CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 31 March 2011

HIKMAH


Alhamdullilah…
Minggu lepas keluarga aku datang sini
Seronok dapat jumpa ayah, emak dan adik-adikku
Nikmat berjumpa dengan keluarga adalah hadiah yang teristemewa buatku
Walaupun diriku dan keluargaku dilanda musibah yang berat
Tentang nenek iaitu emak(ayah) yang sakit mengejut
Sakit jantung yang pertama kali nenek aku alaminya

Hajatnya yang ingin ke umrah bersama tokiku tidak kesampaian
Sayu hatiku melihat dirinya yang pasrah dengan segala ketentuan
Walaupun aku tahu jauh di sudut hatinya terdetik perasaan terkilan
Tapi demi keselamatan yang harus diambil perhatian
Jua demi kebaikan untuk dirinya, nenekku perlu berkorban

Betapa aku menyedari
Begitu banyak hikmah yang boleh ku kutip melalui kejadian ini
Setiap yang berlaku adalah kehendak illahi
Kita seorang manusia hanya mampu merancang dan Allah lah yang menentukan
Fitrah manusia seharusnya redha dengan qada dan qadar yang telah diaturkan
Siapalah manusia untuk menghalang setiap ketetapan
Ketahuilah setiap dugaan yang berat itu menunjukkan betapa Allah menyanyangi umatnya

Peristiwa ini menjadikan aku mengetahui maksud pengorbanan seorang anak
Seorang anak itu sanggup berkorban apa sahaja untuk ibu atau bapanya yang dia sayangi
Bagi mereka senyuman ibu bapa itu adalah kegembiraan mereka
Tangisan  ibu bapa adalah kesedihan mereka

Peristiwa ini mendidik jiwa aku supaya bersabar dengan dugaan yang menimpa ke atasku
Walaupun seberat mana dugaan itu datang kepadaku
Aku harus sedar setiap dugaan itu
Sebenarnya akan mendewasakan aku menjalani kehidupan ini

Peristiwa ini mengajar aku mengenali erti persahabatan yang sebenar
Ketika inilah aku tahu kawan yang sudi bersamaku susah dan senang
Kawan yang sanggup berkorban untuk aku apa sahaja
Bagiku kamu semua adalah sahabat terbaikku
Meski kita punya kekurangan
Namun itu bukan halangan
Kerana persahabatan itu sentiasa berkekalan
Terima kasih sahabat-sahabatku
Aku sayang kamu semua

Peristiwa ini juga melatih diri aku untuk menjadi seorang hamba yang taat padaNYA
Tidak kiralah ketika aku sihat atau sakit
Aku harus mempersiapkan diri untuk tidak meninggalkan ibadahnya
Allah jua telah memudahkan umatnya
DIA  telah menyediakan cara termudah untuk kita solat
Allah membenarkan kita solat duduk, baring, malah dengan hati jua
Kenapa ada dikalangan kita yang masih meninggalkan solat itu??
Tepuk dada tanyalah iman
Selamat beramal semua

No comments: