CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 7 September 2011

PENGALAMAN DI USIM


Salam. Hari ini masuk university buat kali kedua.  UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. Sebelum ni Ain belajar dekat UniSZA.  Ain dapat kos Quran dan Sunnah yang mana kos ini terletak dibawah Fakulti Quran dan Sunnah. Ada sahabat yang duduk di bawah fakulti yang sama cuma kami berbeza kos je sebab Quran dan Sunnah ni ada 3 cabang. Satu memang kos Quran dan Sunnah pure. Satu lagi kos Quran dan Multimedia lastly Sunnah dan Pengurusan Maklumat.

MEMBE-MEMBE UNISZA SEWAKTU ORIENTASI DI USIM

Pengalaman pertama masuk sini memang berdebar sangat. Sebab banyak sangat saingan dekat sini. Yelah bila belajar Ijazah kita akan jumpa kawan-kawan yang datang dari pelbagai jurusan. Ada yang STAM. Ada yang STPM ada juga yang TAMHIDI dan MATRIKULASI. Bila datang sini terasa Ain ni tua. Hehe, memang kelakar je rasanya.

Orientasi dekat sini memang padat dengan macam-macam program. Memang Ain terasa sangat kepenatannya, mengantuknya, dan sakit badannya. Tapi biasalah,itulah dugaan yang perlu kami hadapi masa first masuk sini sebab masa akan datang mungkin Ain dan kawan-kawan akan hadapi ujian yang lebih besar dari ini. So, terimalah setiap kesusahan itu dengan hati yang terbuka kerana setiap kesukaran yang kita hadapi dalam kehidupan itu sebenarnya mematangkan kita.=)

BAJU ORIENTASI


SEWAKTU ORIENTASI

Ok. Tutup cerita pasal orientasi. Kali ini Ain nak cerita pasal roommate-roommate baru Ain. Satu bilik ada 4 orang ahli termasuk Ain. Bilik Ain ada seorang kakak. Kiranya Ain yang kedua tertua lah dalam bilik tu. Hehe.Yang lain adik-adik yang lepasan STAM. Diorang semua satu fakulti yang sama dengan Ain.  Alhamdullilah memang seronok sangat dapat kenal diorang sebab diorang ni semua sporting-sporting. Masa first kenal diorang terasa macam memang dah kenal lama je. Macam-macam cerita ada masa perkenalan pertama kami. Rupanya masing-masing jenis yang ramah dan sempoi. Hehe.
Sampai disini je setakat ni. Nanti jumpa lagi ya semua.=)

MEREKA SEMUA NI ROOMATE SAYA =)

No comments: