CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday 24 March 2013

IMTIHAN



Suasana imtihan (ujian) disini sangat berbeza dengan imtihan di Malaysia. Sewaktu pertama sekali aku menduduki ujian di sini, aku sangat terkejut dengan tempoh masa menjawab ujian mereka.

Pernah satu ketika, sedang aku leka menjawab ujian di dalam bilik kuliah yang telah ditetapkan, baru beberapa sahaja minit berlalu, lebih kurang dalam 15 minit begitu, tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara pensyarah atau doktor (panggilan yang selalu digunakan disini) yang memberitahu bahawa ujian kami akan tamat dalam masa 5 minit lagi. 

Terus tanganku menggeletar, otak aku tidak dapat berfikir, tulisanku juga bercelaru. Aku lihat pada kertasku. Masih berbaki 2 soalan yang tidak dijawab. Aku resah, tapi dalam masa yang sama tanganku terus laju menulis apa sahaja yang aku ketahui sesegera yang mungkin. Aku melihat jam ditanganku, masih berbaki 3 minit lagi sebelum ujian itu tamat.


Tapi, untuk pengetahuan kalian, yang hanya tinggal ketika aku menjawab soalan itu majoritinya adalah pelajar Asia sahaja. Selalunya waktu imtihan pelajar yang paling pantas menjawab dan yang paling awal keluar selepas selesai menjawab ialah pelajar Arab. Mungkin disebabkan Bahasa Arab adalah 'makanan' mereka, maka tidak menjadi masalah jika mereka dapat menjawab dengan cepat.


Akhirnya, setelah tamat, aku pun terus menyerahkan kertasku kepada doktor dalam keadaan rela, meskipun hati ini merasakan risau dengan keputusannya nanti. Tapi aku hanya mampu gantungkan tawakal ku pada Allah moga ada sesuatu yang terbaik buatku.

Itulah pengalaman aku sepanjang 2 semester aku berada disini dan alhamdullilah, semester kedua kali ini kebanyakan doktor yang aku pilih berbeza dengan doktor semester lepas. Sangat bersyukur kerana sekurangnya setiap kali imtihan dapatlah aku menjawab soalan dengan tenang.

Tapi aku tak ingin menyalahkan mana-mana pihak, sebab bagiku dua-dua keadaan imtihan yang berbeza ni sebenarnya punya kebaikannya masing-masing. Bila tempoh menjawab sekejap sahaja, otak kita perlu laju berfungsi memproses maklumat, dari situ menguji sejauh mana tahap pemikiran dan kekuatan hafalan kita dan jika menjawab dalam tempoh yang panjang pula, kebaikannya mungkin kita dapat menjawab dalam keadaan yang tenang tanpa perlu terburu-buru. 

Apa pun semuanya bergantung pada kita, jika kita faham sesuatu pelajaran itu dengan baik, i.Allah, jika sesukar mana pun sekali soalan itu, pasti kita dapat mengolah ayat tersebut dengan baik. Jika kita kurang memahami mungkin itu dapat memberi pengajaran pada kita untuk berusaha sebaik mungkin pada masa akan datang.




~ SETINGGI MANAPUN NILAI MATA PEPERIKSAAN KITA, TAPI JIKA KITA TAK APLIKASIKAN ILMU ITU PADA KEHIDUPAN, SIA-SIALAH ILMU YANG DITUNTUT ITU.. SAMA-SAMALAH KITA MUHASABAH  :) ~

No comments: