CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 21 January 2013

DINGIN SALJU


8  Januari 2013

Sejuk ini buat aku tidak mampu untuk meneruskan studyku seperti biasa.  Rasa sejuk kali ini lain daripada biasa semenjak aku datang sini. Aku pelik.

Aku rasa macam duduk dalam freezer je. Tapi,aku teruskan juga study. Sebab keesokannya aku ada dua paper. Tapi,bila aku study tu,aku rasa macam tak boleh teruskan je. Susah rasanya nak masuk.

Tiba-tiba kawan aku kata tak ada exam keesokan harinya sebab kena tangguh. Aku terkejut. Macam tak percaya. Dia tunjuk handset yang dia gunakan untuk online pada kami. Rupa-rupanya betul. Portal jamiah yang post. Aku capai laptop dan broadbandku. Laju tangan ku menaip ‘facebook’ di papan kekunciku. Rupanya cuaca dah cecah -2C !!!. Patutla sejuk sangat. Dah sampai tahap negatif.

Semua yang ada exam esoknya yang mana sama dengan aku. Semua happy je bila tahu exam kena tangguh. Termasuklah aku sebab sekurangnya masih ada peluang buatku untuk terus mengulangkaji pelajaranku. Aku tengok dalam facebook tu juga. Ramai yang kata kemungkinan esok salji tu yang sampai periksa kena tangguh.

Lantas aku menjenguk keadaan melalui tingkap rumahku. Sejuk. Hujan frost penuh melimpahi jalan raya yang berhadapan dengan rumahku. Senior aku kata hujan frost tak sama dengan salji. Aku tutup semula tingkap sambil memikirkan benarkah esok akan salji??

Aku terus kembali ke tempat tidurku. Ku tutup bukuku dan mula menarik selimutku. Tanpa sedar,aku tertidur.



9 January 2013

Aku bangun pagi seperti biasa untuk menunaikan kewajipan solat subuh. Aku terdengar perbualan sahabatku yang mengatakan ‘salji’.  Aku bertanya pada mereka. Betul ke?? Diorang menjawab ya. Katanya syabab-syabab tahun 1 dah siap post dekat facebook pukul 3 pagi meraikan salji. Aku tergelak kecil. Sebab aku pun sama. Tak sabar menanti kehadiran salji. Aku bangun dan terus meluru ke tingkap. Ya allah betul. Salji dah turun !!!! Aku sangat gembira. Seakan tidak mempercayai dapat merasai nikmat Allah ini. Syukur.

Pukul 8 pagi kami bercadang  untuk naik ke atas rumah kami dan menikmati salji yang tidak henti-henti turunnya. Masing-masing mula bersiap dengan pakaian masing-masing. Baju yang tebal. Kaki berbalutkan plastik supaya stokin kami tak basah tika memijak salji.

Aku dan sahabatku sibuk mengambil gambar. Ada juga sahabat yang sibuk membuat bentuk ‘love’ menggunakan salji. Banyak juga gambar yang berjaya kami ambil. Semuanya untuk tatapan keluarga di Malaysia. Lagi-lagi bagi kami tahun 1 yang baru merasai pengalaman sebegini. Memang seronok (~_^)


~ SAYANG UNTUK SEMUA ~


~  PEACE (^_^) ~


Tatkala kedinginan mula mengigit-gigit badan. Kami semua bersepakat untuk berhenti bermain. Ada sahabat yang kata, “ Tak pe lah. Nanti waktu tengah hari kita pergi main lagi di Jamiah”. Aku senyum je. Sebab memang aku tak sabar nak main salji lagi. Rasa tak puas main dekat atas rumah je.

Lepas aku dengan sahabatku selesai makan tengahari. Kami semua terus bersiap-siap untuk pergi main salji di jamiah. Tapi malangnya, kami tak dapat pergi ke jamiah sebab transport nak ke jamiah tak ada waktu tu. Kami ubah keputusan kami untuk main di sekitar kawasan di tanah yang lapang berhampiran dengan perumahan pelajar-pelajar Malaysia.

Waktu sama-sama berjalan dengan sahabat aku. Aku bahagia. Walaupun aku tak berpeluang kongsi kegembiraan bersama-sama keluarga.Sekurangnya aku punya sahabat-sahabat yang sentiasa ada menceriakan hari-hariku.

Seronok dapat meluangkan masa dengan sahabat-sahabatku. Pelbagai ragam kami ketika bermain salji. Ada rakan yang leka membuat “ Snow Man”. Aku dengan rakan yang lain pula sibuk menampal salji di dinding mengukir perkataan “ Salam Perantauan”. Seronok dan excited sangat sebab ini baru pertama kali aku merasai pengalaman ini.


~ SALAM PERANTAUAN BUAT KELUARGA DI MALAYSIA  ~


~ SNOWMAN~


~ BERSAMA HOUSMATE KU :) ~


~ KENANGAN BERSAMA SAHABAT ~


Alhamdullilah. Syukur sangat dapat merasai salji tahun ni. Walaupun berapa hari sahaja salji bertandang ke bumi Syam ini. Bagi aku itu sudah mencukupi. Sangat-sangat mencukupi. Ya allah, aku sangat-sangat bersyukur kerana dapat merasai dan melihat sendiri keindahan alam yang Engkau ciptakan ini Ya Allah. Terima kasih Ya Allah J .