CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 17 December 2011

I'M SORRY




Mood Ain nampak macam happy.. Dengan entry jalan sana, jalan sini... Kalau kalian dapat buka dan tengok hati ini...Kalian akan tahu apa yang tersirat... Ain x salahkan kalian sebab memang kalian x tahu apa yang berlaku... Ain nak kalian tahu, Ain mendiamkan diri bukan bermaksud Ain lupakan kalian... Bukan bermaksud Ain nak buang atau campak kalian jauh2. Tapi semua itu adalah ruang untuk Ain jauh dari masalah yang Ain hadapi... Ain x nafikan... Walau ain lari jauh pun, masalah tu sentiasa mengikuti... Namun,sekurangnya, Ain dapat lupakan sejenak itu sudah memadai... 




Apa pun Ain mohon maaf atas khilaf yang berlaku.. Jika ada yang berkecil hati, besarkanlah hati kalian untuk terima kemaafan ini... Ain xnak di antara kita wujud sengketa... Ain manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan.. 


~ THE WEAK CAN'T NEVER FORGIVE.
FORGIVENESS IS THE ATTRIBUTE OF THE STRONG ~

Friday 16 December 2011

DI JORDAN ( PART 2 )


Salam. Ok semalam dah cerita tentang Mu’rakah Mu’tah dan ‘Al-Mazar’.  Hari ini Ain akan ceritakan serba sedikit pula tentang pengalaman melawat ‘Karak Castle’ iaitu kubu yang berjaya di tawan oleh Salahuddin Al-Ayubi suatu ketika masa dahulu. Kalau nak tahu cerita lebih lanjut mengenai ‘Karak Castle’ ni, korang semua boleh rujuk cerita seorang blogger ni disini.


Seronok kan dapat baca pengalaman blogger tadi?? Ok. Hope korang faham serba sedikit cerita tentang Karak Castle ni. Sekarang ni, jom dengar pula pengalaman dari Ain. Tapi pengalaman Ain ni x seberapa pun. Apapun Ain tetap nak cerita biar korang yang x pergi pun dapat rasa apa yang Ain rasa. Tapi harap rakan-rakan Ain semua janganlah jelous ke, kecil hati ke tau. Hehehe. I.Allah kalau ada rezeki mesti korang pun dapat datang kesini. (~_^)

First datang tempat ni, Ain dah jatuh hati sebab suasana dia menarik !!! Sangat-sangat menarik.Tapi untuk pengetahuan korang, tempat ni tinggi sangat. Siapa yang gayat macam Ain memang kecut perut la datang tempat macam ni. Itu masa perasaan mula-mula la. Lepas dah banyak kali duduk bergambar dengan sahabat-sahabat yang lain semua, secara x sengaja, perasaan gayat tadi tiba-tiba hilang. Hehe. Agaknya sebab semangat bergambar la tu. (^_^)

Tempat ni memang famous juga la dikalangan pelancong. Sebelum nak masuk kena bayar. Kalau x salah la.Tapi Ain x tau berapa dinar sebab ada yang belanja kitorang berlima. Alhamdullilah. Kalau korang semua datang dan lihat sendiri tempat ni,serius Ain cakap, korang akan sangat-sangat terpegun dengan keunikkan binaan yang ada disini. Setiap sudut yang ada tu memang Ain sangat yakin yang korang tidak akan lepaskan peluang untuk mengabdikan kenangan korang dekat sini. Bila tengok binaan yang ada tu, kita sampai x terfikir macam mana diorang boleh bina kubu sebesar kawasan seperti ‘Karak Castle’ ni. Sungguh-sungguh besar dan sangat menakjubkan ketika menyaksikan binaan yang ada ini tersergam indah di bumi anbia ini.

~ Gambar- gambar di Karak Castle ~


















~ MUZIUM YANG TERDAPAT DI KARAK CASTLE ~



~ SEMPAT BERGAMBAR DENGAN ORANG ARAB SINI ^_^ ~


Orait,hari ini sampai disini sahaja. ^_^ Harap korang semua enjoy dengan pengalaman Ain yang ringkas dan x seberapa ni.  I.Allah ada kesempatan kita jumpa lagi dengan cerita yang baru. Daaaa!!! 

Wednesday 14 December 2011

DI JORDAN ( PART 1 )


Salam buat semua …

Setelah berapa minggu disini, Ain sangat merasai kerinduan yang menebal pada keluarga di Jenderam Hilir,Selangor dan tidak lupa juga rasa rindu pada teman-teman sekolah juga pada teman-temanku yang kini berada di USIM.Harap semua sihat. Eventhough korang x baca blog Ain ni,tapi Ain sentiasa doakan korang dalam keadaan sihat walafiat.
(<3  ALL OF YOU <3 )

Alhamdullilah, semenjak Ain berada di bumi Anbia ini, Ain x nafikan Ain dengan kawan seperjuangan disini banyak menggunakan peluang yang ada untuk manfaatkan masa yang terluang dengan pelbagai aktiviti disini. Kitorang dah pergi ‘Jamiah Mu’tah’ untuk ‘Mustamik’, kitorang dah pergi melawat tempat-tempat menarik yang ada disini, lepas tu kitorang juga dah belajar bercakap dengan orang Arab ( tapi sikit-sikit la,itupun time nak beli barang ^_^ ). Syukur sebab dapat merasai pengalaman berada di Jordan ini.

~ Gambar-gambar di Jamiah Mu'tah ~






So,Ain rasa nak share dengan korang pengalaman melawat tempat yang menarik dekat sini. First tempat yang Ain dengan rakan seperjuangan yang lain lawati ialah ‘Mu’rakah Mu’tah’ yang mana suatu masa dulu tempat ini telah mengorbankan ramai para sahabat terdekat yang telah syahid dalam pertempuran menentang tentera gabungan antara Byzantine dan Ghassanid.

~ Gambar- gambar di Mu’rakah Mu’tah ~










~  CERITA MU'RAKAH MU'TAH ~



Lepas tu,minggu seterusnya kitorang sempat juga melawat maqam sahabat-sahabat Baginda yang terkorban dalam peperangan Mu’tah ni dekat ‘Al Mazar Al Janubi’ yang berhampiran Karak.Maqam sahabat-sahabat Baginda yang terdapat di ‘Al Mazar Al Janubi’ ini ialah maqam Zaid bin Harithah ra, Jaafar bin Abu Thalib ra dan Abdullah bin Rawahah.


Ok. Ini cerita serba sedikit mengenai latar belakang mereka:

Zaid bin Harithah ra ni merupakan anak angkat Nabi Muhammad SAW. Beliau inilah yang telah mengetuai tentera Muslimin dalam peperangan Mu’tah. Beliau ialah telah berjuang dengan penuh keberanian sehinggalah beliau gugur sebagai seorang syahid.

Manakala, Wakil Panglima Tentera iaitu Jaafar bin Abu Thalib ra yang juga merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang pernah menggantikan Zaid memegang panji Islam. Beliau telah digelar sebagai ‘Jaafar At Toyar’ kerana telah kehilangan kedua belah tangannya ketika memepertahankan panji-panji Islam semasa didalam peperangan. Beliau ini dikatakan memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan Rasullulah SAW. Malah,beliau ini juga adalah seorang yang murah hati terhadap golongan miskin dan juga merupakan antara perawi hadis terus daripada Rasullulah SAW.

Selain itu, Abdullah bin Rawahah pula adalah pengganti ketiga dalam mengetuai tentera Islam,  selepas Zaid dan Jaafar syahid didalam peperangan Mu’tah. Beliau terkenal dikalangan sahabat kerana ketaatan, kepatuhan dan kesabarannya. Bukan itu sahaja, beliau ini adalah seorang yang bertaqwa dan tidak mementingkan diri disamping seorang tentera yang berdedikasi serta penyair yang terkenal dizamannya.

Hebat kan mereka ini?? Serius Ain cakap, macam tak percaya dapat jejak kan kaki di bumi Jordan ni. Bila dapat melawat dan pijak sendiri tempat macam ‘Al Mazar’ ni, hanya perasaan yang sebak dan terharu timbul dalam hati ini. Sungguh terasa dekat sangat dengan para sahabat ini. Walaupun tidak pernah duduk sezaman dengan mereka tetapi bila dapat berdiri disebelah maqam mereka, itupun sudah cukup untuk memberikan satu semangat pada diri ini. I.allah jika diberi peluang untuk kesini bersama keluarga tercinta, Ain tidak akan lepaskan bawa mereka ke sini dan merasai perasaan yang Ain alami ketika ini.

~ Gambar- gambar di Al-Mazar ~










Oklah kawan-kawan…  Jika ada kesempatan Ain akan ceritakan tentang tempat menarik yang lain pula. Harap cerita ini bukan sahaja sekadar cerita biasa, sebaliknya cubalah kita ambil segala apa yang baik sebagai contoh dan tauladan buat kita. I.Allah.Ameen.   

~ SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA KUAT SEPERTI GAGAHNYA SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW ~ (^_^)

Sunday 4 December 2011

PERJALANAN KE JORDAN


Seronok dan teruja rasa nak datang Negara orang dah lama,semenjak dari tingkatan 2 lagi. Tapi bila ada peluang kadang-kadang banyak perkara yang tidak mengizinkan. Lagi-lagi my parents. Yelah Ain kan anak perempuan so,macam hard la dia nak bagi Ain lepas jauh-jauh. Hehe

Tapi alhamdullilah, kali ini peluang nak ke Negara orang iaitu Jordan ni datang lagi. Dan syukur alhamdullilah bila parents juga sudi merelakan diri ini pergi ke Negara orang. Meskipun terdapat sekelumit kerisauan dalam hati parents Ain,namun diorang sanggup juga lepaskan Ain setelah sedar Ain pergi ke Negara orang adalah untuk berjuang menuntut ilmu Allah.


SEBELUM BERANGKAT SIBUK MENDENGAR TAKLIMAT

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN SEMUA

Perjalanan Ain ke Jordan bukan semudah yang disangka. Banyak rintangan dan halangan yang perlu Ain hadapi sewaktu ingin pergi ke Jordan.  Sebelum berangkat pun banyak dugaan yang Ain telah lalui bersama 4 rakan seperjuangan yang turut sama berangkat ke Jordan. Masalah itu hanya kami yang tahu,betapa beratnya situasi kami ketika itu.

Namun,sungguh terharu sekali dalam kekalutan yang melanda diri ini,ada rakan-rakan sudi memberi galakan. Meski hati ini sudah tawar dek cubaan yang tidak putus-putus itu,  tapi motivasi membina dari bonda dan ayahanda itu adalah sesuatu yang cukup bermakna buat Ain. Sahabat-sahabat juga sentiasa memberi sokongan. Sungguh malu berdepan dengan mereka dalam keadaan yang serabut. 4 rakan seperjuangan yang lain Ana,Yang,Sue dan Hanim juga menghadapi situasi yang sama seperti Ain.Hanya orang yang terdekat sahaja mengetahui betapa beratnya ujian yang kami hadapi,betapa sukar untuk kami laluinya,pahit yang ditelan oleh kami. Sungguh sakit sekali dugaan ini.


DALAM FLIGHT DARI KUWAIT >>> AMMAN

ANA DAN AIN

ZARIFAH WITH ME (^_^)

Apa pun rintangan itu,akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di bumi Anbia. Sungguh terasa kelainan berada disini. Sewaktu sampai kami sempat berdoa agar dipermudahkan segala perjalanan dan urusan kami disini. Ya, semoga segalanya dipermudahkan.Amin.Disini lah titik permulaan kami untuk menghadapi dugaan yang lebih hebat lagi sebelum datang ke sini.


KAMI SELAMAT TIBA DI KUWAIT  SEMENTARA MENANTI UNTUK BERANGKAT KE AMMAN ( WITH HANIM, SUE & ANA)

Seterusnya kita bersambung dengan cerita lain di masa akan datang. Hehe. Terima kasih pada mereka yang setia menanti. Jumpa lagi.(^_^)