8 Januari 2013
Sejuk ini buat aku tidak mampu untuk meneruskan studyku
seperti biasa. Rasa sejuk kali ini lain
daripada biasa semenjak aku datang sini. Aku pelik.
Aku rasa macam duduk dalam freezer je. Tapi,aku teruskan
juga study. Sebab keesokannya aku ada dua paper. Tapi,bila aku study tu,aku
rasa macam tak boleh teruskan je. Susah rasanya nak masuk.
Tiba-tiba kawan aku kata tak ada exam keesokan harinya sebab
kena tangguh. Aku terkejut. Macam tak percaya. Dia tunjuk handset yang dia gunakan
untuk online pada kami. Rupa-rupanya betul. Portal jamiah yang post. Aku capai
laptop dan broadbandku. Laju tangan ku menaip ‘facebook’ di papan kekunciku.
Rupanya cuaca dah cecah -2C !!!. Patutla sejuk sangat. Dah sampai tahap
negatif.
Semua yang ada exam esoknya yang mana sama dengan aku. Semua
happy je bila tahu exam kena tangguh. Termasuklah aku sebab sekurangnya masih
ada peluang buatku untuk terus mengulangkaji pelajaranku. Aku tengok dalam
facebook tu juga. Ramai yang kata kemungkinan esok salji tu yang sampai periksa
kena tangguh.
Lantas aku menjenguk keadaan melalui tingkap rumahku. Sejuk.
Hujan frost penuh melimpahi jalan raya yang berhadapan dengan rumahku. Senior
aku kata hujan frost tak sama dengan salji. Aku tutup semula tingkap sambil memikirkan
benarkah esok akan salji??
Aku terus kembali ke tempat tidurku. Ku tutup bukuku dan
mula menarik selimutku. Tanpa sedar,aku tertidur.
9 January 2013
Aku bangun pagi seperti biasa untuk menunaikan kewajipan
solat subuh. Aku terdengar perbualan sahabatku yang mengatakan ‘salji’. Aku bertanya pada mereka. Betul ke?? Diorang
menjawab ya. Katanya syabab-syabab tahun 1 dah siap post dekat facebook pukul 3
pagi meraikan salji. Aku tergelak kecil. Sebab aku pun sama. Tak sabar menanti
kehadiran salji. Aku bangun dan terus meluru ke tingkap. Ya allah betul. Salji
dah turun !!!! Aku sangat gembira. Seakan tidak mempercayai dapat merasai
nikmat Allah ini. Syukur.
Pukul 8 pagi kami bercadang untuk naik ke atas rumah kami dan menikmati
salji yang tidak henti-henti turunnya. Masing-masing mula bersiap dengan
pakaian masing-masing. Baju yang tebal. Kaki berbalutkan plastik supaya stokin
kami tak basah tika memijak salji.
Aku dan sahabatku sibuk mengambil gambar. Ada juga sahabat
yang sibuk membuat bentuk ‘love’ menggunakan salji. Banyak juga gambar yang
berjaya kami ambil. Semuanya untuk tatapan keluarga di Malaysia. Lagi-lagi bagi
kami tahun 1 yang baru merasai pengalaman sebegini. Memang seronok (~_^)
Tatkala kedinginan mula mengigit-gigit badan. Kami semua bersepakat
untuk berhenti bermain. Ada sahabat yang kata, “ Tak pe lah. Nanti waktu tengah
hari kita pergi main lagi di Jamiah”. Aku senyum je. Sebab memang aku tak sabar
nak main salji lagi. Rasa tak puas main dekat atas rumah je.
Lepas aku dengan sahabatku selesai makan tengahari. Kami
semua terus bersiap-siap untuk pergi main salji di jamiah. Tapi malangnya, kami
tak dapat pergi ke jamiah sebab transport nak ke jamiah tak ada waktu tu. Kami
ubah keputusan kami untuk main di sekitar kawasan di tanah yang lapang
berhampiran dengan perumahan pelajar-pelajar Malaysia.
Waktu sama-sama berjalan dengan sahabat aku. Aku bahagia.
Walaupun aku tak berpeluang kongsi kegembiraan bersama-sama
keluarga.Sekurangnya aku punya sahabat-sahabat yang sentiasa ada menceriakan
hari-hariku.
Seronok dapat meluangkan masa dengan sahabat-sahabatku.
Pelbagai ragam kami ketika bermain salji. Ada rakan yang leka membuat “ Snow
Man”. Aku dengan rakan yang lain pula sibuk menampal salji di dinding mengukir
perkataan “ Salam Perantauan”. Seronok dan excited sangat sebab ini baru
pertama kali aku merasai pengalaman ini.
~ SALAM PERANTAUAN BUAT KELUARGA DI MALAYSIA ~ |
~ SNOWMAN~ |
~ BERSAMA HOUSMATE KU :) ~ |
~ KENANGAN BERSAMA SAHABAT ~ |
Alhamdullilah. Syukur sangat dapat merasai salji tahun ni. Walaupun berapa hari sahaja salji bertandang ke bumi Syam ini. Bagi aku itu sudah mencukupi. Sangat-sangat mencukupi. Ya allah, aku sangat-sangat bersyukur kerana dapat merasai dan melihat sendiri keindahan alam yang Engkau ciptakan ini Ya Allah. Terima kasih Ya Allah J .