CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 15 April 2011

BEZDAY KU

Hari ini terpalit kenangan antara aku dan sahabatku buat kali ketiga aku belajar di UNISZA. Terima kasih sebab tidak pernah lupakan tarikh 15 APRIL dalam kamus kehidupan korang. Sungguh terharu diri ini tatkala terkejut dengan SURPRISE BIRTHDAY yang korang rancang untuk ain. Sangat terharu. Rancangan korang sangat-sangat berjaya. Ain tertipu jua akhirnya.hehe, lawak sangat kenangan malam ni.

Sahabat-sahabatku
Kenangan ni takkan ain lupakan. Cantik kek yang korang hadiahkan untuk ain. Korang belikan kek warna favourite ain. Warna biru. Sama juga dengan hadiah yang korang beri. Hadiah tu pun berwarna biru. Comel sangat.(~_~) Tak sangka korang ingat warna kesukaan ain. Thanks a lot ye sahabat-sahabat.

Kenangan di blok H pun takkan ain lupakan termasuk la sewaktu kita tinggal di blok UK dulu. Sudah tiga kali ain dapat meraikan bezday ain dengan korang. Ain cukup bertuah dapat bersama-sama berkongsi kegembiraan yang sementara ini bersama korang semua. Terima kasih sebab dah mencipta kenangan untuk ain. Tidak tahu untuk berkata apa lagi pada setiap kebaikan yang korang dah beri kepada ain. Ain tak mampu nak balas kat korang semua. Korang jangan lupakan tarikh hari ni ya sahabat-sahabat.  Tak kisahlah korang jadi teman ke berapa yang wish pada saat bahagia ain seperti tadi. Itu dah cukup menyenangkan hati ain dan cukup menggembirakan ain sebab ain tahu korang tak pernah melupakan budak yang blur ni kan???

Sedihnya selepas ini, sebab sambutan bezday ain mungkin bukan bersama korang. Entah bersama siapa pula dan di manakah ain akan sambut bezday ain kan??ain mesti rindu kenangan dengan korang. Tak sanggup rasanya nak lepaskan kenangan yang telah kita palit selama 3 tahun ini. Banyak suka, duka, gembira kita kongsi bersama. Sampai satu masa diri ini ada rasa putus asa pun korang tetap setia dengan ain. Aduh, makin terasa berat hati ain nak tinggalkan korang.huhu.


Apa pun masa bezday ain akan berlalu tak lama lagi. Happy belated birthday untuk diriku.(~_^)kawan-kawan sekali lagi ucapan terima kasih ain hulurkan kepada korang tanda sekalung penghargaan ain buat korang yang sentiasa ingatkan ain.i.allah=)semoga persahabatan kita kekal selamanya.aminnn.

No comments: