CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday 2 July 2011

JUARA IMAM MUDA MUSIM 2 MILIK IM HASSAN

JUARA IMAM MUDA MUSIM KE 2

Alhamdullilah sedar tidak sedar akhirnya pogram IMAM MUDA yang bersiaran di ASTRO OASIS 106 telah melabuhkan tirainya semalam bersamaan 1 JULAI bertempat di Dewan Muktamar, Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan apabila IMAM MUDA HASSAN telah dinobatkan sebagai JUARA IMAM MUDA 2.

Kemuncak Imam Muda 2 telah menyaksikan kita persaingan sengit antara dua imam muda yang masing-masing mempunyai kekuatan dan karisma yang tersendiri iaitu IM HASSAN atau nama penuh beliau Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza serta seorang lagi iaitu Nazarul Izwan Zolkifle atau lebih dikenali dengan IM NAZRUL yang mana masing-masing berusia 26 tahun.
MASING-MASING PUNYA KAREKTER TERSENDIRI
Mereka berdua dinilai berdasarkan ujian bertulis (50 markah), aktiviti masyarakat (20 markah) dan soal jawab final (30 markah). Ternyata markah memihak kepada IM HASSAN seterusnya meletakkan beliau selaku JUARA IM MUSIM KE 2 ini.
MUDIR DAN MURSYID IM 2

Menurut Mudir (Pengetua) Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz yang mengetuai penjurian dua finalis tersebut, Hassan dipilih sebagai pemenang berdasarkan prestasi yang konsisten dan sahsiah diri yang menyenangkan.

"Sebenarnya markah penilaian antara Hassan dan Nazrul tidak jauh berbeza. Cuma Hassan mempunyai kelebihan lima markah saja.
Hassan mempunyai kelebihan pada penilaian teori yang konsisten sepanjang 10 minggu ini, selain suara yang lunak dan tidak lekang dengan senyuman," katanya.
SUMBER: http://www.mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2011/7/2/mstar_hiburan/20110702111844&sec=mstar_hiburan

Kemenangan IM HASSAN berjaya melayakkan beliau membawa pulang hadiah bernilai RM350,000 termasuk biasiswa penuh (pakej platinum) selama 4 tahun di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, sebuah kereta Exora, wang tunai RM30,000 sumbangan Astro, pakej perabot tajaan Jatimas, pakej haji dan umrah tajaan Salamfon, pakej percutian tajaan Hiraq Marketing, Macbook Apple tajaan Infotech Quest, iPad Apple sumbangan Astro, telefon bimbit tajaan Bank Islam, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.   

IM NAZRUL yang merupakan naib juara pada musim ini pula telah mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000 sumbangan Astro, sebuah kereta Pesona, pakej perabot tajaan Jatimas, pakej umrah tajaan Salamfon, pakej percutian tajaan Hiraq Marketing, Macbook Apple tajaan Infotech Quest, iPad Apple sumbangan Astro, telefon bimbit tajaan Bank Islam, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.


Kepada kesepuluh IM ini kami mengharapkan anda dapat meneruskan perjuangan anda di luar sana. Ketahuilah anda adalah IM yang unggul kerana anda sudah dianggap sebagai seorang pemimpin dan tanggungjawab anda lebih besar selepas ini. Kami mengharapkan kalian semua dapat menjadi ikon pada remaja islam kini mahupun akan datang dan semoga dipermudahkan perjalanan kalian dalam memartabatkan agama islam ini sebagai agama yang suci. Amin. I.ALLAH.

Sedikit biodata 10 imam muda :

10 IMAM MUDA UNGGUL MUSIM KE 2

1.Wan Najdi b Wan Mohd Noh , 20, Kajang ,Selangor (Guru Taranum)

2.Azlan b Zulkarnain , 25, Cheras, KL (Jurutera)
3.Mujahid Suhaimi, 20, Singapura (Bekas Ahli Gimnastik)
4. Amar , 27, Alor Setar Kedah (Mahasiswa)
5.Mohd Fakhrulrazzi  b Hussin , 27, Terengganu (Imam)
6. Nazrul Izwan Zolkifli , 26, Segamat,Johor (Guru Besar)
7. Mohd Hassan Adli b Yahaya , 26, Perak (Pensyarah)
8. Zul Fadhli b Awang , 24, Brunei (Pegawai Masjid)
9.Abd  Fatah b Ridzuwan , 21, Negeri Sembilan (Fasilitator)
10.Ali  Khairudin Abd Marif ,26 , Sabah (Guru Kafa)








No comments: