CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 18 July 2011

KEPUTUSAN UPU

Alhamdullilah, setelah lama menanti keputusan UPU akhirnya tarikh 17 JULAI 2011 jawapan bagi segala teka-teki yang bermain di fikiran ini sudah terjawab. Aku dapat sambung belajar di USIM. Kebetulan university ini hampir dengan rumahku berbeza waktu aku ambil diploma dulu sebab aku belajar di UniSZA yang terletak di Terengganu. Itu sangatlah jauh jarak-jaraknya dengan Selangor dan mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke sana. Ibu bapaku lah yang lebih gembira kerana sekurang-kurangnya mereka dapat melawatku sewaktu hujung minggu. (^_^)


Aku juga sangat-sangat tidak sangka kerana dapat berjumpa dengan sahabat-sahabatku semua disini. Seronok sangat. Tidak sabar rasanya menanti kehadiran 7 SEPTEMBER ini kerana i.Allah aku dan sahabatku yang berjaya melangkah ke bumi USIM ini akan mula mendaftarkan diri pada tarikh tersebut.
Tahniah sahabat-sahabatku. Tidak kisahlah kita belajar dimana sekalipun yang penting kita dapat terus menuntut ilmu Allah sebagai bekalan kita di akhirat kelak. I.Allah. Semoga Berjaya sahabatku. Kali ini keadaannya lebih mencabar kerana kita bakal menjadi pelajar ijazah dan setiap hari yang ditempuh itu perlukan usaha yang lebih gigih demi mengejar cita-cita kita.
JUMPA DI USIM YE SAHABATKU SEMUA!!!! (^_^)  

No comments: