Seronok dan teruja rasa nak datang Negara orang dah
lama,semenjak dari tingkatan 2 lagi. Tapi bila ada peluang kadang-kadang banyak
perkara yang tidak mengizinkan. Lagi-lagi my parents. Yelah Ain kan anak
perempuan so,macam hard la dia nak bagi Ain lepas jauh-jauh. Hehe
Tapi alhamdullilah, kali ini peluang nak ke Negara orang
iaitu Jordan ni datang lagi. Dan syukur alhamdullilah bila parents juga sudi
merelakan diri ini pergi ke Negara orang. Meskipun terdapat sekelumit kerisauan
dalam hati parents Ain,namun diorang sanggup juga lepaskan Ain setelah sedar
Ain pergi ke Negara orang adalah untuk berjuang menuntut ilmu Allah.
|
SEBELUM BERANGKAT SIBUK MENDENGAR TAKLIMAT |
|
TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN SEMUA |
Perjalanan Ain ke Jordan bukan semudah yang disangka. Banyak
rintangan dan halangan yang perlu Ain hadapi sewaktu ingin pergi ke
Jordan. Sebelum berangkat pun banyak
dugaan yang Ain telah lalui bersama 4 rakan seperjuangan yang turut sama
berangkat ke Jordan. Masalah itu hanya kami yang tahu,betapa beratnya situasi
kami ketika itu.
Namun,sungguh terharu sekali dalam kekalutan yang melanda
diri ini,ada rakan-rakan sudi memberi galakan. Meski hati ini sudah tawar dek
cubaan yang tidak putus-putus itu, tapi
motivasi membina dari bonda dan ayahanda itu adalah sesuatu yang cukup bermakna
buat Ain. Sahabat-sahabat juga sentiasa memberi sokongan. Sungguh malu berdepan
dengan mereka dalam keadaan yang serabut. 4 rakan seperjuangan yang lain
Ana,Yang,Sue dan Hanim juga menghadapi situasi yang sama seperti Ain.Hanya
orang yang terdekat sahaja mengetahui betapa beratnya ujian yang kami
hadapi,betapa sukar untuk kami laluinya,pahit yang ditelan oleh kami. Sungguh sakit
sekali dugaan ini.
|
DALAM FLIGHT DARI KUWAIT >>> AMMAN |
|
ANA DAN AIN |
|
ZARIFAH WITH ME (^_^) |
Apa pun rintangan itu,akhirnya kami berjaya menjejakkan kaki
di bumi Anbia. Sungguh terasa kelainan berada disini. Sewaktu sampai kami
sempat berdoa agar dipermudahkan segala perjalanan dan urusan kami disini. Ya, semoga segalanya dipermudahkan.Amin.Disini lah titik permulaan kami untuk menghadapi dugaan yang lebih hebat lagi
sebelum datang ke sini.
|
KAMI SELAMAT TIBA DI KUWAIT SEMENTARA MENANTI UNTUK BERANGKAT KE AMMAN ( WITH HANIM, SUE & ANA) |
Seterusnya kita bersambung dengan cerita lain di masa akan
datang. Hehe. Terima kasih pada mereka yang setia menanti. Jumpa lagi.(^_^)
3 comments:
Assalam.. Ain sambung dgree kt Jordan ke? Bukan hari tu smbung kt USIM ke? Apapun, smoga berjaya & tabah masa kt sana ye.. Doa dari sahabat yg jauh....
besnya . harap ain tabah and kuat mnghadapinya :)
tq kepada sahabat-sahabat yang mendoakan Ain..semoga korang semua turut berjaya..=)
Post a Comment