CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 4 December 2011

PERJALANAN KE JORDAN


Seronok dan teruja rasa nak datang Negara orang dah lama,semenjak dari tingkatan 2 lagi. Tapi bila ada peluang kadang-kadang banyak perkara yang tidak mengizinkan. Lagi-lagi my parents. Yelah Ain kan anak perempuan so,macam hard la dia nak bagi Ain lepas jauh-jauh. Hehe

Tapi alhamdullilah, kali ini peluang nak ke Negara orang iaitu Jordan ni datang lagi. Dan syukur alhamdullilah bila parents juga sudi merelakan diri ini pergi ke Negara orang. Meskipun terdapat sekelumit kerisauan dalam hati parents Ain,namun diorang sanggup juga lepaskan Ain setelah sedar Ain pergi ke Negara orang adalah untuk berjuang menuntut ilmu Allah.


SEBELUM BERANGKAT SIBUK MENDENGAR TAKLIMAT

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN SEMUA

Perjalanan Ain ke Jordan bukan semudah yang disangka. Banyak rintangan dan halangan yang perlu Ain hadapi sewaktu ingin pergi ke Jordan.  Sebelum berangkat pun banyak dugaan yang Ain telah lalui bersama 4 rakan seperjuangan yang turut sama berangkat ke Jordan. Masalah itu hanya kami yang tahu,betapa beratnya situasi kami ketika itu.

Namun,sungguh terharu sekali dalam kekalutan yang melanda diri ini,ada rakan-rakan sudi memberi galakan. Meski hati ini sudah tawar dek cubaan yang tidak putus-putus itu,  tapi motivasi membina dari bonda dan ayahanda itu adalah sesuatu yang cukup bermakna buat Ain. Sahabat-sahabat juga sentiasa memberi sokongan. Sungguh malu berdepan dengan mereka dalam keadaan yang serabut. 4 rakan seperjuangan yang lain Ana,Yang,Sue dan Hanim juga menghadapi situasi yang sama seperti Ain.Hanya orang yang terdekat sahaja mengetahui betapa beratnya ujian yang kami hadapi,betapa sukar untuk kami laluinya,pahit yang ditelan oleh kami. Sungguh sakit sekali dugaan ini.


DALAM FLIGHT DARI KUWAIT >>> AMMAN

ANA DAN AIN

ZARIFAH WITH ME (^_^)

Apa pun rintangan itu,akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki di bumi Anbia. Sungguh terasa kelainan berada disini. Sewaktu sampai kami sempat berdoa agar dipermudahkan segala perjalanan dan urusan kami disini. Ya, semoga segalanya dipermudahkan.Amin.Disini lah titik permulaan kami untuk menghadapi dugaan yang lebih hebat lagi sebelum datang ke sini.


KAMI SELAMAT TIBA DI KUWAIT  SEMENTARA MENANTI UNTUK BERANGKAT KE AMMAN ( WITH HANIM, SUE & ANA)

Seterusnya kita bersambung dengan cerita lain di masa akan datang. Hehe. Terima kasih pada mereka yang setia menanti. Jumpa lagi.(^_^)

3 comments:

reza al-razi said...

Assalam.. Ain sambung dgree kt Jordan ke? Bukan hari tu smbung kt USIM ke? Apapun, smoga berjaya & tabah masa kt sana ye.. Doa dari sahabat yg jauh....

saqifaH sHolahuDiN said...

besnya . harap ain tabah and kuat mnghadapinya :)

SINGGAHSANA AIN DAMIA said...

tq kepada sahabat-sahabat yang mendoakan Ain..semoga korang semua turut berjaya..=)