Salam dan selamat sejahtera buat semua. Harap korang semua
sihat. Fuh!! Lama rasa tinggalkan blog kesayangan ni. Hehe.
Oklah. Sebenarnya Ain nak tanya macamana sambutan ‘Maulidur
Rasul’ dekat tempat korang hari tu?? Mesti meriah kan?? Dekat tempat Ain pun
tak ketinggalan meraikan hari yang bersejarah ini dengan pengisian yang
menarik.
“12 Rabiul Awal”
Hari yang sangat penting buat seluruh umat Islam untuk
memperingati kelahiran Rasullulah S.A.W. Tapi jangan kita jadikan tarikh ini
sahaja sebagai peringatan kita pada Baginda. Malah, mengingati Baginda ini
seharusnya dilakukan di sepanjang waktu tanpa mengira bilakah masanya mahupun
dimanakah tempatnya.
Tarikh penting ini juga telah menyaksikan kepada kita
tentang kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Masihkah kita ingat kisah di saat
Rasullulah S.A.W wafat dahulu?? Adakah pesanan di bawah ini juga sentiasa segar
di ingatan kita??
"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah
dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara
pada kalian, Al Quran dan Sunnahku.Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti
mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga
bersama-sama aku."
Ya, inilah pesanan Rasullulah kepada umatnya sebelum
baginda menghembuskan nafas terakhir. Al-Quran dan Sunnah yang diwariskan
bagindalah menjadi panduan dalam kehidupan kita supaya kita sentiasa terbimbing
menuju ke landasan yang benar.
Malah, sebelum baginda wafat juga, baginda telah bertanya
kepada Jibril :
“Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar
Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad
telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Bukan itu sahaja, bahkan Rasullulah S.A.W juga tidak mahu
umatnya merasai kesakitan siksa maut yang telah baginda lalui sehinggakan
sebelum baginda menutup matanya, baginda sempat menyebut :
“Ummatii, ummatii, ummatiii” – “Umatku, umatku, umatku”
Begitulah cintanya Rasullulah S.A.W kepada umatnya. Tapi mampukah
kita mencintai Rasullulah seperti baginda mencintai kita??
Sama-samalah kita berselawat ke atas junjungan kita Nabi
Muhammad S.A.W. sebagai tanda kasih dan memuliakan baginda.
"Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi"
~ MARI KITA TERUS HIDUPKAN SUNNAH BAGINDA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.. ~
No comments:
Post a Comment