Salam. Hari ini masuk university buat kali kedua. UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. Sebelum ni
Ain belajar dekat UniSZA. Ain dapat kos
Quran dan Sunnah yang mana kos ini terletak dibawah Fakulti Quran dan Sunnah.
Ada sahabat yang duduk di bawah fakulti yang sama cuma kami berbeza kos je
sebab Quran dan Sunnah ni ada 3 cabang. Satu memang kos Quran dan Sunnah pure.
Satu lagi kos Quran dan Multimedia lastly Sunnah dan Pengurusan Maklumat.
MEMBE-MEMBE UNISZA SEWAKTU ORIENTASI DI USIM |
Pengalaman pertama masuk sini memang berdebar sangat. Sebab
banyak sangat saingan dekat sini. Yelah bila belajar Ijazah kita akan jumpa
kawan-kawan yang datang dari pelbagai jurusan. Ada yang STAM. Ada yang STPM ada
juga yang TAMHIDI dan MATRIKULASI. Bila datang sini terasa Ain ni tua. Hehe,
memang kelakar je rasanya.
Orientasi dekat sini memang padat dengan macam-macam
program. Memang Ain terasa sangat kepenatannya, mengantuknya, dan sakit
badannya. Tapi biasalah,itulah dugaan yang perlu kami hadapi masa first masuk
sini sebab masa akan datang mungkin Ain dan kawan-kawan akan hadapi ujian yang
lebih besar dari ini. So, terimalah setiap kesusahan itu dengan hati yang
terbuka kerana setiap kesukaran yang kita hadapi dalam kehidupan itu sebenarnya
mematangkan kita.=)
BAJU ORIENTASI |
SEWAKTU ORIENTASI |
Ok. Tutup cerita pasal orientasi. Kali ini Ain nak cerita pasal
roommate-roommate baru Ain. Satu bilik ada 4 orang ahli termasuk Ain. Bilik Ain
ada seorang kakak. Kiranya Ain yang kedua tertua lah dalam bilik tu. Hehe.Yang
lain adik-adik yang lepasan STAM. Diorang semua satu fakulti yang sama dengan
Ain. Alhamdullilah memang seronok sangat
dapat kenal diorang sebab diorang ni semua sporting-sporting. Masa first kenal
diorang terasa macam memang dah kenal lama je. Macam-macam cerita ada masa
perkenalan pertama kami. Rupanya masing-masing jenis yang ramah dan sempoi.
Hehe.
Sampai disini je setakat ni. Nanti jumpa lagi ya semua.=)
MEREKA SEMUA NI ROOMATE SAYA =) |
No comments:
Post a Comment