CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 31 March 2011

HIKMAH


Alhamdullilah…
Minggu lepas keluarga aku datang sini
Seronok dapat jumpa ayah, emak dan adik-adikku
Nikmat berjumpa dengan keluarga adalah hadiah yang teristemewa buatku
Walaupun diriku dan keluargaku dilanda musibah yang berat
Tentang nenek iaitu emak(ayah) yang sakit mengejut
Sakit jantung yang pertama kali nenek aku alaminya

Hajatnya yang ingin ke umrah bersama tokiku tidak kesampaian
Sayu hatiku melihat dirinya yang pasrah dengan segala ketentuan
Walaupun aku tahu jauh di sudut hatinya terdetik perasaan terkilan
Tapi demi keselamatan yang harus diambil perhatian
Jua demi kebaikan untuk dirinya, nenekku perlu berkorban

Betapa aku menyedari
Begitu banyak hikmah yang boleh ku kutip melalui kejadian ini
Setiap yang berlaku adalah kehendak illahi
Kita seorang manusia hanya mampu merancang dan Allah lah yang menentukan
Fitrah manusia seharusnya redha dengan qada dan qadar yang telah diaturkan
Siapalah manusia untuk menghalang setiap ketetapan
Ketahuilah setiap dugaan yang berat itu menunjukkan betapa Allah menyanyangi umatnya

Peristiwa ini menjadikan aku mengetahui maksud pengorbanan seorang anak
Seorang anak itu sanggup berkorban apa sahaja untuk ibu atau bapanya yang dia sayangi
Bagi mereka senyuman ibu bapa itu adalah kegembiraan mereka
Tangisan  ibu bapa adalah kesedihan mereka

Peristiwa ini mendidik jiwa aku supaya bersabar dengan dugaan yang menimpa ke atasku
Walaupun seberat mana dugaan itu datang kepadaku
Aku harus sedar setiap dugaan itu
Sebenarnya akan mendewasakan aku menjalani kehidupan ini

Peristiwa ini mengajar aku mengenali erti persahabatan yang sebenar
Ketika inilah aku tahu kawan yang sudi bersamaku susah dan senang
Kawan yang sanggup berkorban untuk aku apa sahaja
Bagiku kamu semua adalah sahabat terbaikku
Meski kita punya kekurangan
Namun itu bukan halangan
Kerana persahabatan itu sentiasa berkekalan
Terima kasih sahabat-sahabatku
Aku sayang kamu semua

Peristiwa ini juga melatih diri aku untuk menjadi seorang hamba yang taat padaNYA
Tidak kiralah ketika aku sihat atau sakit
Aku harus mempersiapkan diri untuk tidak meninggalkan ibadahnya
Allah jua telah memudahkan umatnya
DIA  telah menyediakan cara termudah untuk kita solat
Allah membenarkan kita solat duduk, baring, malah dengan hati jua
Kenapa ada dikalangan kita yang masih meninggalkan solat itu??
Tepuk dada tanyalah iman
Selamat beramal semua

Saturday 12 March 2011

KISAH ITU



Hari ini aku sekali lagi melayani kisah itu
Entah untuk ke berapa kali aku meyaksikannya
Aku pun tidak pasti
Mungkin kisah itu membuatkan aku tertarik untuk menontonnya
Mungkin kisah itu menjadi pengajaran buat aku
Mungkin kisah itu ada memberi makna yang mendalam buat aku
Aku pun tidak mengerti
Tetapi apa yang aku tahu setiap kali aku menontonnya
Hati  aku mengikutinya
Air mata ini juga tumpah seperti orang yang melakonkannya
Aku cuba mencuri kekuatan melalui kisah itu
Setiap kali sesuatu berlaku dalam hidup aku
Aku akan turut sama menggunakan istilah ‘semuanya baik’
Walaupun aku tahu situasi yang aku lalui sekarang sudah berada pada tahap kriktikal
Banyak pengajaran yang aku timba pada kisah itu
Pengajaran yang aku cuba simpulkan sendiri
Yang tidak siapa tahu melainkan aku
Entahlah
Aku tak tahu sejauh mana aku mampu bertahan
Sejauh mana aku mampu berdiri dengan semangat yang ada
Ya allah kuatkan aku dalam menempuhi hidup ini…AMIN

Ku petik melalui lagu kisah itu…
“SEPANJANG UMUR SAYA HIDUP SENGSARA
BIAR SAYA HIDUP SEKETIKA
BIAR SAYA HIDUP SEKETIKA
BIAR SAYA HIDUP SEKETIKA
BERIKAN SAYA KEGEMBIRAAN
BERIKAN SAYA KESEDIHAN
BERIKAN SAYA SATU LAGI PELUANG
SAYA NAK MEMBESAR SEKALI LAGI”

Sebuah lagu lagi dari kisah yang sama..
Hanya mampu ku abadikan di dalam blog ini sahaja
Cuma ku ubah sedikit liriknya
Sekadar untuk yang istimewa.....

 “AKU TAKKAN BIARKANMU PERGI
TAKKAN BIARKAN DIKAU PERGI
DIKAU BOLEH BERPALING MUKA DARIKU
KAU BOLEH CUBA SEKUAT-KUATNYA
AKU TAKKAN BIARKAN KAU PERGI BEGINI
AKU TAKKAN BIARKAN KAU PERGI
TAKKAN BIARKAN KAU PERGI
PERJALANAN INI SINGKAT
HIDUP JALAN YANG KECIL
MENGAPA KAU PUTUS ASA BEGITU CEPAT??
DENGAR NASIHATKU
SEMUA MALAM KESEDIHAN AKAN BERLALU
MENGAPA KAU MERAJUK DENGANKU??
AKU TAKKAN BIARKAN KAU PERGI
TAKKAN BIARKAN KAU PERGI”

Tapi seandainya kau ingin pergi dari hidupku
Aku redha
Mungkin kau ada jalan yang terbaik buat dirimu
Sejauh mana aku menghalang
Tiada gunanya
Kerana kau berdiri diatas jalan yang kau tetapkan..
Apa pun MAAFKAN AKU…

Friday 11 March 2011

DOA ISTKHARAH CINTA


Salam kawan-kawan

Kali ini ain susulkan bingkisan doa yang istemewa
Buat ain dan kawan-kawan untuk masa hadapan (~_^)heee
Terimalah..

Ya allah,
Jika telah engkau catatkan dia milikku,
Dan tercipta buatku,
Maka satukanlah hatinya dengan hatiku,
Dan titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi...


Ya allah,

Ya tuhanku yang maha mengasihi,
Seiringlah kami melayari hidup ini,
Perkukuhkan yang sejahtera dan abadi buat kami,
Moga indahnya perjalanan hidup kami...

Tetapi,ya allah,
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan olehnya...

Ya allah,
Ya tuhanku yang maha mengerti,
Berikanlah aku kekuatan,
Melontar bayangnya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja nan merah,
Agar aku bahagia,
Walaupun tanpa dia di sisiku...

Ya allah,
Ya tuhanku yang maha mencintai,
Gantikanlah yang telah hilang itu,
Tumbuhkanlah yang telah patah itu,
Meskipun tidak sama dirinya dengan yang 'baru'...


Ya allah,

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan ,
Adalah yang terbaik buat diriku,
Kerana engkau maha mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba mu ini...

SEMOGA DIA TERBAIK UNTUKKU
Ya allah,

Cukuplah engkau sahaja ,
Yang menjadi pemeliharaanku dunia dan akhirat,
Dengarlah rintihan hambamu yang daif ini,
Jangan engkau biarkan aku sendirian di dunia ini,
Mahupun di akhirat nanti...
Usah engkau juruskan aku,
Ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka,kurniakanlah aku,
Seorang pasangan yang beriman ,
Supaya aku dan dia,
Sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku,
Keturunan yang soleh dan solehah ,
Sebagai penyeri bahtera kami pada masa hadapan...
Amin ya rabbal a'lamin.............


Semoga kita sama-sama memperolehi pasangan hidup yang istemewa,
Yang dapat menemani dan seiring bersama ,ketika kita sukar atau senang...
Insya allah...


MOGA AKU BERTEMU DENGAN DIA =)