CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 16 October 2011

SEKITAR PROGRAM DI USIM

Banyak betul program yang berguna dekat USIM ni.
Minggu lepas Ain dah terlibat dengan 2 program

v
v





<<< LOVE TALK >>>

Lebih kepada kisah percintaan dan diselitkan juga tentang isu semasa 'KAHWIN AWAL'
Serius Ain cakap memang dewan penuh malam tu
Mungkin tajuk ini berjaya mempengaruhi student disini
Lagipun pengisiannya juga menarik
Bukan sekadar bercerita tentang 'CINTA BIASA'
Tapi penceramah kita telah berjaya membawa kita kembali pada zaman Rasullulah
Dan menceritakan bagaimana sahabat-sahabat dan umat Islam itu sangat-sangat mencintai Rasullulah
Sungguh mengharukan suasana pada waktu itu
Ustaz Don Danial Don Biyajid berjaya membuat penonton pada malam itu menitiskan air mata atas setiap sifat Rasullulah yang penyayang itu






<<<  SAAT HIDAYAH MENYAPA BERSAMA CATRIONA ROSS>>>

Ini pula merupakan program Bicara Siswi yang sering diadakan pada pelajar muslimat setiap hari Jumaat
Walaupun program ini hanya untuk kaum hawa sahaja
Namun, berjaya mencetuskan satu revolusi baru kerana ramai sangat yang hadir pada hari itu
Penuhnya dewan itu seperti penuhnya malam bagi program 'LOVE TALK' tu

Banyak pengalaman yang kak Cat cuba kongsikan pada kita hari tu
Pelbagai nasihat berguna yang kak Cat cuba beri pada kami
Semuanya berpandukan pada Quran dan Hadis
Dengan cara penyampaiannya
Cukup untuk membuat kami rasa tersentuh pada penampilan yang dibawanya

'Tidak diciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepadaku'
Ya,inilah salah sepotong ayat yang akan Ain pegang sampai bila-bila
Terima kasih pada kak Cat kerana mengingatkan kembali tentang tujuan kita di dunia ini hanyalah
BERIBADAH KEPADANYA
Setiap apa yang kita buat semuanya hanya kerana LILLAHI TAALA..



MARILAH SAMA-SAMA KITA MUHASABAH DIRI KITA
KITA LIHAT SEJAUH MANA CINTANYA KITA PADA ALLAH
I.ALLAH..SELAMAT BERAMAL SEMUA (^_^)

No comments: