CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 21 September 2011

HARI KONVOKESYEN


Salam buat sahabat dan rakan-rakan semua. Setelah sekian lama rasanya Ain tidak menaip sesuatu untuk entry baru dalam blog Ain ni. Rindunya dengan suasana blog Ain. Beberapa minggu ni Ain buzy sedikit dengan kelas-kelas and group discussion . Tapi hati ni tetap nak menaip sesuatu entry yang baru sebagai perkongsian dengan korang semua. =)

Untuk pengetahuan korang hari Ahad lepas Ain telah selamat berkonvokesyen dengan sahabat-sahabat Ain di UniSZA. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar sepanjang majlis konvokesyen tu.

Seronok sangat sewaktu dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat lama. Walaupun kami hanya berpisah selama 4 bulan tetapi masa yang singkat itu dirasakan masa yang lama sekali bagi kami.

Bila Ain menjejakkan semula kaki ini di bumi UniSZA terasa sangat ingin kembali di tanah yang pernah menjadi tempat perjuangan Ain dan sahabat-sahabat yang lain. Mana tidaknya begitu banyak kenangan yang pernah tercalit disitu.

Sekali lagi, bila diberi peluang untuk kita berkumpul bersama,  memang Ain rasakan ini peluang yang tidak perlu disia-siakan. Setiap ruang itu Ain cuba luangkan bersama rakan-rakan. Syukur kerana kita masih sempat bergambar bersama-sama di Taman Tamadun Islam.



SAHABATKU YANG COMEL-COMEL BELAKA (~_^)


BERSAMA CHE PAH, HUSNA, DAN ZATY HULWANI


KAMI BERGELAR SEORANG GRADUAN


Walaupun terdapat segelintir rakan kita yang tidak dapat hadir pada pengambaran sempena ‘Pra Konvekesyen’ ini atas sebab tertentu dan juga kerana mereka sudah berada jauh dari Negara Malaysia ini, tapi percayalah kami sungguh merindui kalian. Setiap detik kami bergambar pasti kami teringatkan kalian.  I.Allah jika ada kesempatan dan jodoh kita pasti akan berjumpa lagi.



KENANGAN INDAH BAGIKU


PRA KONVEKESYEN KAMI =)


SEMPAT BERGAMBAR SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN BERMULA


Tapi setiap perkara itu‘ Kita hanya merancang dan Allah yang menentukan’ dan ‘ Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan’. Sungguh Ain merasa sayu dan sebak sewaktu meninggalkan bumi UniSZA. Terasa waktu itu terlalu singkat untuk kita bersama saat itu.


SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA KELUARGAKU DAN KELUARGA SAHABATKU SEBELUM PULANG KE DESTINASI  KAMI

BERSAMA SEGELINTIR RAKAN-RAKAN LELAKI DAN PEREMPUAN


BERSAMA UMMI KAK YA =)


Namun, apakan daya kini, aku sudah berada di bumi USIM. Aku hanya mampu mendoakan kalian semua agar berjaya dalam perjuangan yang sentiasa penuh dengan liku dan cabaran yang sudah pastinya tidak henti-henti menghalangi setiap usaha keras kalian di tempat kalian berpijak kini.

Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dunia dan akhirat.

‘SELAMAT BERJAYA SAHABATKU’

No comments: