CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 20 March 2013

AKU KAGUM DENGAN DIA

Hari ini, sama seperti hari-hari yang sebelumnya. Aku dan sahabat-sahabat terus melangkahkan kaki menunaikan rutin seharian kami, menuntut ilmu sebagai seorang pelajar. Pada pukul 7.15 atau 7.30 pagi kebiasaannya kami sudah mula bertolak menuju ke Jamiah. 

Sebelum itu, menjadi kelaziman kami untuk pergi dan pulang dengan menaiki Coaster. Coaster tidak lain dan tidak bukan adalah pengangkutan yang menjadi pilihan pelajar untuk ke Jamiah selain dari van kerana Coaster merupakan kenderaan yang boleh menampung 20-25 orang pelajar dalam satu masa.

Seperti biasa, aku dan rakanku sentiasa akan duduk di seat bahagian belakang. Seat di bahagian depan selalunya akan dipenuhi oleh kaum syabab.

Sewaktu Coaster itu meneruskan perjalanan ke Jamiah, kadangkala, pemandu kenderaan berkenaan akan berhenti di beberapa tempat untuk membawa beberapa lagi penumpang menuju ke destinasi yang sama seperti kami.

Tatkala pemandu itu berhenti, kebetulan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an berdiri di pintu Coaster tersebut. Tanpa berfikir panjang,seorang remaja lelaki yang lingkungan usianya mungkin dalam 20-an telah memberikan tempat duduknya kepada pak cik tersebut.

Daripada pandangan mata aku, pak cik tu tidaklah terlalu uzur. Tapi, disebabkan kesungguhan remaja itu, akhirnya pak cik itu pun beralah dan mengambil tempat tersebut dan mengucapkan terima kasih serta tersenyum padanya. Barangkali, mungkin pak cik itu berasa senang hati dengan sikap yang pemuda itu tonjolkan.

Aku sangat kagum melihat dia. Moga-moga sikap itu dapat dicontohi oleh kita semua. Apa yang penting hulurkanlah bantuan dengan seikhlas hati. 



~ KALAU KITA MUDAHKAN URUSAN ORANG LAIN, I.ALLAH URUSAN KITA PUN AKAN DIMUDAHKAN OLEH ALLAH~ ^_^

No comments: