Emak…
Setiap hari yang dilalui
Along sentiasa merasai kehadiran emak
Bila along tatap wajah emak
Along asyik merasai ingin pulang
Tapi…
Along jauh di perantauan
Kalaulah along ada kapal terbang sendiri
Along nak terbang balik rumah
Mesti seronok dapat perhati emak hari2
Boleh juga peluk dan dakap emak
Boleh juga cium dan merasai kucupan emak
Boleh juga makan masakan air tangan emak
Boleh juga along jaga emak bila emak sakit
Tapi ...
Along tengah berjuang
Demi agama..(i.allah)
Demi keluarga
Along kan contoh pada adik beradik
Along juga harapan dan sandaran keluarga
Along tak nak kecewakan emak
Tapi…
Along takut along tak dapat buat emak bahagia
Along takut along sentiasa menitiskan air mata emak
Along takut along buat emak tak senang hati
Along takut along jadi derhaka
Along takut semua itu
Tapi…
Emak kata along salah satu kebahagiaan emak
Sebab along anak pertama ayah dan emak
Emak kata along tak pernah menitiskan air mata emak
Sebab along sentiasa menghiburkan emak
Emak kata along sentiasa menyenangkan emak
Sebab along ringankan beban emak
Emak kata along tak pernah derhaka pada emak
Sebab along selalu dengar pesan emak
Benarkah emak????
Ya allah
Begitu suci hatinya
Dia tiada gantinya
Dia adalah segalanya
Dia ratu hati kami sekeluarga
Engkau peliharalah dia
Kerana kami begitu mencintainya
2 comments:
mak along sihat kat cnih..dah jgn sedey2....blajar elok2....
semua nya akan baik2 saje =) alang-alang study jauh tu biar cemerlang ea =) biar berbaloi rase rindu dan pengorbanan tu. jage diri.
Post a Comment