CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 26 June 2011

HARD COVER TESIS


Alhamdullilah, selesai sudah aku melaksanakan hard cover tesisku yang dah lama sangat terbengkalai. Susah juga nak buat hard cover tu. Ingatkan senanglah. Rupanya sedar-sedar dah sebulan baru siap. Apa pun tahniah aku ucapkan buat kawanku,NURUL FAIEZAH kerana kita sama-sama berjaya harunginya sampai ke hari ini. Meskipun dugaan yang tak sudah-sudah kita terima tetapi syukur kepada Allah kerana itu semua tidak mematahkan semangat kita untuk terus berusaha sehingga ke penghujungnya.

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau berikan dugaan yang tak putus-putus buat kami. Sekurangnya kami tahu bahawa Engkau masih menyanyangi hambamu ini. Engkau juga menyedarkan kami bahawa setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Biarpun kami kadangkala bersekang mata dan kadangkala kami merasa hiba tatkala masa yang semakin suntuk menghambat diri sedangkan kami masih berdiri pada satu titik yang sama. Kami masih tidak berganjak dari kedudukan kerana kekurangan bahan yang menghalang walaupun waktu itu hanya Allah yang tahu betapa sedihnya hati ini bila melihat rakan-rakan yang lain hampir mengakhiri perjuangan mereka. Ketika itulah fikiran kami dilanda pelbagai persoalan. Adakah kami dapat meneruskan perjuangan kami sehingga ke akhirnya?? Bagaimanakah keputusan kami?? Boleh ke lulus?? Macam- macam persoalan yang timbul sampai rasa serabut fikiran pada masa tu. Namun, dengan bantuan musyrif kami USTAZ ROHAIZAN,ibu bapa dan rakan-rakan yang lain, akhirnya kami berjaya menyiapkan tesis ini pada waktu yang ditetapkan dan……

Syukur . Alhamdullilah sekali lagi kami panjatkan pada Allah. Tiada apa yang lebih menggembirakan lagi apabila mengetahui tesis kami berjaya mendapat result yang baik. Sungguh tidak sangka. Keletihan yang membelengu diri kami satu ketika masa dahulu rupanya menjanjikan kejayaan yang manis buat kami. Benarlah kata pepatah ‘bersusah-susahlah dahulu dan bersenang-senang kemudian’. Inilah hasilnya setelah setahun kami hampir ketandusan idea, kami hampir mengalah dan berputus asa. Akhirnya tesis kami berjaya dibukukan sebagai rujukan pada masyarakat kini mahupun akan datang. I.allah. Apa yang baik jadikan sebagai panduan dan yang mana yang buruk buanglah ia jauh-jauh.

No comments: