CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 3 November 2012

KEHILANGAN SAHABAT YANG KU KENALI


~ Dialah sahabatku ~


Bila kita kehilangan seseorang yang sangat kita kenali,pasti kita akan sedih akan pemergian dia kan??? Itulah yang aku alami sekarang ini apabila seorang sahabatku yang aku kenal semenjak di bangku sekolah menengah dulu telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 11 September 2012.

Kira-kira jam 2 pagi waktu Jordan, sedang mata ingin lena disebabkan rasa mengantuk yang tidak dapat ku tahan. Tiba-tiba, aku terdengar telefon sahabatku Najwa berdering menandakan ada panggilan masuk sedangkan waktu itu aku sudah melelapkan mata. Baru ingin lena dibuai mimpi, aku terkejut apabila terdengar suara sahabatku tiba-tiba menyebut nama seorang insan yang sangat ku kenali telah meninggal dunia.

Allah,saat itu aku terus bangun melihat Najwa dengan wajah yang penuh kecemasan. Aku masih tidak percaya. Aku inginkan kepastian. Selesai Najwa menjawab panggilan yang diterima tadi, dia berkata kepadaku dengan nada sedih yang tidak dapat dibendung “ Ain, "Oyak" dah tak ada. Dia dah meninggal disebabkan accident.” Aku masih tidak percaya,dan aku anggap itu mungkin salah faham. Kemungkinan orang lain yang ditimpa kemalangan, sedangkan hatiku sudah tidak tenteram untuk terima kenyataan itu.

Lantas ku capai laptop untuk membuka laman facebook ku untuk kepastian. Aku perhati status rakan-rakan Mu’tah yang lain dengan harapan berita yang aku dengari tadi adalah tidak benar. Tiba-tiba aku tersentak dengan status salah seorang sahabat “Oyak” iaitu “ Arwah seorang yang baik”.  Aku lihat waktu yang dipost itu baru berapa jam lepas.

Hatiku berdebar. Sangat berdebar. Tiba-tiba Ayu iaitu rakan sekelasku sewaktu di Unisza dulu dan juga rakan sekelas dengan “Oyak” muncul di ruangan chat di Facebook. Ayu menyatakan sesuatu. Rupa-rupanya berita tentang kematian “Oyak” benar-benar berlaku. Lantas air mataku mengalir laju. Tatkala itu semua memori yang pernah wujud antara aku dan sahabatku “Oyak” mula bermain di benakku.
Sungguh aku tidak menyangka yang dia telah pergi dulu. Sempat aku melihat ketenangan wajahnya sebelum dia dihantar pulang ke Malaysia. Alhamdullilah, segala urusannya ketika dihantar pulang dipermudahkan. Malah ramai yang telah hadir ke upacara pengebumian “Oyak” di Malaysia.

Walaupun sudah dua bulan berlalu,tetapi nama arwah masih disebut-sebut hingga kini kerana kebaikannya. Memang arwah adalah seorang yang sangat baik pada teman-temannya, arwah juga seorang peramah dan sentiasa tersenyum. Bila seseorang itu dalam kesusahan arwah akan sentiasa ada menghulurkan bantuan. Itulah arwah yang aku kenali. Tidak pernah lokek untuk membantu orang yang rapat disekelilingnya.Moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Amin.


~ Post di wall arwah yang sangat memberi kesan padaku dan sahabatku yang lain~

~OYAK KAYO DALAM KENANGAN~

( AL-FATIHAH BUAT SAHABATKU ALLAHYARHAM SAIFUL ASYRAF B. SAIFUDDIN)