Semua sihat ke?? Cuaca dekat tempat korang ok?? cuaca dekat
Jordan ni sangat-sangatlah sejuk. Hendak menaip pun terasa kebas tangan. Tapi
bila timbul keinginan nak bercerita, apalagi sejuk-sejuk pun sanggup redah.
Hehe.
Oklah. Bila tengok tajuk
ni mesti korang pelik kan?? Sebenarnya Ain buat tajuk ini sebab kemungkinan Ain
akan pulang Malaysia. I.Allah. Yayyy! Pulang ke Malaysia. ^_^
I’m ready untuk balik Malaysia. Tak sabar rasa hati ni nak
pulang Malaysia untuk bersama dengan keluarga yang setia menunggu di Malaysia.
Sangat-sangatlah rindukan kampung halaman yang indah. Masakan ibu yang sedap.
Fuh!!! terliur bila teringat tomyam ibu. Ayah yang suka mengusik. Adik-adik
yang suka bergaduh manja. Wah, sangat-sangatlah susah nak lupakan memori
bersama keluarga.
Bukan itu sahaja, to all my friends, nanti Ain balik. Kita
jumpa dan luangkan masa bersama ya?? Banyak sangat cerita yang nak Ain kongsi
bersama korang. Apa pun thanks dekat korang yang support Ain dari awal sampai
sekarang. Korang sentiasa dihatiku. <3 <3
Hati berbunga-bunga nak balik. Kawan-kawan yang duduk jauh
dekat perantauan sekarang, jangan sedih-sedih tau. Setiap apa yang korang alami
dekat Negara orang merupakan pengalaman yang sangat berharga. Jangan sia-siakan.
Peluang tu datang kadang-kadang sekali je. Hargai peluang tu ok???
Kepada ex-housemate Ain.Ain ucapkan “TERIMA KASIH” banyak-banyak
sebab korang terlalu baik dengan Ain. Tak pernah berkira dengan Ain. Baju Ain
pun korang yang basuh, masak-masak pun korang yang masak. Ain ni setakat tolong
basuh pinggan, tolong tengok dan tolong mengacau je pandai kan??? Hehe. Jahat betul
Ain ni. Maafkan Ain ya, sebab x dapat jadi housemate yang baik. Huhu. Seriously,seronok
sangat dapat kenal korang dan Ain takkan lupakan nama ni semua.
V
V
V
( K.IKA MIRA SABIHAH FATIN YANA DALILA )
~ PULANG DENGAN HARAPAN DAPAT KEMBALI SEPTEMBER INI…DOAKAN
AIN YA KAWAN-KAWAN J
~