CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday 12 July 2011

PENGALAMAN BUAT KEK BATIK

INILAH KEK BATIK BUATANKU...=)

Hari ini aku ingin mengisahkan pengalaman buat KEK BATIK. Sebenarnya sudah 2 kali buat kek batik ni tapi tak pernah menjadi. Permulaan masa buat tu kek batikku langsung tak sedap sebab lembik. Kali ke-2 pula kek batikku rasa macam aiskrim.hehe. Dugaan betul masa nak buat tu tapi aku tetap nak cuba lagi sebab ramai yang kata senang.

Alhamdullilah kali yang ke-3 kek batikku menjadi dan habis dimakan oleh Emak,Ana dan aku termasuk budak-budak yang aku jaga.(~_~) Sehari je aku buat,alhamdullilah licin hari tu juga. Seronoknya rasa bila dah berjaya buat.  Mula-mula memang rasa susah tapi sebenarnya senang je caranya bila kita dah buat.Biarpun aku gagal berkali-kali namun disebabkan semangat nak mencuba tu ada,  tak sia-sia usaha aku selepas berkali-kali jatuh akhirnya… Aku dapat juga buat kek batik yang better dari sebelumnya.


INILAH KEK BATIKKU YANG DAH HAMPIR HABIS..

Alhamdullilah,komen kali ni pun lebih memberangsangkan dan sekaligus menaikkan semangat aku untuk buat lagi pada masa akan datang. Kata emak ‘kali ini punya kek batik mak suka tengok sebab cantik tapi yang lebih penting kek along betul-betul sedap’.Terima kasih emak.Terima kasih juga atas kritikan membangun emak yang sebelum ini pada along. 

Ana pun tak lepas juga untuk beri komen padaku. Katanya ‘sedap kek batik yang along buat hari ini. Sedap daripada hari itu’. Tahu-tahu je lepas balik dari sekolah petang semalam terus buka peti ais cari kek batik.  Lepas tu,aku bagi juga dekat Acap sebelum dia balik, tiba-tiba dengar Acap cakap ‘emm..cedapnya’ apalagi tergelak mama dia dan aku dengar statement Acap.

ALHAMDULLILAH SEBAB KALI NI MENJADI..SUKA SANGAT !! =)

Apa pun sekalung terima kasih pada CIK ZU yang bagi resepi ini. Mudah sangat bahan-bahannya dan selepas tu emak suruh aku buat lagi untuk Faizal yang akan pulang dari bekerja di Sarawak  lebih kurang dua minggu lepas juga tak lupa buat Fikri yang akan pulang dari asrama Khamis ini serta ayahku yang akan kembali dari bekerja di Johor Jumaat ini. Inilah KEK BATIK yang baru along buat semalam dan sedang dibekukan di freezer. Selamat menikmati ye. (~_^) 

INI PULA UNTUK AYAH, FAIZAL & FIKRI..=)

No comments: