CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 21 February 2012

MALAYSIA VS JEPUN KELAYAKAN OLIMPIK

Selamat sejahtera buat semua..

Sekejap je masa berlalu, tahu-tahu hari ni dah 22 Februari 2012. Malam nanti ada game penting. Game bola sepak antara Malaysia dan Jepun. Walaupun peluang Malaysia dah tertutup rapat untuk temasya Olimpik di London nanti, tapi aku percaya anak buah yang berada di bawah bimbingan Ong Kim Swee ni takkan mengecewakan rakyat Malaysia. I.allah team Malaysia akan buat yang terbaik. Ain percaya dan rakyat Malaysia pun percaya juga kan??? Apa pun teruskan sokongan kita pada team Malaysia malam ni.



Cakap pasal perlawanan bola ni, teringat ayah Ain yang sekarang berada di Johor. Dia kerja. Selalu tengok dengan ayah. Tapi malam nanti tak dapat la tengok sama dengan dia. Rindunya dengan ayah. Tak apalah, lagipun boleh tengok dengan adik-adik laki ku. Macam biasalah, mesti kecoh punya rumah ni. Hehe. Kadang-kadang emak yang tak minat bola pun jadi boleh minat. Mana tak nya bila tengok reaksi kitorang mesti mak pun nak ambil tahu. Kelakar je bila tengok emak tonton bola. Hehe.

Oklah, kepada team Malaysia kesayanganku. Ain ucapkan kalian dapat buat yang terbaik. Semua rakyat Malaysia yang menyokong Harimau Muda pasti inginkan saingan yang sengit malam ni. Tak kira la kalian dah tewas sekalipun, pertahankan maruah negara. Jangan berputus asa tau !!! Semoga dipermudahkan urusan kalian.



Jom dengar lagu ni. Kita ambil semangat!! (~_^)




~ MALAYSIA BOLEH !!! TERUSKAN SOKONGAN PADA SKUAD BOLA SEPAK MALAYSIA~

Monday 13 February 2012

HAPPY BIRTHDAY MY LITTLE BRO !!



Selamat mendengar ye adikku.. :)

Alhamdullilah adikku. Kini genap usiamu 16 tahun. Sekarang Iki dah tingkatan 4. Tahun depan iki akan menduduki peperiksaan SPM kan?? Maka berusahalah segigihnya.

Ingat, bila Iki dah makin besar tanggungjawab Iki pun semakin berat. Sekarang bukan waktunya Iki nak berkasih dan bercinta. Sekaranglah sebenarnya waktu untuk Iki mengejar cita-cita. Jangan mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Bertindaklah dengan bijak dan jangan mudah melatah.

Setiap hari jadikanlah pesanan ibu dan ayah sebagai azimat buat Iki dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat. Apa yang penting sentiasa percaya pada diri. Jangan mudah mengalah. Biarlah Iki lelah, tapi percayalah pada Allah. Allah akan membantu kita jika kita sentiasa ingat pada NYA.

“Janganlah kita membuat ibu dan ayah sedih dengan kegagalan kita, tapi biarlah mereka sedih dengan kejayaan kita”

Harap sentiasa ingat pesanan akak pada Iki ini. Walaupun ini adalah catatan ringkas buat Iki tapi akak tahu Iki boleh menentukan  mana yang baik dan buruk dalam hidup Iki.Apapun sentiasa jaga adab dan tingkah laku.

Akhir kata, ibu,ayah,along,angah dan kak chik mengucapkan




SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 16 >> MUHAMMAD FIKRI B. MAZLAN .

~ JADILAH ANAK & ADIK YANG SOLEH ~

Tuesday 7 February 2012

MAULID NABI


Salam dan selamat sejahtera buat semua. Harap korang semua sihat. Fuh!! Lama rasa tinggalkan blog kesayangan ni. Hehe.

Oklah. Sebenarnya Ain nak tanya macamana sambutan ‘Maulidur Rasul’ dekat tempat korang hari tu?? Mesti meriah kan?? Dekat tempat Ain pun tak ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini dengan pengisian yang menarik.

“12 Rabiul Awal”




Hari yang sangat penting buat seluruh umat Islam untuk memperingati kelahiran Rasullulah S.A.W. Tapi jangan kita jadikan tarikh ini sahaja sebagai peringatan kita pada Baginda. Malah, mengingati Baginda ini seharusnya dilakukan di sepanjang waktu tanpa mengira bilakah masanya mahupun dimanakah tempatnya.

Tarikh penting ini juga telah menyaksikan kepada kita tentang kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Masihkah kita ingat kisah di saat Rasullulah S.A.W wafat dahulu?? Adakah pesanan di bawah ini juga sentiasa segar di ingatan kita??

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan Sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Ya, inilah pesanan Rasullulah kepada umatnya sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir. Al-Quran dan Sunnah yang diwariskan bagindalah menjadi panduan dalam kehidupan kita supaya kita sentiasa terbimbing menuju ke landasan yang benar.

Malah, sebelum baginda wafat juga, baginda telah bertanya kepada Jibril :
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Bukan itu sahaja, bahkan Rasullulah S.A.W juga tidak mahu umatnya merasai kesakitan siksa maut yang telah baginda lalui sehinggakan sebelum baginda menutup matanya, baginda sempat menyebut :
“Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku”

Begitulah cintanya Rasullulah S.A.W kepada umatnya. Tapi mampukah kita mencintai Rasullulah seperti baginda mencintai kita??




Sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. sebagai tanda kasih dan memuliakan baginda.

"Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi"




~ MARI KITA TERUS HIDUPKAN SUNNAH BAGINDA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.. ~