Sesungguhnya Ain sangat benci apabila perlu membuat pilihan.
Bukan apa, kadangkala bila diberi pelbagai pilihan Ain jadi runsing sebab Ain
takut pilihan itu menjerat Ain.
Tapi sebenarnya Ain terlupa hikmah dicipta pilihan itu agar
kita melakukan istikharah. Lihat sahabat-sahabat. Allah itu Maha Bijaksana.
Kadangkala kita yang terleka mahupun terlupa. Sebenarnya Allah dah buka jalan
untuk kita mengadu pada Dia. Mudahnya jalan yang Allah bentang untuk kita. Tapi
kita sendiri yang tak nampak sebab terlalu bergantung dengan fikiran yang
sentiasa dihasut oleh hawa nafsu.
Sama macam situasi Ain ni. Bila diberi pilihan dan perlu
membuat keputusan. Ain dah mengeluh. Teruknya Ain. Kenapa Ain tak panjatkan
kesyukuran terlebih dahulu apabila diberi ujian seperti ini?? Allah sebenarnya
akan beri yang lebih baik selepas kesusahan itu. Kenapa Ain terlalu risau apa
yang akan terjadi seterusnya?? Sedangkan
Allah akan atur mengikut kehendak Nya.
“KITA HANYA MERANCANG DAN ALLAH YANG MENENTUKAN”
Kata-kata diatas yang perlu Ain pegang sekarang. Terima
kasih pada Ayah dan Ibu yang telah banyak membantu Along, juga tak lupa pada nasihat sahabat-sahabat
yang sentiasa mengingatkan diri ini.
~ PERGANTUNGAN KITA HANYA PADA ALLAH, MAKA PADA SETIAP
PERKARA ITU, BIARLAH KITA BERUSAHA, BERDOA, BERTAWAKAL UNTUK MENDAPAT HASIL YANG LEBIH BAIK. I.ALLAH
~
No comments:
Post a Comment