Salam buat semua …
Setelah berapa minggu
disini, Ain sangat merasai kerinduan yang menebal pada keluarga di Jenderam
Hilir,Selangor dan tidak lupa juga rasa rindu pada teman-teman sekolah juga pada teman-temanku yang kini berada di
USIM.Harap semua sihat. Eventhough korang x baca blog Ain ni,tapi Ain sentiasa
doakan korang dalam keadaan sihat walafiat.
(<3 ALL OF YOU <3 )
Alhamdullilah, semenjak Ain berada di bumi Anbia ini, Ain x
nafikan Ain dengan kawan seperjuangan disini banyak menggunakan peluang yang
ada untuk manfaatkan masa yang terluang dengan pelbagai aktiviti disini. Kitorang
dah pergi ‘Jamiah Mu’tah’ untuk ‘Mustamik’, kitorang dah pergi melawat
tempat-tempat menarik yang ada disini, lepas tu kitorang juga dah belajar
bercakap dengan orang Arab ( tapi sikit-sikit la,itupun time nak beli barang ^_^
). Syukur sebab dapat merasai pengalaman berada di Jordan ini.
~ Gambar-gambar di Jamiah Mu'tah ~
So,Ain rasa nak share dengan korang pengalaman melawat
tempat yang menarik dekat sini. First tempat yang Ain dengan rakan seperjuangan
yang lain lawati ialah ‘Mu’rakah Mu’tah’ yang mana suatu masa dulu tempat ini telah
mengorbankan ramai para sahabat terdekat yang telah syahid dalam pertempuran
menentang tentera gabungan antara Byzantine dan Ghassanid.
~ Gambar- gambar di Mu’rakah Mu’tah ~
|
~ CERITA MU'RAKAH MU'TAH ~ |
Lepas tu,minggu
seterusnya kitorang sempat juga melawat maqam sahabat-sahabat Baginda yang
terkorban dalam peperangan Mu’tah ni dekat ‘Al Mazar Al Janubi’ yang
berhampiran Karak.Maqam sahabat-sahabat Baginda yang terdapat di ‘Al Mazar Al
Janubi’ ini ialah maqam Zaid bin Harithah ra, Jaafar bin Abu Thalib ra dan
Abdullah bin Rawahah.
Ok. Ini cerita serba sedikit mengenai latar belakang mereka:
Zaid bin Harithah ra ni merupakan anak angkat Nabi Muhammad
SAW. Beliau inilah yang telah mengetuai tentera Muslimin dalam peperangan
Mu’tah. Beliau ialah telah berjuang dengan penuh keberanian sehinggalah beliau
gugur sebagai seorang syahid.
Manakala, Wakil Panglima Tentera iaitu Jaafar bin Abu Thalib
ra yang juga merupakan sepupu kepada Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang
pernah menggantikan Zaid memegang panji Islam. Beliau telah digelar sebagai
‘Jaafar At Toyar’ kerana telah kehilangan kedua belah tangannya ketika
memepertahankan panji-panji Islam semasa didalam peperangan. Beliau ini
dikatakan memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan Rasullulah SAW.
Malah,beliau ini juga adalah seorang yang murah hati terhadap golongan miskin
dan juga merupakan antara perawi hadis terus daripada Rasullulah SAW.
Selain itu, Abdullah bin Rawahah pula adalah pengganti
ketiga dalam mengetuai tentera Islam,
selepas Zaid dan Jaafar syahid didalam peperangan Mu’tah. Beliau
terkenal dikalangan sahabat kerana ketaatan, kepatuhan dan kesabarannya. Bukan
itu sahaja, beliau ini adalah seorang yang bertaqwa dan tidak mementingkan diri
disamping seorang tentera yang berdedikasi serta penyair yang terkenal
dizamannya.
Hebat kan mereka ini?? Serius Ain cakap, macam tak percaya
dapat jejak kan kaki di bumi Jordan ni. Bila dapat melawat dan pijak sendiri
tempat macam ‘Al Mazar’ ni, hanya perasaan yang sebak dan terharu timbul dalam
hati ini. Sungguh terasa dekat sangat dengan para sahabat ini. Walaupun tidak
pernah duduk sezaman dengan mereka tetapi bila dapat berdiri disebelah maqam
mereka, itupun sudah cukup untuk memberikan satu semangat pada diri ini.
I.allah jika diberi peluang untuk kesini bersama keluarga tercinta, Ain tidak
akan lepaskan bawa mereka ke sini dan merasai perasaan yang Ain alami ketika
ini.
~ Gambar- gambar di Al-Mazar ~
Oklah kawan-kawan…
Jika ada kesempatan Ain akan ceritakan tentang tempat menarik yang lain
pula. Harap cerita ini bukan sahaja sekadar cerita biasa, sebaliknya cubalah
kita ambil segala apa yang baik sebagai contoh dan tauladan buat kita.
I.Allah.Ameen.
~ SEMOGA KITA SEMUA SENTIASA KUAT SEPERTI GAGAHNYA SEMANGAT
PEJUANG-PEJUANG ISLAM DI ZAMAN RASULULLAH SAW ~ (^_^)