CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 6 May 2011

KEPULANGAN

Sedihnya hatiku apabila melihat seorang demi seorang sahabatku pulang. Kesunyian mula menyelubungi diriku juga diri rakan-rakanku. Mana tidaknya dulu blok kami ini dipenuhi suka duka dan tawa. Namun, masing-masing telah kembali ke negeri tempat mereka dilahirkan. Sayunya hatiku apabila pergi berjalan ke tempat di sekitar Terengganu pasti aku teringat setiap kenangan yang telah terukir di setiap tempat yang pernah kami lewati. Sungguh aku merasa kehilangan.
Semalam aku melihat seorang demi seorang sahabatku pulang. Bermula dengan kepulangan Husna, Mastura dan Wani. Aku dan sahabatku menghantar mereka di MBKT. Sebenarnya sebak waktu itu aku melihat mereka pulang. Melihat sahabatku yang lain semua menangis aku amat tersentuh. Biarpun airmata aku tidak tumpah, tapi ketahuilah rakanku hakikatnya hati aku menangisi setiap kepulangan kamu. Aku sangat  tidak mampu menahan bebanan rindu pada kamu dan kenangan yang kita ukir disini. Aku hanya mampu melihat kamu pergi. Namun kenangan kita tetap bersemadi dalam hatiku. Sungguh aku takkan lupakan saat kita bersama.
POSE DALAM KETA..SEMPAT JER..HEHE


KENANGAN HANYA TINGGAL KENANGAN

Hari ini, sahabatku Saqifah pula membawa dirinya pulang bersama keluarga. Malah, Asma juga telah meninggalkan universiti ini petang tadi. Esok kemungkinan aku dan sahabatku Lin akan pulang ke rumah masing2. Lusa pula giliran sahabatku yang lain, Leleng dan Hazimah. Seterusnya, Athirah pula akan mempersiapkan diri untuk pulang ke kampung halaman di Kedah.

DI PANTAI TOK JEMBAL


DI DATARAN SYAH BANDAR TERENGGANU


TIME BEZDAY ZIMAH

Aduh, sangat cepat waktu berlalu. Ku merasai bagaikan semalam baru kita bersua. Tidak sangka hanya beberapa hari, detik, waktu dan ketika kita akan berpisah. Manakah haluan yang kita akan bawa selepas ini?? Adakah jodoh kita untuk bertemu di kemudian hari?? Aku hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar kita dapat berjumpa kembali nanti. Jangan lupakan aku ya sahabat2ku. Jagalah diri kamu semasa dirumah atau kemana sahaja kamu pergi. Aku mendoakan yang terbaik untuk kalian semua. Ingatlah. Jaga persahabatan kita dan janganlah ia terputus di tengah jalan kerana persahabatan itu begitu besar nilainya dan sukar dicari.
Salam Persahabatan Sahabat2ku.

No comments: