CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 7 April 2011

TAG DARI MEMBE

Hari ini, baru juga ada kesempatan untuk menjawab soalan yang di tag oleh sahabatku..FAEZAH(n_n)

Apa benda penting dalam hidup korang?

Benda yang paling penting dalam hidup aku ialah emak, ayah, dan adik beradik aku sebab diorang ni sayang aku, ambil berat tentang aku, always support aku, dan macam-macam lagi diorang buat untuk aku.

Benda terakhir anda beli dengan duit sendiri?

Aku tak beli apa-apa dengan duit sendiri tapi aku belanjakan duit aku tu masa aku ambil stam dekat SAMTTAR. Duit yang aku dapat ini hasil pengalaman bekerja sebagai ustazah aku gunakan untuk makan dan minum aku sewaktu belajar dekat situ.


Di mana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan dan tema perkahwinan anda...?

Setiap orang ada impian besar lebih-lebih lagi time kahwin. Kalau diberi peluang, aku nak merasa sambut perkahwinan aku dekat hotel dan aku nak buat tema Islamic.hehe. tapi aku tahu tidak mungkin dapat untuk aku capai impian itu, maka aku akan buat perkahwinanku dirumah aku sahaja.(~_~)apa yang penting majlisku besederhana sahaja. I.Allah


Adakah korang sedang bercinta?

Dulu aku pernah bercinta. Macam-macam lelaki aku pernah kenal. Bila aku dah dapat seseorang lelaki yang terbaik buat aku. Aku tinggalkan dia. Tapi aku tinggalkan dia dengan sebab. Aku tak nak dia terjerumus dengan dosa dari zina hati. Sesungguhnya al-quran dan hadis telah menggariskan panduan untuk bercinta tidak lain hanyalah selepas kahwin. Sekarang aku lebih mencintai allah, rasul, keluarga dan sahabatku serta saudara seislam. I.Allah.

Novel/buku/majalah yang last korang beli?

Buku “IHYA ULUMUDDIN” yang berkaitan tentang fikh islam.

Apa nama penuh korang?

NURFARAHIN BINTI MAZLAN

Antara mak dengan ayah..mana lagi korang mesra?

Alhamdullilah aku mesra dengan kedua-duanya sebab dua-dua sporting dengan aku(~_^)hee..Sayang emak dan ayah(~_~)
Namakan orang yang betul2 ingin jumpa dalam hidup.??

Aku nak jumpa arwah atuk dan nenek sebelah emak. Sebab diorang pernah jaga aku time aku kecil-kecil dulu. Macam-macam diorang bagi dekat aku. Tapi aku tak sempat nak balas jasa diorang. Yang penting aku akan sentiasa ingat pesan emak untuk sedekahkan al-fatihah buat mereka.

Adakah korang basuh baju sendiri??

Tak. Guna mesin sahaja.hehe

Dimanakah tempat yang anda betul2 nak pergi??

Mekah al-mukaramah (sama jawapan dengan membe aku)hehe.

Pilih satu, peluk @ cium??

Aku lebih suka peluk sebab dapat rasa ukhwah dan kasih sayang yang kuat dari seseorang lebih-lebih lagi emak aku. Hangat sangat pelukkan dia. Rindunya.

Beritahu 3 perkara tentang orang yang tag anda??

Hoho. Si dia merupakan seorang yang suka tolong orang lain. Lepas tu, dia ini suka pendam masalah dan luahkan dekat blog kesayangan dia.hehe. Bila dalam kelas dia tak ada mesti orang rasa sunyi dan akan tanya pasal dia. Hehe, famous juga kan dia ni.

3 benda yang korang sayang dalam hidup?

Keluarga, persahabatan dan perhubungan

Lagu yang korang suka dan selalu dengar??

Istikharah cinta- Sigma

6 blogger korang nak tag??

Tiada siapa.hehehe

No comments: