CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 4 April 2011

SAHABATKU


Cerita hari ini aku ingin khususkan pada sahabat-sahabat karibku. Mereka ialah F, L, Z.  Inilah friends aku dekat UniSZA. Kalau nak tahu kisah aku dengan mereka. Jomlah baca apa yang aku sediakan untuk pembaca-pembaca semua.=)

F...
Dia adalah fren yang satu kelas dengan aku. Kami ibarat kawan yang tidak dapat dipisahkan. Mana tidaknya, pergi ke kelas sentiasa bersama. Malahan sometimes bila buat assignment dan presentasion group pun aku akan sentiasa co-operate dengan dia. Dan disebabkan sentiasa melekat, maka tesis kami pun kami still bersatu tenaga as a one group. Hehe. Mungkin dia comfortable dengan cara aku bekerja dan begitu juga aku, walaupun kami ni kadangkala have a different opinion dalam sesuatu perkara tapi itulah fitrah manusia. Walaupun tidak sependapat tapi kita sebenarnya saling memerlukan. Setiap kelemahan yang ada mungkin dapat improve ourself biarlah sekalipun idea kita berbeza.

F ni dia suka pendam masalah dia. Tapi kadang-kadang bila dia tak tahan sangat, dia akan paparkan dalam blog dia sebab cara itu je yang mungkin boleh bagi strength dekat dia untuk forget sesuatu perkara tu. Hehe.F ni juga bila kawan-kawan dia buat sesuatu yang tak betul dia kadang-kadang akan tegur direct je. Walaupun kadang-kadang teguran itu kami tak suka tapi itulah sebenarnya advice yang berguna.(^_~)

L…
Ini juga antara membe aku yang always together dengan aku. Eventhough, aku dengan dia tak sama kelas tapi kadang-kadang kami mempunyai perwatakan yang sama. Hehe.mungkin kot. Tapi yang most important dia lebih baik dari aku la. Kami ni belajar di Terenganu dan bila nak balik ke situ, aku dengan dia always balik sama-sama. Study sama-sama. Basuh baju sama-sama. Pakai baju with the same colour. Beli air pun kami suka share sama-sama. Heee(^_^)semuanya sama-sama.

Kami ni juga suka kongsi cerita. Semua cerita ada. Tak kisahlah yang hot ke yang dah basi ke, kami suka imbas semula kisah-kisah tu sebagai renungan untuk masa depan dan sebagai pengajaran buat kami . Hehe. Tapi, sekarang kami jarang dapat bersama untuk berkongsi cerita mungkin kesibukan yang melanda disebabkan kami sekarang dah last sem. Jadi semua kerja nak kena force diri kami supaya dapat siapkan pada waktu yang dah ditetapkan. Kalau tak ketinggalanlah kami jawabnya.(~_~)

Dia ni juga memiliki jiwa yang halus. Kalau dia terasa hati. Kita kena cepat-cepat pujuk dia.(~_~)kalau tak mesti dia senyap dan susah juga kita nak see dia punya smile. Biasalah kawan kena ada sikap tolak ansur. Kalau tak susah nak bina persahabatan yang dapat kekal  berpanjangan.

Z…
Dia ni kawan aku yang susah nak nampak dia ada problem. Tapi sebenarnya, bila dia ada problem sukar kita nak tahu apa yang dia hadapi sebab dia dalam category yang suka juga memendam perasaan. Kalau korang nak tahu juga, dia adalah driver yang setia membantu kami bila kami nak ke mana-mana(*_*)hikhik. Sebab dia dah pro bawa semua jenis kereta. Hihi =). Apa pun,thank a lot sangat-sangat dekat dia, sebab bila aku sakit, dia sanggup bawa aku pergi klinik. Biarpun kadang-kadang di buzy tapi dia tetap try luangkan masa dia untuk membe-membe dia yang dalam kesusahan.

Kadang-kadang dia juga akan tolong aku dan kawan yang lain dalam study kami. Walaupun kadangkala sekejap dan sedikit bantuan yang diberikan tapi bagi aku, itu memang cukup bermakna dan aku amat appreciate apa yang dia dah bagi dan buat untuk aku. Sebab ruang yang ada dia gunakan sebaiknya untuk kawan-kawannya.

Lagi satu, dia ini antara membe yang cepat tangkap perasaan yang aku alami. Maksudnya, bila aku sedih dia akan tahu. Tak kisahlah aku sorok macam mana pun, dia tetap boleh baca.hehe. biasalah kawan-kawan kan tyme kita susah dia boleh faham dan dia pun boleh rasa juga apa yang kita rasa. Meskipun jarak antara kita jauh beribu batu. Tapi hati tetap dekat antara satu sama lain. i.allah.(^_^)

Kesimpulannya dekat sini, aku nak bagi tahu korang semua yang aku ada kawan-kawan yang sangat baik dengan aku. Dan untuk dapatkan kawan seperti diorang ni memang sukar. Satu dalam seribu. Aku bersyukur pada Allah kerana dikurniakan sahabat-sahabat yang sentiasa ada bersama aku. Tak kisahlah masa aku sedih, sakit, putus asa, tak ada duit, ada masalah dengan keluarga. Diorang semua ada untuk bantu aku. Percayalah kalau diorang tak ada, mungkin aku tak dapat teruskan perjalanan yang aku hadapi sekarang dengan sebaiknya.

Buat kawan-kawanku. Ain ucapkan terima kasih sangat-sangat sebab sudi jadi kawan yang sanggup berkorban buat diri ini. Jasa korang itu takkan ain lupakan sampai bila-bila. Kenangan yang kita cipta di UniSZA banyak mengajar ain untuk mengenali erti persahabatan yang sebenar. Ain bersyukur pada Allah kerana dipertemukan kita di sini. Walaupun kita hanya bersama untuk 3 tahun ini,tapi persahabatan kita tetap sampai bila-bila.i.Allah. Apa pun, ain harap korang berjaya mencapai kecemerlangan di dunia mahupun akhirat. Jangan lupakan kenangan yang pernah kita coret di sini. Selamat Berjaya sahabat-sahabatku.

No comments: