CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 29 July 2011

KELAYAKAN PIALA DUNIA-MAS VS SIN (28 JULY 2011)

Hari ini cerita tentang bola.hehe. Sebenarnya dulu memang tak minat bola. Minat yang membuak –buak ni datang pun sebab ayahku memang betul-betul minat bola. So, kalo ada rancangan bola dalam televisyen je ayah aku akan duduk depan tv. Itupun kalau ayah aku free time tu. Bila tengok ayah aku semangat tonton bola tu dengan berbagai komen yang datang dari fikirannya membuatkan aku tertarik nak tonton dengan ayah aku. Last-last 1 family sangkut tonton bola dalam tv termasuk dengan emakku sekali.

Ok, semalam korang tahu kan ada perlawanan yang sangat penting antara MALAYSIA dengan SINGAPURA di Stadium Bukit Jalil untuk KELAYAKAN PIALA DUNIA. So, keputusan penuh antara 2 buah Negara ini ialah:

SINGAPURA  6 - MALAYSIA  4
MALAYSIA KALAH!!!

Aku tengok di rumah je.(^_^) tapi serius aku cakap, memang sedih dan kecewa melihat kekalahan team HARIMAU MALAYA.  Tapi, aku TERSANGAT BANGGA dengan team MALAYSIA yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi ketika bermain. Diorang tetap buat yang terbaik meskipun dah terikat 1-1 sama pada second half cuma rentak permainan skuad kita terganggu sedikit disebabkan strategi SINGAPURA melambatkan permainan berjaya membuatkan diorang melangkah ke peringkat seterusnya. 

Pelbagai ‘AKSI MENARIK’ yang berjaya mereka lakukan di padang membuat semua penonton Malaysia yang hadir naik berang. Sebenarnya, aku pun geram juga, tapi apa boleh buat rezeki lebih memihak kepada team SINGAPURA. Anyway, TAHNIAH untuk pasukan SINGAPURA! Dan team HARIMAU MALAYA anda semua sebenarnya KALAH BERMARUAH!!!
MALAYSIA TERBAIK!!!

Aku pasti kejayaan untuk MALAYSIA akan tiba untuk skuad HARIMAU MALAYA kita. Kita pasti akan melakar sejarah baru suatu hari nanti untuk TANAH TUMPAH DARAH KITA,MALAYSIA. So, team MALAYSIA jangan berpatah hati dengan game semalam dan cuba ambil pengajaran daripada apa yang berlaku sebagai azimat kejayaan di masa akan datang. GO TEAM MALAYSIA, YOU ALL CAN DO IT!!!

AKU TETAP RASA BANGGA TO

No comments: