AQSA B SEMESTER 6 |
Bila mengenangkan kisah ‘kita-kita’ bersama
Aku tergelak sendirian
Betapa lucu bila ku mengingati kisah yang pernah kita bina
Seawal kita masih bertatih masuk ke universiti dahulu
Kita asyik terfikir
Siapakah yang akan bersama kita???
Siapakah yang akan menjadi penasihat kita???
Siapakah yang akan seiring menitip kejayaan dengan kita???
Sebab di sini kita mula berjauhan dengan keluarga
Sebab di sini kita mula belajar berdiri atas kaki kita
Sebab di sini kita akan menjadi siapa kita
Dan di sini segala kehidupan bermula
Ketika inilah kita mula mengenali erti seorang teman,rakan dan sahabat
Cuba lihat diri kita..pergi ke mana-mana pun mesti ada teman sebelah kita
Pergi ke kuliah, ke café, ke bank, ke luar, dan ke mana-mana
Pasti ada seseorang di sebelah kita bukan???
Dialah teman yang sentiasa di sisi kita
Yang setia menemani kita ke mana dan dimana sahaja kita berada
Tidak pernah sekalipun dia melupakan kita
Sahabatku
Aku begitu takut untuk menghadapi detik perpisahan itu
Betapa hati ini diselubungi sendu untuk melihat kamu semua jauh dariku
Kerana aku tidak tahu siapakah pula sahabat yang bakal membantuku kelak
Aku mungkin bakal merindui kalian
Kerana kalian adalah memori yang telah melekat dibenakku
Setiap kali bila tiba saat yang merantai jiwaku ini
Ketahuilah akan aku titipkan di bibirku satu persatu nama kalian
Sebagai tanda aku mengingati setiap perjuangan kita
Moga kita akan kekal bersama selamanya
Meskipun ianya hanya terpalit dalam ingatan