Assalamualaikum sahabatku semua..
Tanpa sedar, sudah lama aku meninggalkan blog kesayangan
ini. Kalau blog ini diibaratkan seperti rumah sudah pasti ianya sudah bersawang
dek kerana ditinggalkan selama berbulan-bulan. Mungkin kerana kesibukan yang
melanda menyebabkan aku tidak berpeluang untuk kembali bercerita di blog ini
seperti dahulu.
Kesibukan aku bermula ketika aku bekerja di sebuah kedai
tudung dan kemudian bekerja pula di sebuah tadika islam yang aku sendiri tidak
jangkakan. Setiap pekerjaan yang berlainan ini, tentulah memberikan pengalaman
yang saling jauh perbezaannya.
Di kedai tudung, aku hanya melayan kerenah pelangganku yang
terdiri dari remaja dan orang dewasa. Sedangkan pengalaman ku mengajar di
tadika pula, mendewasakan aku menghadapi setiap kerenah anak muridku yang
masing-masing punya perwatakan yang berbeza.
Itulah yang aku hadapi selama 6 bulan ini. Kini aku sudah
menjejakkan kaki di bumi Urdun. Bumi Anbia’. Inilah impian aku. Cuba untuk
menjadi seseorang yang Tafaquh Fid Din. I.allah. Masih banyak yang aku perlu
perbaiki.
Perjalanan hidupku telah bermula. Mengembara di Negara orang
untuk menuntut ilmu adalah satu ujian yang besar. Berjauhan dengan orang
tersayang dan meniti kehidupan di Negara orang bukan semudah yang disangka.
Kehidupan berdikari mengajar segalanya. Segalanya bermula disini…
2 comments:
always think positif.....bile kite berfikiran positif hari2 yang kite lalui pasti akan terase senang n mudah k....
i.allah..terima ksih ats nsihat c.zu..:)
Post a Comment