CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 6 May 2011

MALAM KEMUNCAK AQSA B

3 MEI 2011
Hari ini pada pukul 9 malam Aqsa B buat Malam Kemuncak dekat Balai Raya Teluk Ketapang. Lebih kurang  malam perpisahan lah. Banyak sangat kenangan malam ini. Kitorang buat majlis simple je. Makanan BBQ  ayam,ikan dan sotong dengan nasi goreng. Ada yang diantara makanan malam ini di sponsor oleh seseorang. Terima kasih mysterious person.=)

MERIAHNYA SUASANA!!! MACAM RAYA PULA

SEDAPNYER!!!

NYUM2...TERLIUR TENGOK COLOUR AYAM TU..HEHE

Ajk aktiviti ada buat slide show gambar budak2 kelas. Sangat terharu. Tak sangka kita dah tiba pada penghujungnya kan kawan2?? Lepas itu ada juga majis anugerah pencalonan aqsa b bagi kategori berikut bersama pemenangnya:
Pelajar paling rajin ke kelas- AYU
Pelajar paling ‘jangok’ atau bergaya- QISTIN
Pelajar paling skema- ADILAH
Pelajar paling pendiam- MUHAMMAD
Pelajar paling peramah- AZHAR
Pelajar paling popular- IBTISAM

INILAH PEMENANG-PEMENANGNYA..=)

Masa ini lepas diumumkan pemenangnya. Diorang semua kena pakai hadiah ‘istemewa yang dibuat oleh ajk aktiviti. Memang kelakar dan memberi seribu kenangan kepada aku dan rakan-rakan sebelum meninggalkan bumi UniSZa ni. Ternyata diorang semua sporting pada malam terakhir bersama ini.
Lepas itu, kitorang ada buat tukar-tukar hadiah juga. Masa ini, hadiah tu, kitorang tak tahu siapa yang bagi sebab kitorang buat undian hadiah tu dengan no je=)tapi ternyata setiap orang gembira dengan hadiah masing-masing meski tertanya-tanya siapakah gerangan pemilik sebenar hadiah tersebut.(~_~)

Ada juga malam ni acara potong kek perpisahan dengan ustaz rohaizan. Masa ni ramai yang berebut-rebut capture gambar kek tu sebelum dipotong. =) ada gak yang bergambar dengan kek dulu sebelum kek tu kena makan oleh kami semua.(~_^)hehe. Meriah sangat suasana malam ni ditambah dengan kehadiran lecturer yang ada bersama dengan family mereka. Memang cukup meriah. Sebelum pensyarah2 ni balik kami berusaha minta mereka menyampaikan sepatah dua kata untuk kami semua. Ternyata ucapan mereka banyak memberi perangsang dan dorongan kepada kami untuk teruskan perjuangan pada masa akan datang. Terima kasih pendidik kami semua =)


HADIAH YANG KAMI SEMUA DAPAT



KEK PERPISAHAN KAMI


PENSYARAH-PENSYARAH KAMI


CAPTAIN CLASS BERSAMA PENSYARAH2 YANG HADIR

Selepas ramai lecturer telah pulang kami mengisi ruang dengan aktiviti luahan perasaan. Masing- masing mengambil kesempatan memohon maaf atas keterlanjuran yang dilakukan selama tiga tahun kita membina ukhwah dan persahabatan. Sangat2 sedih dan menyentuh perasaan.

Sahabat2 sekalian,Setiap pertemuan pasti akan berlakunya perpisahan. Perpisahan itu sesuatu yang amat menyeksakan. Betapa sedihnya hati apabila tiba saat ini. Sungguh aku tak sanggup untuk menyaksikan begitu banyak air mata yang tumpah ketika ini. Siapalah yang rela membiarkan segala kegembiraan diragut pergi begitu sahaja.

Sahabatku,
Betapa banyak kenangan yang kita telah bina. Betapa banyak kegembiraan yang kita kongsi bersama. Betapa banyak kesedihan yang telah kita tempuhi segalanya. Saat yang genting telah tiba. Kita semua akan meninggalkan bumi UniSZa dan membawa haluan masing-masing. Tidak pasti ke manakah arah tujuan kita yang seterusnya. Tidak pasti siapakah yang selepas ini akan berjuang bersama kita. Bukan mudah untuk mencari teman seperti kalian.  Aku pasti merindui kalian. Terima kasih atas segala-galanya. Halalkan makan minum aku ya kawan2. Semoga kita ketemu kembali sewaktu majlis konvokesyen nanti. I.Allah. Selamat berjaya sahabatku. Diharapakan ukhuwah yang kita bina akan berkekalan selamanya. Amin.

SUKAN TERAKHIR DI TELUK KETAPANG


No comments: