CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 3 July 2011

BIODATA IMAM MUDA HASSAN

Kali ini saja saya hendak bicarakan serba sedikit mengenai IM HASSAN kerana saya cukup tertarik mengenai perwatakan beliau. Setiap tutur bicaranya membawa hikmah. Perlakuannya begitu indah. Subhanallah!! Apa pun mari kita lihat sedikit latar belakangnya.
MOHD HASSAN ADLI YAHAYA@YAHUZA

Seorang Pensyarah di Kolej Islam Antarabangsa dan merupakan Imam sambilan di Surau al-Iman, Kemensah Height, Gombak Selangor dan merupakan Ustaz al-Quran di sekitar kawasan Lembah Kelang. Berpengalaman luas dalam bidang taranum dan merupakan salah seorang peserta akhir Akademi Al-Quran musim ke-empat. Pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid pada seketika dahulu. Sering mendapat undangan untuk membuat persembahan nasyid dan taranum di sekitar Lembah Kelang. Mempunyai minat yang tidak berbelah bahagi dalam jurusan agama terutamanya dalam mengkaji aplikasi-aplikasi ayat al-Quran didalam realiti sains dan kehidupan.

Seorang Graduasi Jurusan Ilmu Wahyu dalam pengkhususan Al-Quran dan Hadis, Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Dilahirkan di Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak pada 17 Februari 1985 dan merupakan anak kelapan daripada 9 beradik. Memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Sungai Wangi dan seterusnya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh Perak.

Diharapkan IM HASSAN dapat menjalankan tugasnnya sebagai seorang pemimpin dengan bijaksana dan adil. Semoga beliau tabah dalam mengharungi arus kehidupan yang moden ini dengan sebaiknya kerana tanggungjawab yang digalasnnya kini semakin berat dan sukar. Semoga usaha beliau untuk memartabatkan Islam sebagai agama yang mulia dan terpuji ini dipermudahkan oleh Allah S.W.T. I.Allah. Amin Ya Rabbal Alamin. 

No comments: