CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 23 May 2011

CINTA

Hari ini terasa nak bercerita tentang cinta. Tapi aku tak tahu nak bermula dari mana dulu. Mungkin seeloknya aku beri definisi cinta. Cinta menurut Kamus Dewan edisi ketiga, boleh difahami dengan  pelbagai maksud,bergantung kepada cara penggunaan perkataan itu sendiri.Antaranya :

Cinta
1.   Perasaan atau berperasaan sangat sayang kepada (negara,orang tua,kebebasan,dll).
2.   Perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik,kasih,sayang) antara lelaki dan perempuan.
3.   Perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu.
Bercinta 
1.   Menaruh rasa cinta atau berahi (asyik,kasih,sayang) antara lelaki dan perempuan
2.   Berasa rindu
Bercinta-cintaan 
1.   Cinta-mencintai,berkasih-kasihan
Percintaan 
1.   Perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara lelaki dan perempuan)
Banyak juga definisi cinta ni kan??tapi bila ditanya setiap individu, masing-masing punya jawapan tersendiri mengenainya. Ada yang kata cinta yang sepatutnya ialah cinta pada Allah, Rasul, Ibu bapa dan kepada yang selayaknya. Macam-macam lagilah yang kita pernah dengar dan selalunya orang yang suka cerita tentang cinta ialah orang yang pernah dilamun cinta atau yang mempunyai pengalaman tentang cinta.
Aku juga pernah mengalaminya sebanyak 3 kali dan bila sesiapa dengar mesti anda2 beranggapan yang aku ialah seorang pemain cinta. Namun, hakikatnya aku bukan seperti itu. Aku ada reason yang tersendiri. Terpulanglah kepada anda untuk menerimanya. Sekarang, aku tidak peduli tentang cinta lelaki kerana aku ada cita2 yang ingin aku gapai demi keluargaku yang tercinta.

Aku tidak nafikan perasaan cinta itu indah belaka. Kadangkala bila kita seronok dilamun cinta kita alpa pada Sang Pencipta. Kita tidak sedar kita sedang bergelumang dengan dosa iaitu zina hati. Dulu aku tidak ambil peduli semua ini. Namun setiap kali bila aku mendengar ustazahku selalu bercerita tentang couple ini aku jadi takut. Takut dengan ayat2 Allah yang begitu pedih buat hambanya yang ingkar. Bayangkanlah setiap amalan kita yang kecil mahupun yang besar dihitung Allah. Setiap anggota badan kita menjadi saksi di akhirat kelak atas setiap perbuatan kita. Dulu tika di dunia kita sentiasa leka dengan ber ‘SMS’, di akhirat kita menyesal kerana tidak merasai indahnya jika sentiasa bertasbih. Dulu di dunia kita khusyuknya berbual di telefon bersama si dia, di akhirat kita sedih kerana tidak merebut peluang bersama dengan Allah.
Kita masih belum terlambat untuk berubah, marilah kita renung sejenak setiap nikmat yang Allah beri pada hambanya. Begitu banyak bukan??? Oleh itu, janganlah kita berlagak sombong di dunia. Cubalah kita sentiasa bermuhasabah diri untuk sentiasa bertaubat dan berterusan melaksanakan seluruh amalan yang telah digariskan Allah sebagai panduan hidup supaya kehidupan kita sentiasa diredhai dan dirahmati oleh Allah. I.allah.

Jika kita pernah kecewa bercinta, jangan mudah patah hati atau berputus asa. Allah itu ada dan sentiasa membantu hambanya yang sentiasa memohon pertolongan dari Nya. Kita pintalah jodoh yang terbaik buat kita. Jodoh yang soleh atau solehah supaya setiap bakal zuriat yang dilahirkan mereka juga akan mencontohi sifat mulia ibu mahupun bapanya. Ketahuilah cinta yang halal adalah cinta selepas nikah dan itu ialah cinta yang paling manis dalam kehidupan. Kepada sesiapa yang telah berkahwin ‘SELAMAT PENGANTIN BARU’ saya ucapkan buat anda semua. Saya doakan semoga anda2 semua bahagia bersama isteri mahupun suami tersayang dan selamat melayari bahtera rumahtangga dengan sebaiknya. Kepada yang sedang hangat bercinta, bercintalah berlandaskan syariat islam dan sebolehnya cepatlah anda mendirikan rumahtangga kerana itu adalah jalan terbaik sebelum kita terjebak lebih jauh ke kancah zina hati yang kita tidak sedari kehadirannya. Kepada sesiapa yang belum berpunya, janganlah anda merasakan diri anda tidak layak buat lelaki mahupun perempuan, tetapi katalah pada hati anda yang Allah akan menyediakan seorang lelaki dan perempuan yang terbaik untuk anda dan lelaki serta perempuan itu sedang mempersiapkan dirinya untuk menjadi seorang lelaki yang soleh dan seorang perempuan yang solehah.

Aku juga berharap dapat menemui cinta sejati aku kepada seorang lelaki yang berhak bernama ‘SUAMI’.


No comments: