Assalamualaikum,
6.9.2012 bersamaan Hari Khamis
Aku dan sahabatku berkumpul di KLIA. Aku akan berangkat ke
bumi Urdun. Tempat belajar yang paling aku idamkan semenjak di bangku sekolah
lagi. Ini peluang kedua aku menjejakkan kaki ke bumi Jordan bumi barakah ini
setelah saat pertama kali dulu aku dibayangi dengan rintangan yang pelbagai.
Bagaikan mimpi menjadi kenyataan. Hatiku gembira bukan
kepalang tatkala surat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara itu
sudah berada di tanganku. Jauh di sudut hati aku bersyukur kepada Allah bila
hasratku untuk menimba ilmu di bumi Jordan benar-benar tercapai.
Sewaktu aku di airport,aku berusaha menyembunyikan kesedihanku.
Sedangkan jauh di sudut hati kecilku, ada tangisan yang tidak mampu untuk aku bendung.
Barangkali bakal berjauhan dengan keluarga menyebabkan aku bereaksi sebegitu.
Tidak lepas-lepas aku memandang wajah kedua ibu bapaku. Seakan
masih tidak percaya yang aku akan berpisah buat sementara waktu dengan mereka.
Wajah ayahku seperti biasa, namun aku percaya dihatinya
pasti ayah berat untuk melepaskan anak perempuannya yang sulung ini berjauhan
darinya. Berbeza dengan emakku, tiada sembunyi kesedihan di wajahnya. Pelukannya
sungguh erat ketika itu. Sungguh aku merindui pelukan yang hangat itu.
Tatkala kaki ingin melangkah ke balai perlepasan itu, sempat
ayah dan emakku memberi kata nasihat mereka padaku. I.Allah, meskipun kini aku
jauh diperantauan, aku akan sentiasa ingat semua pesanan emak dan ayah. Pesanan
itulah yang akan jadi azimat buat diriku.
~BAJU PUTIH- AYAHKU, BERTUDUNG HIJAU-EMAKKU~ |
~BERSAMA IBU MASING-MASING~ |
~ PELUK CIUM DAN SAYANG BUAT KELUARGAKU DI MALAYSIA. DAKU
MERINDUIMU SEMUA~