Sahabatku sekalian,
Setiap kenangan yang pernah kita ukir di bumi Terengganu ini pasti tidak akan aku lupakan. Bukan mudah untuk melupakan setiap peristiwa aku dengan kamu semua disini kerana pelbagai rintangan telah kita lalui bersama. Walau sehebat mana dugaan yang datang kita tetap sama-sama berdiri merempuh kehidupan yang sangat meletihkan ini. Tetapi ketahuilah sahabatku, setiap dugaan itu mematangkan kita semua dan setiap sebalik kejadian itu pasti ada hikmahnya.
|
BEST FRENZ 4 EVA =) |
Lin, Zimah, Leleng, Tira, Mas,Asma, Saqifah, Wani, Husna . Kenangan bersama korang selama ini takkan Ain lupakan. Alhamdullilah Ain dapat ukir kenangan dengan korang dalam masa yang singkat ini. Ingat lagi tak masa sambutan birthday Ain dekat belakang UniSZa ni?? Ain sangat terkejut dengan surprise yang korang buat. Malah sangat terharu dengan sambutan yang korang dah buat untuk Ain. Terima kasih ya kawan2. Walaupun sesibuk mana waktu tu korang tetap luangkan masa untuk Ain. Terharu.(*_*)huhu.
|
SEMPAT BERGAMBAR DENGAN DIORANG TIME BEZDAYKU |
|
MENGIGIL WAKTU POTONG KEK SEBAB STILL TERKEJUT..HEHE |
|
GENG KEDAH PUN ADA ( CHE PAH, HUSNA & WANI ) |
|
KEK TAHUN 2011 ( WARNA BIRU ) |
|
KEK TAHUN 2009 DENGAN EJAAN NAMA YANG SALAH..HEHE |
|
SURPRISE !!! JAMUAN BESAR & MASAKAN DIORANG SENDIRI. TQ SUME.=) |
|
INI YANG PALING SEMANGAT BERINAI =P |
|
SEWAKTU BERCUTI DI RUMAH TUK WAN |
|
MENJAMU SELERA TETAMU YANG HADIR =) |
|
DI KEDAI TUK WAN..SEMANGATNYA DIORANG NI MAKAN AISKRIM!! |
Lepas tu ingat lagi tak kenangan makan bersama dekat belakang stadium tu?? Cepat je masa berlalu. Baru rasa bersama dengan korang semalam kan?? Sekarang kita semua dah berada di tempat masing-masing. Haluan kita pun berbeza kan?? Bila duduk di rumah tanpa aktiviti seperti belajar membuatkan Ain semakin merindui setiap kenangan bersama korang. Sungguh tak sangka begitu cepat kita melangkah ke umur 21 kan?? Begitu cepat usia kita meningkat. Sekejap masa nanti kita akan habis belajar degree. Sekejap masa lagi nanti pula, kita semua akan mempunyai keluarga sendiri. Fuh sungguh tak terfikir setiap masa itu berlalu begitu cepat. Baru rasa ingin bersama mencipta kenangan dengan korang tetapi masa itu cepat bertindak dan meragut segala kebahagiaan yang kita bina bersama. Malang sekali Ain tak menyedari bahawa perpisahan itu bukan sesuatu yang boleh kita tunda. Ianya tetap akan mengunjungi kita. Ia tidak pernah meninggalkan kita.
Namun, Ain tidak pedulikan semua itu, yang penting Ain dan kawan2 mempunyai berjuta kalungan kenangan yang indah yang dapat disematkan bersama dengan harapan yang sentiasa mekar mewarnai kehidupan kita. Kawan-kawan, jangan dilupakan persahabatan yang kita bina selama ini ya. Jaga diri baik2. Simpanlah kenangan yang pernah kita ukir bersama doa yang tidak putus2. Semoga kenangan kita kekal mewangi meskipun kini kita telah berjauhan beribu batu jaraknya.
SWEET MEMORY 2008-2011(~_~)
|
SEMPAT CAPTURE MASE DAH BIS MAKAN JEW..HEHE |
No comments:
Post a Comment