Salam semua. Selepas seronok bercerita dengan korang pasal
pengalaman di USIM. Kali ini peluang yang ada
ni, Ain nak kongsikan dengan korang semua sedikit sebanyak tentang kos
yang Ain ambil di USIM iaitu kos Quran dan Sunnah. Jumlah subjek QS untuk first
sem ni ada 9 subjek dan jumlah jam kredit ialah 17 jam.
INI SUBJEK AIN UNTUK FIRST SEMESTER |
JADUAL KULIAHKU =) |
Untuk pengetahuan korang, Ain ada subjek Hafaz Quran. Selama tiga tahun kami kena menghafal
sebanyak 3 juzu’. Ain tak pasti sama ada Ain dapat menghafaz dengan baik atau
tidak. Ain harap sangat segala urusan Ain berjalan lancar dan sentiasa
dipermudahkan oleh Allah sebab kos Quran
Sunnah ni bukanlah satu kos yang mudah. Tanggungjawab sebagai seorang pelajar
QS ini banyak cabarannya. Setiap tingkah laku perlu dijaga. Mereka menghormati
kita dengan setiap ilmu yang kita bawa. Sungguh berat beban yang harus digalas pada sesiapa yang mendalami ilmu
Allah ini.
Kalau korang semua nak tahu juga,dekat USIM ni Bahasa Arab
dan Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang sangat ditekankan. Banyak juga
pensyarah disini yang terdiri dari orang luar seperti Sudan, Ivory Coast, Mesir
dan sebagainya. Walaupun pada awalnya mungkin Ain rasa leceh tapi Ain pasti
semua perjuangan Ain dibumi USIM ini tidak sia-sia.
Pelbagai program
transformasi diri yang diadakan pihak USIM pada setiap pelajarnya. Sungguh
banyak pengisian menarik yang diterapkan
pihak USIM pada setiap pelajarnya sebagai persediaan pada kami untuk menghadapi
dunia luar pada suatu hari nanti. Jadi setiap peluang yang ada ni nampaknya Ain
kena guna dengan sebaiknya. Ain tak boleh nak menyerah kalah selagi belum
sampai waktunya. Lagipun menuntut ilmu Allah ini merupakan sesuatu perkara yang
mulia dunia dan akhirat.
PELAJAR FAKULTI PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH ( FPQS ) |
Harap korang semua sentiasa doakan Ain semoga Ain terus
berjaya dalam bidang yang Ain ceburi. Amin, I.Allah. (^_^) Terima kasih !!!
No comments:
Post a Comment