CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 14 December 2011

DI JORDAN ( PART 1 )


Salam buat semua …

Setelah berapa minggu disini, Ain sangat merasai kerinduan yang menebal pada keluarga di Jenderam Hilir,Selangor dan tidak lupa juga rasa rindu pada teman-teman sekolah juga pada teman-temanku yang kini berada di USIM.Harap semua sihat. Eventhough korang x baca blog Ain ni,tapi Ain sentiasa doakan korang dalam keadaan sihat walafiat.
(<3  ALL OF YOU <3 )

Alhamdullilah, semenjak Ain berada di bumi Anbia ini, Ain x nafikan Ain dengan kawan seperjuangan disini banyak menggunakan peluang yang ada untuk manfaatkan masa yang terluang dengan pelbagai aktiviti disini. Kitorang dah pergi ‘Jamiah Mu’tah’ untuk ‘Mustamik’, kitorang dah pergi melawat tempat-tempat menarik yang ada disini, lepas tu kitorang juga dah belajar bercakap dengan orang Arab ( tapi sikit-sikit la,itupun time nak beli barang ^_^ ). Syukur sebab dapat merasai pengalaman berada di Jordan ini.

~ Gambar-gambar di Jamiah Mu'tah ~






So,Ain rasa nak share dengan korang pengalaman melawat tempat yang menarik dekat sini. First tempat yang Ain dengan rakan seperjuangan yang lain lawati ialah ‘Mu’rakah Mu’tah’ yang mana suatu masa dulu tempat ini telah mengorbankan ramai para sahabat terdekat yang telah syahid dalam pertempuran menentang tentera gabungan antara Byzantine dan Ghassanid.

~ Gambar- gambar di Mu’rakah Mu’tah ~










~  CERITA MU'RAKAH MU'TAH ~



Lepas tu,minggu seterusnya kitorang sempat juga melawat maqam sahabat-sahabat Baginda yang terkorban dalam peperangan Mu’tah ni dekat ‘Al Mazar Al Janubi’ yang berhampiran Karak.Maqam sahabat-sahabat Baginda yang terdapat di ‘Al Mazar Al Janubi’ ini ialah maqam Zaid bin Harithah ra, Jaafar bin Abu Thalib ra dan Abdullah bin Rawahah.


Ok. Ini cerita serba sedikit mengenai latar belakang mereka:

Zaid bin Harithah ra ni merupakan anak angkat Nabi Muhammad SAW. Beliau inilah yang telah mengetuai tentera Muslimin dalam peperangan Mu’tah. Beliau ialah telah berjuang dengan penuh keberanian sehinggalah beliau gugur sebagai seorang syahid.

Manakala, Wakil Panglima Tentera iaitu Jaafar bin Abu Thalib ra yang juga merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang pernah menggantikan Zaid memegang panji Islam. Beliau telah digelar sebagai ‘Jaafar At Toyar’ kerana telah kehilangan kedua belah tangannya ketika memepertahankan panji-panji Islam semasa didalam peperangan. Beliau ini dikatakan memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan Rasullulah SAW. Malah,beliau ini juga adalah seorang yang murah hati terhadap golongan miskin dan juga merupakan antara perawi hadis terus daripada Rasullulah SAW.

Selain itu, Abdullah bin Rawahah pula adalah pengganti ketiga dalam mengetuai tentera Islam,  selepas Zaid dan Jaafar syahid didalam peperangan Mu’tah. Beliau terkenal dikalangan sahabat kerana ketaatan, kepatuhan dan kesabarannya. Bukan itu sahaja, beliau ini adalah seorang yang bertaqwa dan tidak mementingkan diri disamping seorang tentera yang berdedikasi serta penyair yang terkenal dizamannya.

Hebat kan mereka ini?? Serius Ain cakap, macam tak percaya dapat jejak kan kaki di bumi Jordan ni. Bila dapat melawat dan pijak sendiri tempat macam ‘Al Mazar’ ni, hanya perasaan yang sebak dan terharu timbul dalam hati ini. Sungguh terasa dekat sangat dengan para sahabat ini. Walaupun tidak pernah duduk sezaman dengan mereka tetapi bila dapat berdiri disebelah maqam mereka, itupun sudah cukup untuk memberikan satu semangat pada diri ini. I.allah jika diberi peluang untuk kesini bersama keluarga tercinta, Ain tidak akan lepaskan bawa mereka ke sini dan merasai perasaan yang Ain alami ketika ini.

~ Gambar- gambar di Al-Mazar ~










Oklah kawan-kawan…  Jika ada kesempatan Ain akan ceritakan tentang tempat menarik yang lain pula. Harap cerita ini bukan sahaja sekadar cerita biasa, sebaliknya cubalah kita ambil segala apa yang baik sebagai contoh dan tauladan buat kita. I.Allah.Ameen.   

~ SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA KUAT SEPERTI GAGAHNYA SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW ~ (^_^)

2 comments:

Mama budak2 Faeizrill........ said...

seronok kan dapat jalan ke tempat org...dpt cont.study ke o/sea salah satu dr cite2 c.zue tp xde rezeki jgn kate o/sea lam malaysiapon mak bapak c.zue xmmpu nk kasik...sedih...skang nih dah tue baru nak mule merangkak sambung blajar blk huhuhuhu....

SINGGAHSANA AIN DAMIA said...

ala c.zu ni..buat ayat touching2 plak..tuntut ilmu tu bkn mude2 je..bile2 kite blh tuntut ilmu..ok la tu dpt smbg blaja..:)