CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 19 April 2011

TESIS



Tesis dah hantar!!
Gembiranya hatiku bukan kepalang ketika itu
Aku tahu sahabatku merasai perasaan yang sama pada waktu itu
Tidak dapat digambarkan kebahagiaan yang singgah pada diri kami
Sungguh kami merasakan satu ketenangan yang abadi
Cukuplah sebelum ini betapa rasa diri kami begitu dibebani
Alhamdullilah..kami menadah tangan mensyukuri nikmat Illahi

Sahabatku faezah,
Sungguh aku tidak menafikan
Tesis kita yang bertajuk الحديث المسلسل وجهود العلماء فيه
Banyak mengajar kita erti kesabaran
Betapa lelahnya diri kita mencari dan terus mencari bahan
Hingga suatu ketika kita tidak mampu bertahan
Ketika itulah air mata menjadi teman
Namun kita tetap setia menghadapi setiap dugaan

Setiap masa yang berlalu kita tetap cuba berdiri teguh
Segala duka,tawa,gembira semua kita tempuh
Meski saat itu kita ampuh
Meski saat itu kita rapuh
Meski saat itu kita seringkali terjatuh
Kita  tetap menapak dengan gagah
Kita berusaha untuk tidak mengalah
Akhirnya kita berjaya melaluinya dengan mudah
Tahniah sahabatku

Kepada musyrifku
Ustaz Rohaizan
Terima kasih kerana kau sudi berkorban buat kami
Kau bersengkang mata dari pagi hingga ke malam membantu kami
Begitu banyak jasa yang kau curahkan buat kami
Sungguh akan kami kenang sehingga akhir hayat ini

Kepada ibu bapaku
Mazlan dan Rusidah
Segala semangat yang kau beri
Segala nasihat,  pesanan yang mengingati
Mendorongku menghadapi segala onak dan duri
Agar aku terus berdiri
Hanya kalungan terima kasih yang mampu aku hadiahi
Sebagai tanda ingatan yang kekal abadi
I.allah..

Sahabatku
Zimah, Tira, Mas, Asma, roomateku dan selainnya
Sekalung penghargaan ku hulurkan buat semua
Yang tidak jemu-jemu membantu kami
Sentiasa mendorong kami untuk tidak menyerah sebelum masanya
Semoga setiap yang berlaku akan mengeratkan persahabatan ini
Amin ..

Friday 15 April 2011

BEZDAY KU

Hari ini terpalit kenangan antara aku dan sahabatku buat kali ketiga aku belajar di UNISZA. Terima kasih sebab tidak pernah lupakan tarikh 15 APRIL dalam kamus kehidupan korang. Sungguh terharu diri ini tatkala terkejut dengan SURPRISE BIRTHDAY yang korang rancang untuk ain. Sangat terharu. Rancangan korang sangat-sangat berjaya. Ain tertipu jua akhirnya.hehe, lawak sangat kenangan malam ni.

Sahabat-sahabatku
Kenangan ni takkan ain lupakan. Cantik kek yang korang hadiahkan untuk ain. Korang belikan kek warna favourite ain. Warna biru. Sama juga dengan hadiah yang korang beri. Hadiah tu pun berwarna biru. Comel sangat.(~_~) Tak sangka korang ingat warna kesukaan ain. Thanks a lot ye sahabat-sahabat.

Kenangan di blok H pun takkan ain lupakan termasuk la sewaktu kita tinggal di blok UK dulu. Sudah tiga kali ain dapat meraikan bezday ain dengan korang. Ain cukup bertuah dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan yang sementara ini bersama korang semua. Terima kasih sebab dah mencipta kenangan untuk ain. Tidak tahu untuk berkata apa lagi pada setiap kebaikan yang korang dah beri kepada ain. Ain tak mampu nak balas kat korang semua. Korang jangan lupakan tarikh hari ni ya sahabat-sahabat.  Tak kisahlah korang jadi teman ke berapa yang wish pada saat bahagia ain seperti tadi. Itu dah cukup menyenangkan hati ain dan cukup menggembirakan ain sebab ain tahu korang tak pernah melupakan budak yang blur ni kan???

Sedihnya selepas ini, sebab sambutan bezday ain mungkin bukan bersama korang. Entah bersama siapa pula dan di manakah ain akan sambut bezday ain kan??ain mesti rindu kenangan dengan korang. Tak sanggup rasanya nak lepaskan kenangan yang telah kita palit selama 3 tahun ini. Banyak suka, duka, gembira kita kongsi bersama. Sampai satu masa diri ini ada rasa putus asa pun korang tetap setia dengan ain. Aduh, makin terasa berat hati ain nak tinggalkan korang.huhu.


Apa pun masa bezday ain akan berlalu tak lama lagi. Happy belated birthday untuk diriku.(~_^)kawan-kawan sekali lagi ucapan terima kasih ain hulurkan kepada korang tanda sekalung penghargaan ain buat korang yang sentiasa ingatkan ain.i.allah=)semoga persahabatan kita kekal selamanya.aminnn.

Thursday 7 April 2011

TAG DARI MEMBE

Hari ini, baru juga ada kesempatan untuk menjawab soalan yang di tag oleh sahabatku..FAEZAH(n_n)

Apa benda penting dalam hidup korang?

Benda yang paling penting dalam hidup aku ialah emak, ayah, dan adik beradik aku sebab diorang ni sayang aku, ambil berat tentang aku, always support aku, dan macam-macam lagi diorang buat untuk aku.

Benda terakhir anda beli dengan duit sendiri?

Aku tak beli apa-apa dengan duit sendiri tapi aku belanjakan duit aku tu masa aku ambil stam dekat SAMTTAR. Duit yang aku dapat ini hasil pengalaman bekerja sebagai ustazah aku gunakan untuk makan dan minum aku sewaktu belajar dekat situ.


Di mana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan anda...?

Setiap orang ada impian besar lebih-lebih lagi time kahwin. Kalau diberi peluang, aku nak merasa sambut perkahwinan aku dekat hotel dan aku nak buat tema Islamic.hehe. tapi aku tahu tidak mungkin dapat untuk aku capai impian itu, maka aku akan buat perkahwinanku dirumah aku sahaja.(~_~)apa yang penting majlisku besederhana sahaja. I.Allah


Adakah korang sedang bercinta?

Dulu aku pernah bercinta. Macam-macam lelaki aku pernah kenal. Bila aku dah dapat seseorang lelaki yang terbaik buat aku. Aku tinggalkan dia. Tapi aku tinggalkan dia dengan sebab. Aku tak nak dia terjerumus dengan dosa dari zina hati. Sesungguhnya al-quran dan hadis telah menggariskan panduan untuk bercinta tidak lain hanyalah selepas kahwin. Sekarang aku lebih mencintai allah, rasul, keluarga dan sahabatku serta saudara seislam. I.Allah.

Novel/buku/majalah yang last korang beli?

Buku “IHYA ULUMUDDIN” yang berkaitan tentang fikh islam.

Apa nama penuh korang?

NURFARAHIN BINTI MAZLAN

Antara mak dengan ayah..mana lagi korang mesra?

Alhamdullilah aku mesra dengan kedua-duanya sebab dua-dua sporting dengan aku(~_^)hee..Sayang emak dan ayah(~_~)
Namakan orang yang betul2 ingin jumpa dalam hidup.??

Aku nak jumpa arwah atuk dan nenek sebelah emak. Sebab diorang pernah jaga aku time aku kecil-kecil dulu. Macam-macam diorang bagi dekat aku. Tapi aku tak sempat nak balas jasa diorang. Yang penting aku akan sentiasa ingat pesan emak untuk sedekahkan al-fatihah buat mereka.

Adakah korang basuh baju sendiri??

Tak. Guna mesin sahaja.hehe

Dimanakah tempat yang anda betul2 nak pergi??

Mekah al-mukaramah (sama jawapan dengan membe aku)hehe.

Pilih satu, peluk @ cium??

Aku lebih suka peluk sebab dapat rasa ukhwah dan kasih sayang yang kuat dari seseorang lebih-lebih lagi emak aku. Hangat sangat pelukkan dia. Rindunya.

Beritahu 3 perkara tentang orang yang tag anda??

Hoho. Si dia merupakan seorang yang suka tolong orang lain. Lepas tu, dia ini suka pendam masalah dan luahkan dekat blog kesayangan dia.hehe. Bila dalam kelas dia tak ada mesti orang rasa sunyi dan akan tanya pasal dia. Hehe, famous juga kan dia ni.

3 benda yang korang sayang dalam hidup?

Keluarga, persahabatan dan perhubungan

Lagu yang korang suka dan selalu dengar??

Istikharah cinta- Sigma

6 blogger korang nak tag??

Tiada siapa.hehehe

Monday 4 April 2011

SAHABATKU


Cerita hari ini aku ingin khususkan pada sahabat-sahabat karibku. Mereka ialah F, L, Z.  Inilah friends aku dekat UniSZA. Kalau nak tahu kisah aku dengan mereka. Jomlah baca apa yang aku sediakan untuk pembaca-pembaca semua.=)

F...
Dia adalah fren yang satu kelas dengan aku. Kami ibarat kawan yang tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, pergi ke kelas sentiasa bersama. Malahan sometimes bila buat assignment dan presentasion group pun aku akan sentiasa co-operate dengan dia. Dan disebabkan sentiasa melekat, maka tesis kami pun kami still bersatu tenaga as a one group. Hehe. Mungkin dia comfortable dengan cara aku bekerja dan begitu juga aku, walaupun kami ni kadangkala have a different opinion dalam sesuatu perkara tapi itulah fitrah manusia. Walaupun tidak sependapat tapi kita sebenarnya saling memerlukan. Setiap kelemahan yang ada mungkin dapat improve ourself biarlah sekalipun idea kita berbeza.

F ni dia suka pendam masalah dia. Tapi kadang-kadang bila dia tak tahan sangat, dia akan paparkan dalam blog dia sebab cara itu je yang mungkin boleh bagi strength dekat dia untuk forget sesuatu perkara tu. Hehe.F ni juga bila kawan-kawan dia buat sesuatu yang tak betul dia kadang-kadang akan tegur direct je. Walaupun kadang-kadang teguran itu kami tak suka tapi itulah sebenarnya advice yang berguna.(^_~)

L…
Ini juga antara membe aku yang always together dengan aku. Eventhough, aku dengan dia tak sama kelas tapi kadang-kadang kami mempunyai perwatakan yang sama. Hehe.mungkin kot. Tapi yang most important dia lebih baik dari aku la. Kami ni belajar di Terenganu dan bila nak balik ke situ, aku dengan dia always balik sama-sama. Study sama-sama. Basuh baju sama-sama. Pakai baju with the same colour. Beli air pun kami suka share sama-sama. Heee(^_^)semuanya sama-sama.

Kami ni juga suka kongsi cerita. Semua cerita ada. Tak kisahlah yang hot ke yang dah basi ke, kami suka imbas semula kisah-kisah tu sebagai renungan untuk masa depan dan sebagai pengajaran buat kami . Hehe. Tapi, sekarang kami jarang dapat bersama untuk berkongsi cerita mungkin kesibukan yang melanda disebabkan kami sekarang dah last sem. Jadi semua kerja nak kena force diri kami supaya dapat siapkan pada waktu yang dah ditetapkan. Kalau tak ketinggalanlah kami jawabnya.(~_~)

Dia ni juga memiliki jiwa yang halus. Kalau dia terasa hati. Kita kena cepat-cepat pujuk dia.(~_~)kalau tak mesti dia senyap dan susah juga kita nak see dia punya smile. Biasalah kawan kena ada sikap tolak ansur. Kalau tak susah nak bina persahabatan yang dapat kekal  berpanjangan.

Z…
Dia ni kawan aku yang susah nak nampak dia ada problem. Tapi sebenarnya, bila dia ada problem sukar kita nak tahu apa yang dia hadapi sebab dia dalam category yang suka juga memendam perasaan. Kalau korang nak tahu juga, dia adalah driver yang setia membantu kami bila kami nak ke mana-mana(*_*)hikhik. Sebab dia dah pro bawa semua jenis kereta. Hihi =). Apa pun,thank a lot sangat-sangat dekat dia, sebab bila aku sakit, dia sanggup bawa aku pergi klinik. Biarpun kadang-kadang di buzy tapi dia tetap try luangkan masa dia untuk membe-membe dia yang dalam kesusahan.

Kadang-kadang dia juga akan tolong aku dan kawan yang lain dalam study kami. Walaupun kadangkala sekejap dan sedikit bantuan yang diberikan tapi bagi aku, itu memang cukup bermakna dan aku amat appreciate apa yang dia dah bagi dan buat untuk aku. Sebab ruang yang ada dia gunakan sebaiknya untuk kawan-kawannya.

Lagi satu, dia ini antara membe yang cepat tangkap perasaan yang aku alami. Maksudnya, bila aku sedih dia akan tahu. Tak kisahlah aku sorok macam mana pun, dia tetap boleh baca.hehe. biasalah kawan-kawan kan tyme kita susah dia boleh faham dan dia pun boleh rasa juga apa yang kita rasa. Meskipun jarak antara kita jauh beribu batu. Tapi hati tetap dekat antara satu sama lain. i.allah.(^_^)

Kesimpulannya dekat sini, aku nak bagi tahu korang semua yang aku ada kawan-kawan yang sangat baik dengan aku. Dan untuk dapatkan kawan seperti diorang ni memang sukar. Satu dalam seribu. Aku bersyukur pada Allah kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa ada bersama aku. Tak kisahlah masa aku sedih, sakit, putus asa, tak ada duit, ada masalah dengan keluarga. Diorang semua ada untuk bantu aku. Percayalah kalau diorang tak ada, mungkin aku tak dapat teruskan perjalanan yang aku hadapi sekarang dengan sebaiknya.

Buat kawan-kawanku. Ain ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi jadi kawan yang sanggup berkorban buat diri ini. Jasa korang itu takkan ain lupakan sampai bila-bila. Kenangan yang kita cipta di UniSZA banyak mengajar ain untuk mengenali erti persahabatan yang sebenar. Ain bersyukur pada Allah kerana dipertemukan kita di sini. Walaupun kita hanya bersama untuk 3 tahun ini,tapi persahabatan kita tetap sampai bila-bila.i.Allah. Apa pun, ain harap korang berjaya mencapai kecemerlangan di dunia mahupun akhirat. Jangan lupakan kenangan yang pernah kita coret di sini. Selamat Berjaya sahabat-sahabatku.

Friday 1 April 2011

SOALAN CEPU

Alhamdullilah, hari ini dapat juga aku menjawab soalan yang di tag oleh kawan aku.
Terimalah seadanya dengan jawapan yang aku beri ni(~_~)hee

Apakah yang sedang anda lakukan 30 minit yang lalu?
Melayan fb sambil wat tesis
2 jam yang lalu?
Merehatkan minda dengan mendengar lagu nasyid
Anda suka
Setiap detik bersama keluarga tersayang(~_^)
Minggu lepas?
Parents datang sini dan kami sama-sama menjaga tuk wan yang sakit di hospital
3 lagu yang anda boleh dengar berulang kali
Sigma-Istkharah Cinta
Fareast- Azimat Ibunda
Fareast-Saat Lafaz Sakinah
3 binatang yang anda tidak suka
Lipas
Lebah
Kumbang
Lima fakta tentang anda
Nama manja AIN(^_^)
Anak sulung dari 4 orang adik beradik
Lahir pada bulan April
Suka makanan yang pedas-pedas
Suka sukan seperti badminton dan bola jaring
Tahun depan saya mungkin
Study
Kerja
Saya tidak reti
Nak bergaul dengan orang yang baru di sekeliling saya
Nak bermake up
Saya pandai
Bercakap
Kawan saya
Kawan SRK Petaling Jaya
Kawan SRK Jenderam Hilir
Kawan SAM Sungai Merab Luar
Kawan SAM Bandar Baru Salak Tinggi
Kawan SAMT Tengku Ampuan Rahimah
Kawan UNISZA
Saya ada
Parents yang sentiasa menyokong saya
Adik yang sentiasa back up saya
Teman yang selalu membimbing saya
Impian dan cita-cita yang tinggi
Saya seorang
Mudah cemas atau gelabah
Adik saya
Seorang perempuan
2 lelaki
Saya tidak pernah bosan dengan
Perkara yang saya suka buat
Perkara yang mendatangkan faedah pada saya
Bilakah kali pertama anda bercinta?
Tingkatan 5
Perkara yang orang selalu tidak percaya tentang anda?
Bila saya bersikap luar biasa
Saya rindu
Family
Kawan-kawan
Guru- guru
Semua kenangan yang saya cipta dengan mereka
Saya tidak sabar
Nak habis belajar
Nak bekerja dan ada duit sendiri
Nak rumah dan kereta sendiri
Lima laman yang anda selalu layari
Facebook
Blog-blog member
Portal pelajar
I luv Islam
You tube
Siapa yang kena jawab tag ni selepas aku?
Tiada siapa.hehe