CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 13 September 2011

AKU SEBAGAI PELAJAR QS


Salam semua. Selepas seronok bercerita dengan korang pasal pengalaman di USIM. Kali ini peluang yang ada  ni, Ain nak kongsikan dengan korang semua sedikit sebanyak tentang kos yang Ain ambil di USIM iaitu kos Quran dan Sunnah. Jumlah subjek QS untuk first sem ni ada 9 subjek dan jumlah jam kredit ialah 17 jam.

INI SUBJEK AIN UNTUK FIRST SEMESTER

JADUAL KULIAHKU =)

Untuk pengetahuan korang, Ain ada subjek Hafaz Quran.  Selama tiga tahun kami kena menghafal sebanyak 3 juzu’. Ain tak pasti sama ada Ain dapat menghafaz dengan baik atau tidak. Ain harap sangat segala urusan Ain berjalan lancar dan sentiasa dipermudahkan oleh Allah sebab  kos Quran Sunnah ni bukanlah satu kos yang mudah. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar QS ini banyak cabarannya. Setiap tingkah laku perlu dijaga. Mereka menghormati kita dengan setiap ilmu yang kita bawa. Sungguh berat beban yang harus  digalas pada sesiapa yang mendalami ilmu Allah ini.

Kalau korang semua nak tahu juga,dekat USIM ni Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang sangat ditekankan. Banyak juga pensyarah disini yang terdiri dari orang luar seperti Sudan, Ivory Coast, Mesir dan sebagainya. Walaupun pada awalnya mungkin Ain rasa leceh tapi Ain pasti semua perjuangan Ain dibumi USIM ini tidak sia-sia.

 Pelbagai program transformasi diri yang diadakan pihak USIM pada setiap pelajarnya. Sungguh banyak pengisian menarik  yang diterapkan pihak USIM pada setiap pelajarnya sebagai persediaan pada kami untuk menghadapi dunia luar pada suatu hari nanti. Jadi setiap peluang yang ada ni nampaknya Ain kena guna dengan sebaiknya. Ain tak boleh nak menyerah kalah selagi belum sampai waktunya. Lagipun menuntut ilmu Allah ini merupakan sesuatu perkara yang mulia dunia dan akhirat.

PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH ( FPQS )

Harap korang semua sentiasa doakan Ain semoga Ain terus berjaya dalam bidang yang Ain ceburi. Amin, I.Allah. (^_^) Terima kasih !!!

No comments: