CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 21 March 2013

KITA BERSAUDARA

Seperti biasa hari Selasa adalah tugas memasak aku untuk housemateku. Bila sampai je turn siapa-siapa memasak di antara kami berlima, selalunya kami sudah diperuntukkan belian barang masakan untuk sehari adalah pada kadar yang ditetapkan. Kalau lebih, maksudnya orang yang masak pada hari tu lah yang kena bayar.  

Jadi, selepas pulang dari Jamiah, aku terus pergi ke kedai dan beli barang-barang yang aku telah senaraikan kelmarin di benakku. Lauk yang aku cadang untuk masak pada hari itu ialah daging salai bersama dengan kuah asam. Setelah aku beli semua barang-barang tu, aku pergi ke kedai sayur untuk membeli beberapa biji lemon untuk aku gunakan di dalam kuah asam aku nanti.

Tapi,malangnya buah yang ada hanyalah dua biji sahaja dan kedua-duanya busuk. Aku terus berjumpa dengan penjual sayur kedai tersebut bertanyakan padanya jika ada buah lemon yang lain. Dia lantas, menghulurkan sebiji lemon dari tangannya. Katanya, itu je yang ada. Aku terima. Satu pun satu je lah, janji ada, desus hatiku.

Jadi pak cik itu pun meletakkan lemon itu di dalam plastik, dan aku pula sudah mengeluarkan dompetku untuk membuat bayaran. Sebelum itu, aku bertanya padanya, berapa harga untuk sebiji lemon itu? Dia hanya menggelengkan kepala. Aku pelik. Kenapa pula dengan pak cik ni? Tak nak ambil duit ke? Tapi kenapa? Mungkin dia melihat aku memandangnya dengan pandangan yang hairan, pak cik itu terus menjawab dalam bahasanya, katanya : Kita saudara seislam. Sepotong ayat itu sudah cukup buat aku mengerti sebab apa pak cik itu tak ingin mengambil nilai dari sebiji lemon itu. Subhanallah, sungguh mulia hati pak cik itu. Alhamdullilah, rezeki aku dimurahkan hari itu. Aku bersyukur.




Aku terfikir kembali, kalau di Malaysia, bila aku beli sebiji buah, atau beberapa biji gula-gula pernah ke aku menghadapi situasi sebegini? Rupanya, jarang sekali berlaku. Sedangkan disini, perkara ini sudah menjadi kebiasaan kepada peniaga.

Tapi apa pun, Malaysia tetap yang terbaik. Malah, setiap pelajar Malaysia yang berada disini juga sentiasa dihormati dan disukai oleh bangsa Arab disini. Nanti akan aku kongsikan pula di post akan datang kenapa pelajar Malaysia disini sangat disukai oleh orang-orang di Jordan ni. I.allah.



No comments: