SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!
Harap tahun 2011 yang dah berlalu menjadi sejarah yang bermakna dalam hidup korang. Apa yang menarik tentang hidup korang pada tahun 2011??? Tak kisahlah, apa yang Ain pasti sepanjang 12 bulan yang kalian lalui pasti merupakan hari yang kadangkala mungkin indah or mungkin juga tiba-tiba segalanya bertukar kelam. Ya, semua tu tak mustahil kan???
...Bagi Ain...
Tahun 2011 adalah tahun yang sangat bermakna buat Ain. Tahun inilah yang telah menyaksikan betapa hidup yang Ain lalui x seindah yang disangka. Pelbagai rintangan dan halangan yang hebat telah Ain tempuh. Malah kadangkala, my parents and family turut terkena tempias . Ain rasa sangat bersalah. Tapi ain sangat pasti, setiap apa yang ada di hadapan mata Ain serta keluarga Ain itu adalah dugaan yang perlu kami hadapi.
Ya Ain perlu kuat !!! Perlu sabar. Ain tak boleh mudah mengalah.
"Al-Imran [200] Hai orang yang beriman!BERSABARLAH kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya."
SABAR + REDHA =HIKMAH =)
Sesungguhnya sabar itu adalah pelajaran yang sangat bermakna...
Sesiapa yang memilikinya pasti akan merasai nikmat sabar itu sendiri...
Sesungguhnya, ujian kehidupan seperti itulah yang telah mematangkan Ain untuk terus yakin mengorak langkah biarpun kadangkala Ain telah tersungkur di pertengahan jalan. Sebab itulah Ain merasakan tahun 2011 merupakan satu sejarah yang SANGAT BERMAKNA buat Ain kerana terlalu banyak pengajaran yang telah Ain timba sepanjang tempoh melengkapi perjalanan tahun 2011 ini.
TERIMA KASIH TAHUN
v
v
v
UCAPAN
... Buat keluarga tersayang ...
Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan yang tak berbelah bahagi pada diri ini. Sungguh Along merindukan kehangatan kasih sayang yang sentiasa terbit antara kita. My family is the best than everythings. Peluk cium Ayah dan Emak, usikan manja adik-adik tersayang. Sangat2 merindui saat bersama.
... Buat sahabat-sahabat sekolah, UNISZA dan USIM ...
Korang juga adalah sahabat dunia akhirat Ain. Kalian juga adalah lagu bagi Ain. Sebab apa??? Sebab kalian yang sentiasa mendendangkan di telinga ini kegembiraan tatkala diri ini bersedih. Nasihat kalian juga sentiasa bernyanyi-nyanyi di ingatan. Serius, Ain rindu dengan kalian.
SELAMAT MENJEJAKKAN KAKI KE TAHUN
v
v
v
~ BUKTI KEAZAMAN ITU TIDAK AKAN TERPANCAR
TANPA SINAR DARI NIAT HATI YANG SENTIASA IKHLAS ~
( JOM TAJDID NIAT UNTUK TERUS BERUSAHA KEPADA KEBAIKAN )
No comments:
Post a Comment