CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 28 February 2011

SAYU HATI

AQSA B SEMESTER 6

Bila mengenangkan kisah ‘kita-kita’  bersama
Aku tergelak sendirian
Betapa lucu bila ku mengingati kisah yang pernah kita bina
Rupanya lakaran yang kita warna akan berubah menjadi kenangan


HANYA TINGGAL KENANGAN

Seawal kita masih bertatih masuk ke universiti dahulu
Kita asyik terfikir
Siapakah yang akan bersama kita???
Siapakah yang akan menjadi penasihat kita???
Siapakah yang akan seiring menitip kejayaan dengan kita???
Sebab di sini kita mula berjauhan dengan keluarga
Sebab di sini kita mula belajar berdiri atas kaki kita
Sebab di sini kita akan menjadi siapa kita
Dan di sini segala kehidupan bermula


DI SINI KU TEMUI TEMAN SEJATI

Ketika inilah kita mula mengenali erti seorang teman,rakan dan sahabat
Cuba lihat diri kita..pergi ke mana-mana pun mesti ada teman sebelah kita
Pergi ke kuliah, ke café, ke bank, ke luar, dan ke mana-mana
Pasti ada seseorang di sebelah kita bukan???
Dialah teman yang sentiasa di sisi kita
Yang setia menemani kita ke mana dan dimana sahaja kita berada
Tidak pernah sekalipun dia melupakan kita


AKAN KU PALIT MENJADI MEMORI YANG BERHARGA


Sahabatku
Aku begitu takut untuk menghadapi detik perpisahan itu
Betapa hati ini diselubungi sendu untuk melihat kamu semua jauh dariku
Kerana aku tidak tahu siapakah pula sahabat yang bakal membantuku kelak
Aku mungkin bakal merindui kalian
Kerana kalian adalah memori yang telah melekat dibenakku
Setiap kali bila tiba saat yang merantai jiwaku ini
Ketahuilah akan aku titipkan di bibirku satu persatu nama kalian
Sebagai tanda aku mengingati setiap perjuangan kita
Moga kita akan kekal bersama selamanya
Meskipun ianya hanya terpalit dalam ingatan

Saturday 26 February 2011

TAPI


Emak…
Setiap hari yang dilalui
Along  sentiasa merasai kehadiran emak
Bila along tatap wajah emak
Along asyik merasai ingin pulang

Tapi…
Along jauh di perantauan
Kalaulah along ada kapal terbang sendiri
Along nak terbang balik rumah
Mesti seronok dapat perhati emak hari2

Boleh juga peluk dan dakap emak
Boleh juga cium dan merasai kucupan emak
Boleh juga makan masakan air tangan emak
Boleh juga along jaga emak bila emak sakit

Tapi ...
Along tengah berjuang
Demi agama..(i.allah)
Demi keluarga
Along kan contoh pada adik beradik
Along  juga harapan dan sandaran keluarga
Along tak nak kecewakan emak

Tapi…
Along takut along tak dapat buat emak bahagia
Along takut along sentiasa  menitiskan air mata emak
Along takut along buat emak tak senang hati
Along takut along jadi derhaka
Along takut semua itu

Tapi…
Emak kata along salah satu kebahagiaan emak
Sebab along anak pertama ayah dan emak
Emak kata along tak pernah menitiskan air mata emak
Sebab along sentiasa menghiburkan emak
Emak kata along sentiasa menyenangkan emak
Sebab along ringankan beban emak
Emak kata along tak pernah derhaka pada emak
Sebab along selalu dengar pesan emak
Benarkah emak????

Ya allah
Begitu suci hatinya
Dia tiada gantinya
Dia adalah segalanya
Dia ratu hati kami sekeluarga
Engkau peliharalah dia
Kerana kami begitu mencintainya

Friday 25 February 2011

WARKAH BUAT SAHABAT

Ya allah
Allah maha hebat 
Allah berikan aku merasai 
Apa yang aku rasai
Apa yang aku sangkakan
Memang benar2 berlaku

Perubahan yang ku lihat padamu
Membuat aku gelisah
Kau mulai diam
Tiada gelak dan tawa yang dipamerkan
Kemesraan juga hilang dari lakaran
Kini semuanya lenyap dalam sekelip mata
Apakah yang berlaku sebenarnya sahabatku???

Aku tidak sempurna buatmu ye sahabatku???
Aku bukan teman yang kau inginkan ye sahabatku???
Aku tidak layak buatmu ye sahabatku???
Aku banyak cacat dan celanya ye sahabatku???
Maafkan aku ye sahabatku
Kerana aku tidak sempurna
Aku juga tidak dapat menjadi yang terbaik buatmu

Tapi sahabatku
Sebenarnya
Terlalu banyak yang ingin aku kongsikan bersamamu
Ketahuilah...
Setiap hari yang ku lalui
Akan rasa kosong tanpamu
Dahulu...
Bila aku susah, kau ada disisiku
Bila aku sedih, kau sapu air mataku
Bila aku gembira, kau turut sama bergelak ketawa
Bila aku payah, kau lenyapkan dengan kata semangatmu
Bila aku keseorangan, kaulah peneman setiaku
Kaulah sahabat itu
Sahabat suka dukaku, sahabat tangis gembiraku
Sahabat susah senangku, sahabat yang sentiasa bersamaku

Aku tak tahu mana silapku
Aku tak nampak mana salahku
Sahabatku... 
Tegurlah aku 
Jangan kau diam seribu bahasa
Kerana aku akan kelu tanpa kata
Jangan kau hilangkan sikap suka dan gembira
Kerana aku akan rasa jiwa ini tersiksa
Jangan kau sembunyikan sedih dan duka
Kerana aku akan merasa hampa
Itulah perasaanku sahabat
Perasaan yang benar2 membebankan aku

Kau mungkin lebih mengetahui diriku
Andai benar salah langkahku
Kau maafkanlah aku
Andai benar salah bicaraku
Kau sedarkanlah aku

Ya allah
Seandainya benar dia bukan sahabatku
Engkau redhakanlah aku menerimanya
Engkau pasrahkanlah aku melepaskannya
Seandai benar dia sahabatku
Engkau satukanlah hati kami
Engkau eratkanlah ukhwah kami
Engkau ikatlah persahabatan kami
Moga kekal buat selamanya
Aminn... 

Thursday 24 February 2011

OH HATI...

OH HATI..
Hari berganti hari
Bulan berganti bulan
Nampaknya bulan feb ini akan sampai kepada noktahnya
Namun gejolak hati ini siapalah tahu
Hati ini sentiasa dibuai keresahan
Hari2 yg kadangkala indah bertukar suram

Hari ini perasaan itu datang kembali
Begitu hebat hati ini berbicara
Menyatakan butir bicara yg tidak aku minati
“PUTUS ASA”

OH HATI…
Aku tidak mahu !!!
Aku ada perjuangan yg besar disini
Aku  harapan famili
Aku akan dicontohi

OH HATI…
Ketahuilah
Aku tidak akan menyerah kalah
Jihadku masih merah
Aku pemegang amanah ibu ayah

BUAT IBU DAN AYAH…





Walaupun hati ini sering merinduimu
Aku masih ampu untuk bertahan
Kata2 mu sentiasa tersemat dihatiku
Seringkali ku jadikan pedoman
Kerana ianya tangkal semangatku

Iringilah aku dengan doamu
Moga aku berjaya melangkah
Meneruskan cabaranku
Biar aku lelah
Asal aku dapat melihat senyumanmu
Kerana kamu adalah INSPIRASI HATIKU…