Salam buat sahabat dan rakan-rakan semua. Setelah sekian lama
rasanya Ain tidak menaip sesuatu untuk entry baru dalam blog Ain ni. Rindunya dengan
suasana blog Ain. Beberapa minggu ni Ain buzy sedikit dengan kelas-kelas and
group discussion . Tapi hati ni tetap nak menaip sesuatu entry yang baru
sebagai perkongsian dengan korang semua. =)
Untuk pengetahuan korang hari Ahad lepas Ain telah selamat
berkonvokesyen dengan sahabat-sahabat Ain di UniSZA. Alhamdullilah semuanya
berjalan lancar sepanjang majlis konvokesyen tu.
Seronok sangat sewaktu dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat
lama. Walaupun kami hanya berpisah selama 4 bulan tetapi masa yang singkat itu
dirasakan masa yang lama sekali bagi kami.
Bila Ain menjejakkan semula kaki ini di bumi UniSZA terasa
sangat ingin kembali di tanah yang pernah menjadi tempat perjuangan Ain dan
sahabat-sahabat yang lain. Mana tidaknya begitu banyak kenangan yang pernah tercalit
disitu.
Sekali lagi, bila diberi peluang untuk kita berkumpul
bersama, memang Ain rasakan ini peluang
yang tidak perlu disia-siakan. Setiap ruang itu Ain cuba luangkan bersama
rakan-rakan. Syukur kerana kita masih sempat bergambar bersama-sama di Taman
Tamadun Islam.
SAHABATKU YANG COMEL-COMEL BELAKA (~_^) |
BERSAMA CHE PAH, HUSNA, DAN ZATY HULWANI |
KAMI BERGELAR SEORANG GRADUAN |
Walaupun terdapat segelintir rakan kita yang tidak dapat
hadir pada pengambaran sempena ‘Pra Konvekesyen’ ini atas sebab tertentu dan juga
kerana mereka sudah berada jauh dari Negara Malaysia ini, tapi percayalah kami
sungguh merindui kalian. Setiap detik kami bergambar pasti kami teringatkan
kalian. I.Allah jika ada kesempatan dan
jodoh kita pasti akan berjumpa lagi.
KENANGAN INDAH BAGIKU |
PRA KONVEKESYEN KAMI =) |
SEMPAT BERGAMBAR SEBELUM MAJLIS KONVOKESYEN BERMULA |
Tapi setiap perkara itu‘ Kita hanya merancang dan Allah yang
menentukan’ dan ‘ Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan’. Sungguh Ain
merasa sayu dan sebak sewaktu meninggalkan bumi UniSZA. Terasa waktu itu
terlalu singkat untuk kita bersama saat itu.
SEMPAT BERGAMBAR BERSAMA KELUARGAKU DAN KELUARGA SAHABATKU SEBELUM PULANG KE DESTINASI KAMI |
BERSAMA SEGELINTIR RAKAN-RAKAN LELAKI DAN PEREMPUAN |
BERSAMA UMMI KAK YA =) |
Namun, apakan daya kini, aku sudah berada di bumi USIM. Aku hanya
mampu mendoakan kalian semua agar berjaya dalam perjuangan yang sentiasa penuh
dengan liku dan cabaran yang sudah pastinya tidak henti-henti menghalangi
setiap usaha keras kalian di tempat kalian berpijak kini.
Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian dunia dan akhirat.
‘SELAMAT BERJAYA SAHABATKU’