah duduk sezaman dengan mereka tetapi bila dapat berdiri disebelah maqam mereka, itupun sudah cukup untuk memberikan satu semangat pada diri ini. I.allah jika diberi peluang untuk kesini bersama keluarga tercinta, Ain tidak akan lepaskan bawa mereka ke sini dan merasai perasaan yang Ain alami ketika ini.

~ Gambar- gambar di Al-Mazar ~










Oklah kawan-kawan…  Jika ada kesempatan Ain akan ceritakan tentang tempat menarik yang lain pula. Harap cerita ini bukan sahaja sekadar cerita biasa, sebaliknya cubalah kita ambil segala apa yang baik sebagai contoh dan tauladan buat kita. I.Allah.Ameen.   

~ SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA KUAT SEPERTI GAGAHNYA SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW ~ (^_^)

Sunday 4 December 2011

PERJALANAN KE JORDAN


Seronok dan teruja rasa nak datang Negara orang dah lama,semenjak dari tingkatan 2 lagi. Tapi bila ada peluang kadang-kadang banyak perkara yang tidak mengizinkan. Lagi-lagi my parents. Yelah Ain kan anak perempuan so,macam hard la dia nak bagi Ain lepas jauh-jauh. Hehe

Tapi alhamdullilah, kali ini peluang nak ke Negara orang iaitu Jordan ni datang lagi. Dan syukur alhamdullilah bila parents juga sudi merelakan diri ini pergi ke Negara orang. Meskipun terdapat sekelumit kerisauan dalam hati parents Ain,namun diorang sanggup juga lepaskan Ain setelah sedar Ain pergi ke Negara orang adalah untuk berjuang menuntut ilmu Allah.


SEBELUM BERANGKAT SIBUK MENDENGAR TAKLIMAT

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN SEMUA

Perjalanan Ain ke Jordan bukan semudah yang disangka. Banyak rintangan dan halangan yang perlu Ain hadapi sewaktu ingin pergi ke Jordan.  Sebelum berangkat pun banyak dugaan yang Ain telah lalui bersama 4 rakan seperjuangan yang turut sama berangkat ke Jordan. Masalah itu hanya kami yang tahu,betapa beratnya situasi kami ketika itu.

Namun,sungguh terharu sekali dalam kekalutan yang melanda diri ini,ada rakan-rakan sudi memberi galakan. Meski hati ini sudah tawar dek cubaan yang tidak putus-putus itu,  tapi motivasi membina dari bonda dan ayahanda itu adalah sesuatu yang cukup bermakna buat Ain. Sahabat-sahabat juga sentiasa memberi sokongan. Sungguh malu berdepan dengan mereka dalam keadaan yang serabut. 4 rakan seperjuangan yang lain Ana,Yang,Sue dan Hanim juga menghadapi situasi yang sama seperti Ain.Hanya orang yang terdekat sahaja mengetahui betapa beratnya ujian yang kami hadapi,betapa sukar untuk kami laluinya,pahit yang ditelan oleh kami. Sungguh sakit sekali dugaan ini.


DALAM FLIGHT DARI KUWAIT >>> AMMAN

ANA DAN AIN

ZARIFAH WITH ME (^_^)

Apa pun rintangan itu,akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di bumi Anbia. Sungguh terasa kelainan berada disini. Sewaktu sampai kami sempat berdoa agar dipermudahkan segala perjalanan dan urusan kami disini. Ya, semoga segalanya dipermudahkan.Amin.Disini lah titik permulaan kami untuk menghadapi dugaan yang lebih hebat lagi sebelum datang ke sini.


KAMI SELAMAT TIBA DI KUWAIT  SEMENTARA MENANTI UNTUK BERANGKAT KE AMMAN ( WITH HANIM, SUE & ANA)

Seterusnya kita bersambung dengan cerita lain di masa akan datang. Hehe. Terima kasih pada mereka yang setia menanti. Jumpa lagi.(^_^)

Friday 4 November 2011

SALAM EIDULADHA



PENGORBANAN

Kini Raya Eidul Adha telah menjelma, 
Mengingatkan kembali pada kenangan lama,
Kenangan yang membawa kepada 1 cerita,
Pengorbanan agung Nabi Ibrahim yang tiada tolok bandingnya,
Rela mengorbankan Nabi Ismail sebagai tanda kasih dan sayangnya pada Pencipta,
Mengatasi cinta dan kasih terhadap selain-NYA..

Sesungguhnya...
Kasih kita hanyalah pada yang Maha Esa,
Bila hati disalah guna,
Perkara lain mula bertakhta,
Dunia menjadi buruan di mata,
Pangkat, Wanita, Anak dan Harta,
Mana mungkin kita bisa menjadi kekasih Allah dan kekasih Baginda,
Jika kehidupan sering ditenggelami dengan kemewahan dunia...

Percayalah...
Meski kita hanya manusia biasa,
Kita ada usaha, 
Kita juga bisa berkorban apa sahaja..

Ayuh..
Kita pertingkat kualiti iman,
Kita kembalikan kekuatan,
Usah memberi alasan,
Kita timba segala pengajaran,
Kita tanamkan hati dengan pengorbanan,
Agar Islam cemerlang sepanjang zaman..


NUKILAN : FARA_AIN

<<< SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA BUAT SAUDARA SEISLAM SEMUA>>>






Tuesday 1 November 2011

SIMFONI CINTA



Salam Sahabat-sahabat
Hari sabtu lepas ada konsert
Satu konsert yang menarik untuk remaja kini

V
V

~ KONSERT SIMFONI CINTA~

Serious...Rindu benar pada konsert ni..Padahal dah lama berlalu...
Sebab pengisian dalam konsert ni memang menarik 
Lagu Nasyid yang dibawa setiap artis mempunyai maksud tersirat 
Tapi Ain sangat tertarik pada lagu yang dibawa oleh kumpulan IN HEART
Tajuknya

~ SYARAT BERCINTA~

Sesiapa yang hayati lirik lagu ini
Mungkin korang akan tertarik dengan kata-kata yang tersirat di sebalik lagu ni
Tapi apa yang penting jaga lah cinta kita pada Allah
I.Allah, Allah akan berikan kita cinta yang terbaik..

<< MOGA CERIA-CERIA SELALU>>

Sunday 16 October 2011

SEKITAR PROGRAM DI USIM

Banyak betul program yang berguna dekat USIM ni.
Minggu lepas Ain dah terlibat dengan 2 program

v
v





<<< LOVE TALK >>>

Lebih kepada kisah percintaan dan diselitkan juga tentang isu semasa 'KAHWIN AWAL'
Serius Ain cakap memang dewan penuh malam tu
Mungkin tajuk ini berjaya mempengaruhi student disini
Lagipun pengisiannya juga menarik
Bukan sekadar bercerita tentang 'CINTA BIASA'
Tapi penceramah kita telah berjaya membawa kita kembali pada zaman Rasullulah
Dan menceritakan bagaimana sahabat-sahabat dan umat Islam itu sangat-sangat mencintai Rasullulah
Sungguh mengharukan suasana pada waktu itu
Ustaz Don Danial Don Biyajid berjaya membuat penonton pada malam itu menitiskan air mata atas setiap sifat Rasullulah yang penyayang itu






<<<  SAAT HIDAYAH MENYAPA BERSAMA CATRIONA ROSS>>>

Ini pula merupakan program Bicara Siswi yang sering diadakan pada pelajar muslimat setiap hari Jumaat
Walaupun program ini hanya untuk kaum hawa sahaja
Namun, berjaya mencetuskan satu revolusi baru kerana ramai sangat yang hadir pada hari itu
Penuhnya dewan itu seperti penuhnya malam bagi program 'LOVE TALK' tu

Banyak pengalaman yang kak Cat cuba kongsikan pada kita hari tu
Pelbagai nasihat berguna yang kak Cat cuba beri pada kami
Semuanya berpandukan pada Quran dan Hadis
Dengan cara penyampaiannya
Cukup untuk membuat kami rasa tersentuh pada penampilan yang dibawanya

'Tidak diciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepadaku'
Ya,inilah salah sepotong ayat yang akan Ain pegang sampai bila-bila
Terima kasih pada kak Cat kerana mengingatkan kembali tentang tujuan kita di dunia ini hanyalah
BERIBADAH KEPADANYA
Setiap apa yang kita buat semuanya hanya kerana LILLAHI TAALA..



MARILAH SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI KITA
KITA LIHAT SEJAUH MANA CINTANYA KITA PADA ALLAH
I.ALLAH..SELAMAT BERAMAL SEMUA (^_^)

Wednesday 12 October 2011

SPECIAL FOR MY MOM!!



<<< EMAK >>>

Along mendoakan semoga emak sentiasa berada dalam sihat sejahtera
Semoga hidup emak sentiasa diberkati dan diredhai ALLAH
dan
Dipermudahkan untuk mendidik kami yang nakal ni..(^_^)

TERIMA KASIH 
KERANA SENTIASA MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT KAMI ANAK-ANAKMU
DOA EMAK YANG TIDAK PUTUS-PUTUS
PADA SABAN MALAM DAN SIANG HARI
SANGAT MENGHARUKAN KAMI
EMAKLAH HARTA BERHARGA BUAT KAMI

'KAMI SAYANGKAN EMAK'

~ SAMBUTLAH PELUK DAN CIUM ALONG DI KEJAUHAN NI~


**** REALLY MISS YOU***






Wednesday 5 October 2011

PART-TIME

Salam semua..(^_^)

Tadi >>>>>search kerja part time dekat USIM ni. 

SEARCHING..........


Sebab nak cari duit poket untuk diri sendiri yang penuh dengan macam-macam keinginan..
Kalau boleh tak nak susahkan ayah dengan emak..

Tengok member dapat diterima untuk bekerja macam best jer..
Tak tahu lah Ain dapat ke tak..
Harap-harap dapat la..
Sekurang-kurangnya dapat la duit untuk beli macam-macam barang keperluan untuk Ain ni..

Mudah-mudahan sangat Ain dapat
Kalau tak dapat???
REDHA lah..
Lagipun Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk Ain..^_^
Kepada member-memberku yang dapat kerja tu..
CONGRATE TO ALL OF YOU..
Kerja elok-elok tau!! (~_^)

Selamat Menimba Pengalaman Sewaktu Bekerja!!

Tuesday 4 October 2011

STRESS




TOLONG!!!! SAYA STRESSSSSS.....

Kerja banyak...Masa macam tak cukup...
Boleh ke siap kerja sebelum tarikhnya????

Ya Allah..
Ain takut sangat nak berdepan dengan semua ujian yang melanda...
Ain takut x mampu pergi jauh..

Ya Allah..
Permudahkanlah urusan Ain...
Usahlah bebankan Ain dengan bebanan yang tak mampu untuk Ain pikul..
Sungguh Ain ni manusia yang lemah..

Siapa yang stress???
Jom baca doa dekat bawah ni sama-sama..
Ok???
(^_^)

Bismillahirahmanirrahim


AMIN....
<<MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALANYA>>


Monday 3 October 2011

GOOD LUCK !!!




ESOK >>> merupakan perjuangan buatmu, ADIKKU.

'SELAMAT BERJUANG'...

Usahlah engkau berputus asa selagi engkau tidak berusaha sepenuhnya,
Tanamkan tekad di hati supaya engkau terus yakin menghadapi segala ujian yang melanda,
Akak mendoakan yang terbaik buat adik..

Semoga adik dapat membanggakan Ayah dan Emak dengan kejayaan yang adik kecapi nanti..

BIARLAH
Ibu Bapa kita menangis kerana KEJAYAAN kita,

JANGANLAH
Biarkan Ibu Bapa kita menangis kerana KEGAGALAN kita..

'SEMOGA BERJAYA'


HANYA UNTUKMU ADIKKU..=)


SELAMAT MENGHADAPI 'PMR' BUAT SEMUA STUDENT BATCH 2011/96



Wednesday 21 September 2011

HARI KONVOKESYEN


Salam buat sahabat dan rakan-rakan semua. Setelah sekian lama rasanya Ain tidak menaip sesuatu untuk entry baru dalam blog Ain ni. Rindunya dengan suasana blog Ain. Beberapa minggu ni Ain buzy sedikit dengan kelas-kelas and group discussion . Tapi hati ni tetap nak menaip sesuatu entry yang baru sebagai perkongsian dengan korang semua. =)

Untuk pengetahuan korang hari Ahad lepas Ain telah selamat berkonvokesyen dengan sahabat-sahabat Ain di UniSZA. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar sepanjang majlis konvokesyen tu.

Seronok sangat sewaktu dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Walaupun kami hanya berpisah selama 4 bulan tetapi masa yang singkat itu dirasakan masa yang lama sekali bagi kami.

Bila Ain menjejakkan semula kaki ini di bumi UniSZA terasa sangat ingin kembali di tanah yang pernah menjadi tempat perjuangan Ain dan sahabat-sahabat yang lain. Mana tidaknya begitu banyak kenangan yang pernah tercalit disitu.

Sekali lagi, bila diberi peluang untuk kita berkumpul bersama,  memang Ain rasakan ini peluang yang tidak perlu disia-siakan. Setiap ruang itu Ain cuba luangkan bersama rakan-rakan. Syukur kerana kita masih sempat bergambar bersama-sama di Taman Tamadun Islam.



SAHABATKU YANG COMEL-COMEL BELAKA (~_^)


BERSAMA CHE PAH, HUSNA, DAN ZATY HULWANI


KAMI BERGELAR SEORANG GRADUAN


Walaupun terdapat segelintir rakan kita yang tidak dapat hadir pada pengambaran sempena ‘Pra Konvekesyen’ ini atas sebab tertentu dan juga kerana mereka sudah berada jauh dari Negara Malaysia ini, tapi percayalah kami sungguh merindui kalian. Setiap detik kami bergambar pasti kami teringatkan kalian.  I.Allah jika ada kesempatan dan jodoh kita pasti akan berjumpa lagi.



KENANGAN INDAH BAGIKU


PRA KONVEKESYEN KAMI =)


SEMPAT BERGAMBAR SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN BERMULA


Tapi setiap perkara itu‘ Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan’ dan ‘ Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan’. Sungguh Ain merasa sayu dan sebak sewaktu meninggalkan bumi UniSZA. Terasa waktu itu terlalu singkat untuk kita bersama saat itu.


SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA KELUARGAKU DAN KELUARGA SAHABATKU SEBELUM PULANG KE DESTINASI  KAMI

BERSAMA SEGELINTIR RAKAN-RAKAN LELAKI DAN PEREMPUAN


BERSAMA UMMI KAK YA =)


Namun, apakan daya kini, aku sudah berada di bumi USIM. Aku hanya mampu mendoakan kalian semua agar berjaya dalam perjuangan yang sentiasa penuh dengan liku dan cabaran yang sudah pastinya tidak henti-henti menghalangi setiap usaha keras kalian di tempat kalian berpijak kini.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dunia dan akhirat.

‘SELAMAT BERJAYA SAHABATKU’