CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 5 May 2011

EXAM

21 APRIL 2011
Hari ini aku exam nahu dan sorof. Aku minat ustazah yang mengajar subjek ni tapi bila time exam jer mesti aku failed. Time jawab nahu dan sorof hari ini pun aku jawab entah apa-apa entah. Dahlah banyak tempat kosong aku tinggalkan. Nak redah je tulis jawapan pun idea tak keluar langsung. Lepas tu, tangan aku ni pula, masa time setengah jam terakhir mula lah terketar-ketar.Sedih pula rasa bila tengok kawan-kawan dapat jawab penuh tapi aku tak. Nampak sangat aku ini tak baca buku. Macam mana lah result aku kali ini???mesti jatuh teruk. Huhu.
Lepas exam aku terus mesej ke ayah dan emak. “Salam. Buat emak dan ayah.Along minta maaf sebab tak dapat buat yang terbaik untuk exam kali ini. Along dah cuba sebaik mungkin tapi along tetap gagal. Memang along tak dapat jawab. Betul-betul tak dapat jawab. Maafkan along ya emak dan ayah.”
Ayah pun membalas : “along jangan mengalah dan serahkan segalanya pada Allah selepas kita berusaha.” Punya lah luluh baca mesej ayah aku. Tiba-tiba ayah aku telefon pula: “along buat apa? Jangan fikir lagi pasal tadi lagi, yang dah lepas tu biarlah berlalu. Fokus untuk subjek seterusnya. Kalau along gagal ayah tak kisah yang penting along dah buat yang terbaik.” Cuba kalau korang kat tempat aku time ni. Mesti dah meleleh air mata korang kan?? Macam tu lah juga dengan aku. Sangat-sangat sedih dengan statement ayah aku. Kita memang nak yang terbaik untuk parents dengan family kita tapi bila keadaan macam ini berlaku aku jadi sangat serba salah.
Aku diam. Aku  just cakap kat ayah aku untuk doakan yang terbaik buat aku. Bila letak je telefon tu serta merta air mata yang ditahan merembes keluar. Ya allah, aku sangat berdosa pada ayah dan emak aku. Aku disuruh belajar rajin-rajin tapi apa yang aku dah buat dekat ayah dan emak aku sekarang amat mengecewakan. Aku tak boleh menyerah kalah. Aku ada 4 paper yang masih perlu dipertahankan dan aku kena buat sebaik mungkin. i.allah. Aku BOLEH!!(~_~)

24 APRIL 2011
Hah hari ini paper balaghah.  Alhamdullilah, hari ini ok sedikit dari semalam. Boleh la juga jawab.  Dah takde tinggal macam semalam. Good luck untuk paper qiraat pula=).

26 APRIL 2011
Hehe.paper ni lagi sedap aku bantai. Masa ni paper qiraat. Tah apalah yang aku jawab tadi kan??soalan senang tapi aku yang tak baca. Maka, diri sendiri susahlah.huhu.  Anyway, buntu gak masa nak bantai tadi tapi redah jer. Semoga aku berjaya walaupun hakikatnya semester ni aku rasa result aku semakin merundum. Aja2 fighting(~_^)

28 APRIL 2011
Paper  tafsir ni pun soalan senang tapi aku yang tak baca. Hah rugilah sangat. Tapi takpe buat yang terbaik dan semuanya akan baik.i,allah. Dahla soalannya subjektif terpaksa la buat ayat sendiri. Asal nampak dan bunyinya sedap. Aku pun menulis dengan sesuka hati aku.hehe.  Anyway aku berjaya juga hentam dan memenuhkan kertas jawapan yang aku tak tahu apa aku jawab.=)

3 MEI 2011
Hari ni pula exam hadis. Paper terakhir untuk semester dan tahun terakhir aku. Paper ni pun aku dapat bantai dengan sebaiknya.hehe. Tak sangka aku dah sampai kepada penghujungnya. Walaupun seronok tapi dalam masa yang sama aku tetap berasa sedih sebab tak lama lagi aku akan meninggalkan bumi UniSZa ni. Apa pun aku doakan semua kawan2 aku berjaya. I.allah .

No comments: