CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 7 February 2012

MAULID NABI


Salam dan selamat sejahtera buat semua. Harap korang semua sihat. Fuh!! Lama rasa tinggalkan blog kesayangan ni. Hehe.

Oklah. Sebenarnya Ain nak tanya macamana sambutan ‘Maulidur Rasul’ dekat tempat korang hari tu?? Mesti meriah kan?? Dekat tempat Ain pun tak ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini dengan pengisian yang menarik.

“12 Rabiul Awal”




Hari yang sangat penting buat seluruh umat Islam untuk memperingati kelahiran Rasullulah S.A.W. Tapi jangan kita jadikan tarikh ini sahaja sebagai peringatan kita pada Baginda. Malah, mengingati Baginda ini seharusnya dilakukan di sepanjang waktu tanpa mengira bilakah masanya mahupun dimanakah tempatnya.

Tarikh penting ini juga telah menyaksikan kepada kita tentang kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Masihkah kita ingat kisah di saat Rasullulah S.A.W wafat dahulu?? Adakah pesanan di bawah ini juga sentiasa segar di ingatan kita??

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Quran dan Sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."

Ya, inilah pesanan Rasullulah kepada umatnya sebelum baginda menghembuskan nafas terakhir. Al-Quran dan Sunnah yang diwariskan bagindalah menjadi panduan dalam kehidupan kita supaya kita sentiasa terbimbing menuju ke landasan yang benar.

Malah, sebelum baginda wafat juga, baginda telah bertanya kepada Jibril :
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”

“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Bukan itu sahaja, bahkan Rasullulah S.A.W juga tidak mahu umatnya merasai kesakitan siksa maut yang telah baginda lalui sehinggakan sebelum baginda menutup matanya, baginda sempat menyebut :
“Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku”

Begitulah cintanya Rasullulah S.A.W kepada umatnya. Tapi mampukah kita mencintai Rasullulah seperti baginda mencintai kita??




Sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. sebagai tanda kasih dan memuliakan baginda.

"Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi"




~ MARI KITA TERUS HIDUPKAN SUNNAH BAGINDA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.. ~

No comments: